Bidang tugas dan skop kerja Jurutera Awam

tugas skop kerja jurutera awam civil engineer

Syarat untuk menjadi Jurutera Awam anda mestilah memiliki Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Awam) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Jika anda menjawat jawatan Jurutera Awam disektor kerajaan gaji permulaan (basic) adalah sebanyak RM2,360.00. Jika anda bekerja disektor swasta gaji permulaan ditentukan oleh syarikat itu sendiri. Jika syarikat tersebut mempunyai turnover yang tinggi, biasanya dia akan menggaji pekerja dengan bayaran yang tinggi. Contohnya syarikat oil and gas.

Berikut adalah tugas Jurutera Awam dalam sektor kerajaan :

1) Bertanggungjawab membantu Ketua Unit (KPP) dalam pelaksanaan, pelaporan serta pemantauan projek-projek pembangunan kerajaan.
2) Membantu Ketua Unit (KPP) dalam mengurus, menyelaras dan memantau pengurusan projek dan pentadbiran kontrak bagi projek pembangunan kerajaan.
3) Membantu Ketua Unit (KPP) dalam menyemak dan menyelaras penyediaan laporan kemajuan fizikal dan kewangan.
4) Membantu Ketua Unit (KPP) dalam memantau dan mengemaskini Laporan Kemajuan Projek.
5) Membantu Ketua Unit (KPP) dalam menyelaras dan memantau pelaksanaan MS ISO 9001:2008 bagi setiap projek.
6) Menghadiri mesyuarat tapak bagi memastikan perjalanan pelaksanaan dan kemajuan projek mengikut jadual pelaksanaan yang telah ditetapkan.
7) Membantu Ketua Unit (KPP) untuk menyediakan laporan kemajuan dan mengenalpasti masalah terkini untuk rujukan Ketua Jabatan.
8) Menghadiri mesyuarat-mesyuarat Jabatan seperti yang diarahkan oleh Ketua Unit (KPP).
9) Membantu Ketua Unit (KPP) dalam menyelia pegawai-pegawai sokongan yang terdiri daripada pelbagai latar belakang pendidikan, umur dan kemahiran.

Manakala skop dan tugas Jurutera Awam dalam sektor swasta pula adalah :

1) Bertanggungjawab membantu syarikat dalam pelaksanaan, pelaporan serta pemantauan projek-projek kerajaan atau swasta.
2) Membantu syarikat dalam mengurus, menyelaras dan memantau pengurusan projek dan pentadbiran kontrak bagi setiap projek.
3) Membantu syarikat dalam menyemak dan menyelaras penyediaan laporan kemajuan fizikal dan kewangan.
4) Membantu syarikat dalam memantau dan mengemaskini Laporan Kemajuan Projek (CPM).
5) Membantu syarikat dalam menyelaras dan memantau pelaksanaan MS ISO 9001:2008 dan lain-lain ISO bagi setiap projek.
6) Menghadiri mesyuarat tapak bagi memastikan perjalanan pelaksanaan dan kemajuan projek mengikut jadual pelaksanaan yang telah ditetapkan.
7) Membantu syarikat untuk menyediakan laporan kemajuan dan mengenalpasti masalah terkini untuk rujukan bos.
8) Memastikan setiap kerja yang dilakukan oleh setiap sub kontraktor mengikut drawing dan spesifikasi.
9) Memastikan material on site sentiasa mencukupi supaya kerja berjalan dengan lancar.
10) Mengemaskini rekod-rekod seperti site diary, gambar kemajuan, bilangan pekerja, tahap kemajuan semasa dan lain-lain.


Setakat ini dahulu entri kali ini, jika anda mempunyai skop dan tugas selain dari diatas anda boleh tambah diruangan komen dibawah. Ok jumpa lagi!

No comments:

Post a Comment