Gout : Cara Merawat Dan Mengubati Penyakit Gout

Cara merawat dan mengubati penyakit gout

Pada segmen kali ini saya akan berkongsi cara merawat dan mengubati penyakit gout kepada anda. Apa itu penyakit gout? Penyakit gout adalah penyakit yang membawa kepada kesakitan dan bengkak pada sendi disebabkan tahap atau kandungan asid urik yang sangat tinggi didalam darah. Ia merupakan salah satu penyakit yang sering kali kita dengar berlaku pada orang dewasa di negara kita.

Diantara tempat yang terjejas akibat penyakit gout ini seperti sendi jari kaki besar, lutut, siku dan jari kaki yang lain. Benjolan dan bengkak akan terjadi dalam masa yang singkat yang mengakibatkan kesukaran untuk menggerakkan sendi tersebut. Ianya amat menyakitkan sama sekali. Apabila asid urik terlalu banyak dalam badan, kristal kecil yang dipanggil gouty tophi mulai terbentuk di bawah kulit.

Ciri-ciri penyakit gout ini adalah sendi menjadi merah, bengkak, saiz membesar, berasa panas dan ketat. Ramai yang mencari ubat gout paling berkesan untuk merawatinya. Tanpa membuang jom kita amalkan cara merawat dan mengubati penyakit gout yang mujarab seperti berikut in sha Allah :

1) Ambil satu pokok sireh air/sireh cina/pokok ketumpang air/sireh tanah
2) Blender pokok ini bersama dengan air dan gula batu
3) Mulakan dengan Bismillahirahmanirahim dan minum
4) Amalkan selalu

Senang je sebenarnya petua rawat gout ni. Tumbuhan sireh cina ini banyak tumbuh di sekitar rumah kita iaitu banyak tumbuh di dalam pasu bunga, tumbuh di tempat lembap yang menumpang hidup bersama pokok-pokok yang lain. Pokok sireh air ini merupakan herba mujarab merawat gout. Anda perlu amalkan jus pokok atau daun ketumpang air ini. Ia akan mengurangkan paras asid urik di dalam badan, mempunyai ciri-ciri anti bakteria, anti bengkak dan penahan sakit.

Gejala gout ini begitu sulit dan menyakitkan. Kesakitan pada sendi paling teruk berlaku 4 hingga 12 jam pertama dan ia berlarutan dalam tempoh seminggu selepas itu. Amalkan cara merawat dan mengubati penyakit gout seperti di atas untuk kelegaan bagi gejala gout dan bertawakal kepada Allah SWT selepasnya. Mudah-mudahan Allah SWT menyembuhkan serangan gout ini daripada diri kita dan ia akan go out selama lamanya.

Serangan penyakit gout mempunyai dua kategori iaitu gout akut dan suar up. Serangan juga terjadi dibawa oleh tekanan atau penyakit lain juga. Jika penyakit gout masih berterusan anda dinasihatkan berjumpa dengan doktor untuk dapatkan rawatan lanjut. Kesan daripada penyakit gout ini boleh menjejaskan kehidupan anda, menghadkan pergerakan, tidur, bekerja, pergaulan, kesejahteraan mental dan fizikal serta keupayaan melakukan tugas sehari-hari. Bagi pesakit gout terdapat makanan yang perlu dielakkan iaitu kurangkan pengambilan daging, hati, makanan laut, minuman yang mengandungi fructose, kekacang, bijirin dan petai.

Semoga perkongsian cara merawat dan mengubati penyakit gout dapat memberikan anda semangat untuk terus berusaha dan berikhtiar menyembuhkan penyakit gout yang sedang dihadapi. Sesungguhnya setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati. Semoga kita berjumpa lagi dilain masa dan diharap anda sentiasa sihat selalu. Terima kasih.
Baca Selanjutnya...