Jom Kemaskini BR1M 2017 Online

jom-kemaskini-permohonan-br1m-2017-di-sini-mohon-share
Penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar sekali lagi, sebaliknya hanya perlu mengemaskini maklumat berkaitan yang berubah, seperti alamat terkini, maklumat akaun bank (akaun simpanan atas nama pemohon sahaja), maklumat ahli isi rumah, maklumat waris dsb. Pastikan maklumat diisi dengan tepat. Elakkan dari melakukan kesilapan yang boleh menggagalkan permohonan BR1M anda.

Cara Memohon Dan Kemaskini BR1M

  • Memohon dan kemaskini BR1M secara online

    Proses permohonan baharu BR1M dan pengemaskinian maklumat BR1Mboleh dibuat dengan mengisi borang BRIM secara atas talian melalui portal rasmi eBR1M Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) iaitu di pautan:
    Permohonan secara online hanya boleh dibuat menggunakan komputer kerana aplikasi e-BR1M tidak direka bentuk untuk capaian peranti mudah alih.
  • Memohon dan kemaskini BR1M secara offline

    Permohonan baharu dan pengemaskinian BR1M juga boleh dibuat secara manual dengan menggunakan Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2017 (borang BK-01 [1/2017]) yang boleh dimuat turun di sini.
    Borang BR1M yang siap diisi boleh dikembalikan ke mana-mana cawangan LHDNM, Pusat Khidmat Hasil LHDNM, Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM, pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) atau pejabat daerah.


Tarikh Dan Cara Pembayaran BR1M 2017

BR1M akan dibayar secara berperingkat mulai Februari 2017. Sila rujuk Tarikh Dan Cara Pembayaran BR1M 2017 untuk maklumat lanjut.


Semakan keputusan BR1M

Sila layari Semakan Status Permohonan BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) untuk panduan semakan status permohonan BRIM.
Untuk sebarang pertanyaan mengenai permohonan dan kemaskini BRIM, sila hubungi:
  • Nombor hotline Kementerian Kewangan Malaysia 03-88824565 atau 03-88824566
  • Nombor bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2716
  • Email kepada br1m@treasury.gov.my
Baca Selanjutnya...