Kenapa Pentingnya Pengurusan Projek Dalam Pembinaan?

kenapa pentingnya pengurusan projek dalam projek pembinaan

Pada kali ini saya akan mengupas kepentingan pengurusan projek atau project management dalam projek pembinaan yang dijalankan bagi menyiapkan sesuatu projek. Semua aktiviti atau perjalanan hidup manusia tidak boleh lari daripada sistem pengurusan. Baik dari segi pengurusan diri sendiri sehinggalah kepada sebuah organisasi yang sangat besar.

Matlamat pengurusan bagi sesuatu aktiviti adalah untuk melicinkan dan menyiapkan sesuatu kerja tanpa sebarang masalah yang besar. Seperti juga dalam pengurusan projek tujuannya adalah untuk menjayakan sebuah projek yang meliputi kualiti, masa dan kos. Ada empat elemen yang penting supaya projek berjalan dengan lancar iaitu 4M :

1) Money iaitu kewangan
2) Manpower iaitu tenaga kerja/sumber manusia
3) Management iaitu pengurusan projek
4) Machinery iaitu peralatan, mesin atau jentera

Dalam menyiapkan sesuatu projek, client mestilah melantik satu pasukan projek atau project team. Pasukan projek terdiri daripada Pegawai Penguasa (SO), ketua pasukan projek, ketua rekabentuk bagi setiap disiplin arkitek, awam & struktur, mekanikal & elektrikal dan ketua ukur bahan (QS). Tidak ketinggalan juga melantik pihak kontraktor pembina. Berikut adalah kepentingan pengurusan projek dalam projek pembinaan :

1) Melalui project team yang dilantik, mereka dapat mengawasi projek dari awal sehingga siap
2) Kualiti pembinaan setiap struktur dapat dikawal oleh setiap disiplin
3) Projek yang dijalankan mengikut skop yang telah dipersetujui pada peringkat awal
4) Kawalan terhadap kos dapat dilakukan semasa projek berjalan
5) Melalui project scheduling, kontraktor dapat menjalankan kerja mengikut perancangan yang telah diluluskan oleh pihak SO
6) Pasukan projek dapat membuat pemantauan CPM. Setiap task atau activity dapat dikawal sebelum kerja dibuat atau sedang berjalan
7) Setiap permasalahan yang timbul dapat diselesaikan melalui mesyuarat tapak dan teknikal pada setiap bulan
8) Setiap perubahan kerja yang dicadangkan akan melalui fasa mesyuarat jawatankuasa
9) Tenaga kerja dapat diuruskan dengan baik berdasarkan project scheduling
10) Jika sesuatu projek diawasi oleh JKR mereka mempunyai Sistem Pengurusan Bersepadu (SPB) bertujuan mengawal kualiti, masa dan kos

Ok setakat ini dahulu untuk kupasan kenapa pentingnya pengurusan projek dalam projek pembinaan samada ianya projek kerajaan atau pun swasta. Semoga ianya bermanfaat buat anda dan jumpa lagi dalam entri berikutnya.



Ditulis oleh,
Raja Yuswari aka Yusri
Untuk carikerja11
Do not copy without permission

No comments:

Post a Comment