Tatacara Dan Kaedah Kerja Mill And Pave

tatacara dan kaedah kerja mill and pave

Pada hari ini saya akan ceritakan tatacara dan kaedah kerja mill and pave dalam industri pembinaan jalan. Apakah yang dimaksudkan mill and pave? Dalam bahasa mudahnya adalah kopak dan tampal. Penerangan panjang pula ialah satu proses mencakar jalan pada kedalaman tertentu dengan menggunakan asphalt milling machine dan diikuti dengan kerja penurapan jalan (resurfacing) serta kerja-kerja berkaitan.

Kerja-kerja mill dan turapan pavemen ini biasanya dijalankan oleh pihak kontraktor yang dilantik oleh pihak Jabatan Kerja Raya, konsesi penyelenggaraan jalan atau pihak berkuasa tempatan. Diantara sebab kerja mill and pave dilakukan ke atas jalan adalah kerana struktur permukaan jalan mengalami keretakan yang teruk (crocodile crack, block crack) yang mana akan membawa kepada terjadinya pothole.

Pembentukan pothole atau lubang di atas jalan akan mengganggu keselesaan pengguna jalan raya. Adakalanya pothole juga boleh mengundang bahaya yang boleh menyebabkan berlakunya kemalangan. Disini saya senaraikan jentera bagi menjalankan kerja-kerja mill and pave seperti berikut :

1) Asphalt milling machine
2) Power broom
3) Tiga buah lori
4) Mesin paver
5) Tandem Roller 10 tan
6) Tyre roller

Manakala peralatan yang diperlukan untuk menjalankan kerja-kerja mill and pave adalah seperti berikut :

1) Temporary signage
2) Kon
3) Bendera hijau dan merah
4) Peralatan keselamatan (safety shoes, topi, vest dll)

Bagi tatacara dan kaedah kerja mill and pave secara keseluruhan adalah seperti berikut :

1) Pihak kontraktor menghantar Project Quality Plan (PQP) untuk kelulusan Pegawai Penguasa
2) Satu sesi Plant Trial premix perlu diadakan bagi memastikan quality asphalt sebagaimana PQP diluluskan
3) Temporary signage disusun di tapak bina
4) Aliran trafik perlu dilencongkan
5) Kerja-kerja milling bermula mengikut ketebalan yang dibenarkan
6) Setelah siap milling, sisa premix dibersihkan menggunakan power broom dan dibuang di tempat yang sesuai
7) Trial lay untuk premix dilakukan bertujuan untuk mendapatkan darjah pemadatan terbaik berdasarkan 3 rolling pattern (pilih salah satu)
8) Keesokan harinya coring test dilakukan bagi mengukur tahap ketebalan premix
9) Sampel coring dibawa ke makmal untuk dibuat ujian darjah pemadatan
10) Kerja-kerja penurapan asphalt disambung semula mengikut rolling pattern yang sesuai bagi mendapatkan pemadatan yang terbaik
11) Setelah selesai kerja-kerja premix, kerja-kerja mengecat temporary roadline perlu dimulakan segera
12) Selepas 72 jam kerja-kerja road marking kekal perlu dijalankan
13) Tempoh kecacatan projek pula adalah 6 hingga 12 bulan bergantung kepada kos projek

Kerja-kerja mill and pave ini biasanya dibuat dengan ketebalan 50mm iaitu pada lapisan wearing course sahaja. Ok saya rasa setakat ini dahulu penerangan tatacara dan kaedah kerja mill and pave pada sesi kali ini. Jika artikel ini bermanfaat silakan share link blog ini. Ok jumpa lagi..
Baca Selanjutnya...

Spesifikasi Garisan Jalan Raya Yang Anda Perlu Tahu

Spesifikasi Garisan Jalan Raya Yang Anda Perlu Tahu

Pada artikel kali ini saya akan ceritakan berkaitan spesifikasi garisan jalan raya yang anda perlu tahu atau roadline specification yang perlu diikuti semasa menjalankan kerja-kerja road marking di tapak. Perkara ini perlu diberi penekanan supaya kerja-kerja yang dijalankan oleh pihak kontraktor tidak tersasar daripada tatacara yang telah ditetapkan. Fungsi garisan jalan ini adalah untuk menyampaikan maklumat kepada pengguna jalan raya dan mengawal aliran trafik supaya bergerak lancar.

Baiklah tanpa membuang masa jom kita lihat ketebalan garisan jalan mengikut spesifikasi :

1) Garisan putih adalah 3mm tebal
2) Garisan kuning (yellow box/tranverse bar) dibuat 5mm tebal
3) Speed breaker/rumble strip/jalur bergetar adalah 7mm

Kerja-kerja mengecat garisan jalan perlu dilakukan pada waktu siang dan dalam keadaan cuaca yang baik. Diantara peralatan atau mesin yang digunakan untuk mengecat garisan jalan adalah seperti benang, corrugated raised rib profile road marking, gas, chisel, cleaning equipment dan pita pengukur. Manakala bahan atau material yang digunakan adalah cat jalan jenis thermoplastic road marking materials samada mengandungi glass bead atau pun tidak. Keperluan untuk jalan persekutuan adalah jenis hydro carbon resin and reflective glass beads (and all weather thermoplastic).

Berikut pula jenis dan fungsi peralatan bagi memenuhi spesifikasi garisan jalan yang anda perlu tahu untuk digunakan untuk kerja-kerja garisan jalan atau roadline atau road marking ini :

1) Peralatan untuk membuat ujian retroreflectivity adalah Retroreflectometer (LTL-X)
2) Peralatan untuk membuat ujian ketebalan garisan jalan adalah Thermoplastic Thickness Gauge Machine
3) Peralatan untuk mengukur jarak garisan jalan adalah Trumeter

Aspek keselamatan sangat perlu dititikberatkan ketika menjalankan kerja-kerja mengecat garisan jalan ini bagi mengelakkan daripada insiden yang tidak diingini. Para pekerja hendaklah memakai pakaian keselamatan seperti safety vest, safety helmet, safety boot dan face mask. Papan tanda sementara hendaklah disediakan seperti kon keselamatan, plastic barrier, warning tape dan termasuklah watchman.

Ok kita teruskan lagi mengupas spesifikasi garisan jalan raya yang anda perlu tahu. Pembinaan garisan jalan atau roadline atau road marking ini haruslah dibuat mengikut tatacara yang betul. Diantara tatacara atau method of statement atau method and procedures yang perlu diikuti adalah :

1) Bersihkan permukaan jalan daripada kotoran, tanah, pasir atau debu
2) Jurukur membuat penandaan (marking) di atas pavemen mengikut lukisan pembinaan
3) Buat campuran cat jalan berdasarkan manufacture direction
4) Thermoplastic material dipanaskan dalam julat suhu 170 - 200C sepanjang masa kerja
5) Garisan jalan dibuat bermula dengan garisan tengah (center line) terlebih dahulu kemudian diikuti dengan garisan tepi (edge line)

Baiklah setakat ini dahulu spesifikasi garisan jalan raya yang anda perlu tahu untuk kali ini. Semoga garisan jalan atau roadline atau road marking yang dibina mengikut sebagaimana kontrak, lukisan pembinaan dan spesifikasi yang ditetapkan oleh pihak berkuasa/pelanggan. Jika artikel ini bermanfaat silakan share link blog ini sahaja. Terima kasih.
Baca Selanjutnya...

Bidang Tugas Eksekutif Akaun Dan Skop Kerjanya

bidang tugas eksekutif akaun dan skop kerjanya

Entri pada kali ini saya akan mengupas berkaitan bidang tugas eksekutif akaun dan skop kerjanya kepada sesebuah organisasi. Nama eksekutif akaun tu nampak macam gempak sikit kan tetapi nama yang biasa orang guna adalah kerani akaun.

Kalau syarikat kecil mereka akan menggunakan istilah kerani akaun sahaja manakala bagi syarikat besar mereka akan menggunakan nama jawatan eksekutif akaun baru nampak gah dan bersifat professional, sesuai dengan bidang tugas dan gaji yang ditawarkan contohnya syarikat Megah Holding Berhad (papa nak anak papa ganti tempat papa suatu hari nanti hehe).

Baiklah tanpa membuang masa lagi jom kita terjah penerangan tentang bidang tugas eksekutif akaun dan skop kerjanya seperti berikut :

1) Bertanggungjawab menguruskan hal-hal berkaitan dengan akaun dan transaksi GL & RL seperti invois, lejer, delivery order, nota debit dan memantau transaksi harian.
2) Menutup akaun kewangan pada setiap bulan atau pada tempoh yang telah ditetapkan contohnya suku tahun, setengah tahun dan sebagainya.
3) Menyediakan laporan kewangan harian, bulanan, suku tahun dan tahunan jika perlu.
4) Menyediakan laporan kewangan yang lengkap iaitu kunci kira-kira, balance sheet, income statement, profit and loss (P&L), aliran dan lain-lain laporan (full set account).
5) Membuat catatan, rekod keluar masuk tunai (debit atau kredit) dan membuat analisa pengiraan yang sewajarnya keatas kewangan syarikat.
6) Mengekalkan kawalan perakaunan dengan menyediakan dan mengesyorkan dasar dan prosedur.
7) Mengira kos pengendalian dan pengeluaran.
8) Menguruskan fail dan dokumentasi akaun (P&C filing).
9) Membantu auditor dalam hal-hal berkaitan audit dan menyediakan dokumen yang diperlukan oleh auditor untuk audit.
10) Menyediakan senarai gaji dan rekod berkaitan gaji staf dan pekerja untuk syarikat.
11) Membuat cek, menunaikan cek dan mengeluarkan resit.
12) Pembukaan akaun bank yang baru dan kemaskini akaun (berurusan dengan pihak bank).
13) Menyediakan penyata cukai syarikat dan menjawab segala pertanyaan berkaitan cukai.
14) Pengunaan sistem dan kemasukan data dalam sistem perakaunan syarikat (accounting system).
15) Merekodkan semua aset syarikat
16) Membuat pembayaran expenses bulanan syarikat seperti bil air, elektrik, internet, KWSP, SOSCO, pembayaran kepada vendor dan panel-panel hospital dan klinik dan lain-lain.
17) Bertanggungjawab melaksanakan, menyelia sistem dan operasi berkaitan dengan akaun pembayaran gaji, kutipan hasil, terimaan hasil, klasifikasi hasil, penyelenggaraan buku tunai, daftar deposit, amanah dan penyediaan laporan tahunan.
18) Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa oleh majikan.

Begitulah kisahnya tugas dan peranan eksekutif akaun atau dikenali sebagai kerani akaun di sesebuah organisasi. Tidak lengkap jika sekiranya saya tidak bercerita tentang syarat kelayakan yang diperlukan untuk menjadi eksekutif akaun ini (sektor swasta). Diantaranya adalah :

1) Calon perlu mempunyai sekurang-kurangnya Diploma atau Ijazah dalam bidang Perakaunan/Kewangan atau yang setaraf dengannya.
2) Boleh memandu kereta dan mempunyai lesen kereta (urusan bank dan lain-lain) jika mempunyai kenderaan sendiri lebih baik.
3) Boleh bekerja lebih masa untuk menyiapkan tugasan (balik lewat).
4) Boleh berkomunikasi dengan baik.
5) Boleh bekerja di luar kawasan (outstation).
6) Perlulah fasih berbahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
7) Sekurang-kurangnya 1 atau 2 tahun pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan diperlukan untuk jawatan ini. Jika tiada pengalaman juga boleh memohon.
8) Mempunyai peribadi yang baik seperti amanah, bertanggungjawab dan komited.
9) Boleh mengikuti arahan dengan baik dan teliti.

Gaji bagi eksekutif akaun biasanya bergantung kepada pengalaman, pengetahuan, tahap akedemik dan kebolehan dalam bidang perakaunan. Gaji minimum yang ditetapkan adalah RM1300 manakala gaji maksimum pula boleh mencecah RM6000 itu pun mengikut kemampuan syarikat untuk membayar gaji. Kalau eksekutif akaun tu anak kepada CEO Megah Holding tu faham-faham sendirilah berapa gajinya hehe.

Bagi menjawat jawatan eksekutif akaun atau kerani akaun atau penolong akauntan dalam sektor kerajaan pula calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

1) Warganegara Malaysia
2) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
3) Sijil dalam bidang pengajian perniagaan atau penyimpan kira yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
4) Certified Accounting Technician (CAT) yang diiktiraf oleh kerajaan
5) Diploma dalam bidang pengajian perniagaan, kewangan, perbankan atau perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
6) Licentiate of The Chartered Institute of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang kewangan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Gaji minimum adalah bermula dengan RM1500 dan maksimum untuk pembantu akauntan adalah RM5600.

Terima kasih buat anda yang membaca sehingga tamat artikel bidang tugas eksekutif akaun dan skop kerjanya. Jika bermanfaat boleh share link blog ini kepada rakan-rakan seperjuangan anda. Jumpa lagi dalam entri berikutnya.
Baca Selanjutnya...

Tugas Dan Peranan Kontraktor Dalam Industri Pembinaan

tugas dan peranan kontraktor dalam industri pembinaan

Ok pada hari ini saya akan mengupas berkaitan tugas dan peranan kontraktor dalam industri pembinaan. Industri pembinaan adalah merupakan salah satu sektor yang amat penting kepada negara. Ia memacu tahap pembangunan sesebuah negara menuju kearah negara maju pada masa akan datang. Diantara pembangunan yang terlibat adalah seperti jaringan jalan raya, bangunan pejabat, rumah kediaman, tenaga (national grid), pengangkutan, bekalan air dan sistem pembetungan.

Bagi merealisasikan kemajuan sesebuah negara banyak projek pembinaan dilancarkan pada setiap tahun. Bagi penyiapan sesuatu projek, pemilik mestilah melantik syarikat kontraktor yang bertanggungjawab dan kompeten. Setiap projek pembinaan adalah dimiliki oleh pelanggan atau klien samada ianya adalah badan kerajaan mahupun swasta.

Siapakah kontraktor? Kontraktor adalah satu entiti yang bertanggungjawab merealisasikan cita-cita yang digambarkan dalam bentuk lukisan kejuruteraan menjadi realiti dalam bentuk kebendaan. Ia juga adalah agen yang menterjemahkan lukisan berdasarkan spesifikasi dan ikatan kontrak yang dipersetujui diantara dua pihak. Setelah kerja disiapkan pihak kontraktor akan mendapat balasan dalam bentuk bayaran atas kerja yang disiapkan.

Sebelum perlantikan kontraktor dibuat ia perlulah melalui tatacara atau proses perlantikan yang betul mengikut sebagaimana ketetapan kementerian kewangan dan garis panduan kontrak. Diantara kaedah-kaedah perlantikan kontraktor adalah seperti tender terbuka, tender terhad, rundingan terus (direct negotiation), kerja sebutharga, kerja undi atau kerja inden. Kaedah perlantikan ini bergantung kepada kos dan jenis kerja yang akan dijalankan.

Orait guys tanpa membuang masa lagi jom saya terangkan tugas dan peranan kontraktor dalam industri pembinaan yang sebenarnya :

1) Menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan jalan raya, bangunan, jambatan, pendawaian elektrik, sistem mekanikal, penstabilan cerun dan lain-lain
2) Menjalankan kerja-kerja pembinaan bagi struktur baru seperti bangunan, jalan raya, jambatan, tenaga, bekalan air, perparitan dan lain-lain
3) Memastikan pembinaan yang dijalankan mengikut lukisan pembinaan, masa dan kos yang telah ditetapkan
4) Tidak menggunakan bahan-bahan yang rendah kualiti semata-mata untuk menjimatkan kos kerja
5) Sentiasa menitikberatkan aspek kualiti setiap kerja yang dijalankan
6) Tidak melangkaui masa kontrak tanpa alasan atau sebab yang munasabah
7) Mengupah pekerja yang mahir dalam satu-satu bidang kerja
8) Tidak menipu atau mengelirukan pemunya projek berkaitan kerja yang dilakukan
9) Sentiasa menitikberatkan aspek keselamatan pekerja dan orang awam
10) Membuang sisa binaan di tempat yang betul dan tidak mencemarkan alam sekitar
11) Tidak membuat tuntutan palsu kepada pelanggan
12) Mengadakan perbincangan bersama perunding atau pemilik projek sekiranya terdapat percanggahan lukisan pembinaan, bq atau dokumen kontrak
13) Menghadiri mesyuarat tapak, mesyuarat teknikal dan mesyuarat penyelarasan projek sekiranya dijemput oleh klien atau perunding
14) Menjalankan kerja mengikut sebagaimana program kerja (penjadualan projek) yang diluluskan Pegawai Penguasa
15) Membuat perancangan yang teratur dari segi money management, manpower, machinery dan material (4M)
16) Memastikan bahan binaan dan jumlah pekerja mencukupi untuk menyiapkan kerja
17) Memastikan pelaksanaan kerja berlandaskan undang-undang kerajaan persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan
18) Mengawasi kerja-kerja yang dilakukan oleh subkontraktor yang dilantik
19) Membuat bayaran atau gaji kepada subkontraktor atau pekerja mengikut masa yang dipersetujui

Selain daripada itu, tugas dan peranan kontraktor dalam industri pembinaan sebenarnya bermula daripada tarikh milik tapak, peringkat pembinaan, penyerahan projek kepada pelanggan dan tempoh kecacatan projek (defect liabilty period). Manakala had nilai perolehan bagi kerja kerajaan atau pun Gred Pengkhususan untuk kerja-kerja bangunan/awam/mekanikal/elektrik secara umumnya adalah seperti berikut :

1) G1 - Sehingga 200,000.00
2) G2 - Sehingga 500,000.00
3) G3 - Sehingga 1,000,000.00
4) G4 - Sehingga 3,000,000.00
5) G5 - Sehingga 5,000,000.00
6) G6 - Sehingga10,000,000.00
7) G7 - Melebihi 10,000,000.00

Ok guys saya rasa setakat ini dahulu coretan tugas dan peranan kontraktor dalam industri pembinaan semoga tulisan ini dapat memberi info yang berguna kepada anda semua dan jumpa lagi untuk artikel akan datang. Terima kasih :)
Baca Selanjutnya...

Cara Mudah Bermain Guli

cara mudah bermain guli
Permainan guli adalah satu permainan tradisional yang dimainkan oleh kanak-kanak yang berumur 7 hingga 12 tahun. Permainan ini begitu popular sekitar tahun 80an dan 90an. Pada zaman milenium ini saya sudah tidak nampak kanak-kanak bermain permainan guli ini. Kanak-kanak zaman sekarang lebih gemar memegang gajet daripada bermain permainan yang berbentuk fizikal.

Namun ia perlu diajar oleh golongan dewasa supaya anak-anak dapat bermain semula permainan ini. Banyak kelebihan yang boleh dapat dengan bermain permainan tradisional antaranya dapat keluar peluh menjadikan badan lebih sihat, dapat merapatkan hubungan silatulrahim dan dapat menambahkan bilangan kawan-kawan kanak-kanak itu sendiri. Permainan guli adalah tidak bermusim. Bila tiba sahaja musim panas dan kering mereka pun beraksi. Guli banyak dimainkan di kampung-kampung di sekitar halaman rumah. Ia tidak perlu kawasan yang luas untuk bermain.

Asas permainan guli ialah kita perlu melontarkan guli tepat ke sasaran guli yang yang lain. Biji guli yang digunakan untuk bermain adalah daripada jenis yang diperbuat daripada batu kapur, berwarna putih dan berbentuk bulat. Biasanya ia dimainkan sebanyak 5 orang kebawah. Berikut adalah cara mudah untuk bermain guli yang boleh dijadikan rujukan :

1) Pemain perlu memilih kawasan tanah yang rata
2) Satu garisan bulat berdiameter 1m perlu dilukiskan
3) Satu lubang hendaklah dikorek di tengah-tengah bulatan tersebut
4) Saiz lubang adalah sebesar 10cm dan dalamnya 7cm
5) Satu garis lagi perlu dilukis pada jarak 3m dari bulatan tadi bagi menandakan tempat mula permainan
6) Setiap pemain perlu memasukkan guli masing-masing ke dalam lubang
7) Sesiapa yang dapat masukkan guli ke dalam lubang dikira pemain pertama yang akan memulakan permainan diikuti oleh pemain seterusnya
8) Pemain pertama akan menjentik guli ke kawasan bulatan agar semua guli terkeluar daripada kawasan bulatan
9) Sekiranya jentikan tidak mengena ia dikira mati dan pemain seterusnya akan membuat jentikan kepada guli-guli yang ada
10) Begitulah seterusnya sehingga semua pemain selesai membuat jentikan ke atas guli pemain yang lain

Jumlah mata dikira berdasarkan berapa banyak kenaan jentikan pada guli pihak lawan sehingga selesai. Ada juga orang yang menjadikan guli sebagai barang perhiasan dan membuat koleksi dengan mengumpul guli. Bagi guli yang diperbuat daripada kaca, ia mempunyai pelbagai warna dan corak serta mempunyai nilai estetika yang tersendiri. Biji guli juga boleh dijadikan sebagai buah untuk permainan congkak.

Permainan guli juga dinamakan sebagai kelereng dan dimainkan oleh kanak-kanak lelaki. Saya fikir setakat ini dahulu kupasan untuk cara mudah bermain guli dan semoga anda mendapatkan manfaat daripada artikel ini. Jumpa lagi dalam posting yang berikutnya. Terima kasih.
Baca Selanjutnya...

Bidang Tugas Akauntan Dan Skop Kerjanya

bidang tugas akauntan dan skop kerjanya

Assalamualaikum. Syukur kehadrat Allah SWT dapat kita bertemu lagi dalam blog ini. Pada kali ini saya akan huraikan bidang tugas akauntan dan skop kerjanya. Macam best je kerja sebagai akauntan ni.. Macam best gaji akauntan ni.. Nak tahu best ke tak best jom baca ayat demi ayat kupasan ini.

Akauntan adalah salah satu kerjaya dalam bidang profesional yang terlibat dengan kira-kira perakaunan dan kewangan. Hampir setiap syarikat atau jabatan kerajaan mempunyai jawatan akauntan bagi melicinkan tugasan dalam sesebuah organisasi. Dalam sektor awam jawatan akauntan diletakkan dibawah Jabatan Akauntan Negara. Berikut disenaraikan bidang tugas akauntan dan skop kerjanya dalam sektor awam/kerajaan :

1) Memberikan khidmat nasihat dan kawalan dalam belanjawan sesebuah jabatan atau kementerian
2) Menyemak pembayaran cukai keatas syarikat swasta atau individu serta menyediakan penyata cukai
3) Menyediakan pelan kawalan bagi menjimatkan kos
4) Mengesahkan penyata kewangan dalam pembentangan kepada pengurusan atasan atau mesyuarat pengurusan
5) Melaksanakan audit kewangan diperingkat jabatan atau kementerian
6) Melaksanakan dasar kerajaan
7) Perlu mempunyai kecekapan sebagai juruaudit, juru perunding, penolong akaun, kerani akaun dan lain-lain

Manakala bidang tugas akauntan dan skop kerjanya dalam sektor swasta atau korporat adalah :

1) Merekod aliran tunai dalam sesebuah syarikat dan membentangkan kepada pengurusan atasan
2) Melaksanakan audit kewangan dalam sesebuah syarikat
3) Membuat laporan ramalan keuntungan syarikat
4) Membuat pemantauan perbelanjaan kewangan dan prestasi syarikat
5) Mengira cukai yang perlu dibayar oleh syarikat dan membuat pembayaran di LHDN
6) Perlu mempunyai kecekapan sebagai juruaudit, juru perunding, penolong akaun, kerani akaun dan lain-lain
7) Mengesahkan pembayaran gaji pekerja dan bayaran-bayaran lain kepada pihak ketiga

Gaji permulaan jawatan akauntan dalam sektor kerajaan adalah RM2,345.69 manakala gaji maksimum yang bakal diperolehi adalah RM9,585.00. Syarat asas untuk menjadi akauntan anda perlulah memiliki Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi dalam atau luar negara atau setaraf dengannya.

Seorang akauntan mestilah mempunyai disiplin dan integriti yang tinggi. Kita tidak boleh menyalahgunakan jawatan untuk kepentingan peribadi contohnya penyelewengan kewangan, bersekongkol dengan orang lain dalam membuat tuntutan palsu, mengambil rasuah, pemalsuan dokumen, menipu cek atau memasukkan wang syarikat ke dalam akaun sendiri. Kita perlu memantapkan keimanan kepada Allah SWT agar terhindar daripada perkara-perkara diatas.

Selain akauntan terdapat satu lagi jawatan iaitu penolong akaun yang bertujuan menjadi penolong atau pembantu kepada akauntan dalam urusan kerja mereka. Skop kerja seorang penolong akauntan adalah lebih kurang akauntan juga tetapi lebih ringan sedikit berbanding akauntan sebenar. Saya fikir setakat ini dahulu untuk posting bidang tugas akauntan dan skop kerjanya pada kali ini. Semoga ianya memberi manfaat buat anda dan jumpa lagi dalam next posting.
Baca Selanjutnya...

Tips Untuk Menjadi Trader Saham Berjaya

tips untuk menjadi trader saham berjaya

Semakin hari semakin ramai rakyat Malaysia menceburkan diri dalam dunia saham. Ok pada hari ini saya akan mengupas tips untuk menjadi trader saham berjaya buat anda. Saham ni apa sebenarnya? Macam mana nak beli? Macam mana nak buat keuntungan daripadanya? Itu adalah persoalan yang sering bermain difikiran bagi seseorang yang masih baru hendak mengenali saham.

Sebenarnya saham adalah pemilikan syarikat yang dibuka kepada orang awam yang berminat untuk membeli atau memiliki pegangan syarikat. Bagi tujuan ini ia akan disenaraikan di Bursa Malaysia dan boleh dibeli melalui platform saham yang telah disediakan. Sebagai orang Islam kita seharusnya membeli saham yang patuh syariah sahaja supaya keuntungan yang akan kita perolehi nanti adalah halal lagi berkat.

Orang yang membeli atau menjual saham dikenali sebagai pedagang atau dalam istilah yang biasa kita dengar adalah trader. Terdapat banyak jenis trader yang ada contohnya scalper, intraday, swing, position dan long term trader. Saya tidak akan jelaskan term ini buat masa sekarang kerana ia akan lari dari fokus tajuk asal artikel ini. Tanpa membuang masa lagi jom kita amalkan tips untuk menjadi trader saham berjaya :

1) Pergi berguru
Untuk mendapatkan ilmu seharusnya kita perlu berguru. Lebih-lebih lagi untuk mendapatkan ilmu saham yang boleh menjadikan anda sebagai trader yang berjaya. Antara guru yang boleh saya rekomen kepada anda adalah Pakya Hussin, Nizam Malek, Pakku Trader, Jamil Baharom, Maher Saham, Jeffy Azizi Jaafar, Dato' Dr Nazri Khan (DDNK), Haji Asri Ahmad Academy (AAA) dan lain-lain lagi guru yang handal dalam bidang ini. Jika anda tidak ada masa yang mencukupi untuk belajar saham, anda boleh belajar melalui kelas online yang disediakan oleh beberapa sifu (tak semua) diatas. Selain dari itu anda juga boleh mendapat pengetahuan saham melalui baca buku, menonton video youtube dan membaca blog trader saham.

2) Beli saham semasa uptrend sahaja
Untuk mendapatkan keuntungan yang relevan anda perlu beli saham yang menunjukkan keadaan uptrend sahaja. Setelah anda berguru kita akan automatik tahu keadaan sesuatu kaunter samada uptrend, sideways atau downtrend. Biasanya kita perlu menggunakan indicator dalam graf saham yang dikenali sebagai moving averages. Jangan sesekali kali membeli saham dalam keadaan sideways atau downtrend kerana kemungkinan untuk anda loss adalah tinggi. Kaunter yang sedang uptrend akan memudahkan kita menjana profit dalam masa yang pantas dan banyak. Dengan menggunakan beberapa indicator yang penting kita dapat mengenalpasti kaunter saham tersebut sesuai dibeli atau tunggu sekejap untuk mendapatkan harga yang sesuai untuk kita masuk. Antara carta yang boleh kita gunakan untuk melihat pergerakan harga saham adalah seperti tradingview, rhb tradesmart, chart nexus dan lain-lain chart yang disarankan oleh sifu anda.

3) Rajin mengkaji
Sebelum kita masuk untuk membeli kaunter saham, kita perlu mengkaji daripada aspek technical analysis dan fundamental analysis bagi mengenalpasti kaunter yang berpotensi. Bagi technical analysis kita perlu mengkaji carta saham melalui indicator (petunjuk) seperti moving average, volume, macd, bollinger band, relative strength index, directional movement index dan lain-lain indicator yang sesuai dalam menentukan pergerakan harga saham. Bagi fundamental analysis pula kita perlu mengkaji syarikat yang patuh syariah, jenis perniagaan yang dijalankan, net profit, shareholding dan lain-lain parameter yang kita rasakan sesuai untuk dikaji. Kedua-dua analisis ini mudah je sebenarnya setelah kita belajar saham. Jangan risau, kalau orang lain boleh buat kenapa kita tak boleh. Kita boleh buat kajian saham pada waktu malam atau pada hari cuti iaitu ketika pasaran saham ditutup. Ini kerana semua harga saham telah closed ketika pasaran ditutup.

4) Jangan ikut buy call
Untuk masuk (beli) sesuatu kaunter pilih kaunter yang kita kaji sahaja. Jangan ikut cadangan orang lain atau dalam erti kata lain jangan ikut buy call. Jika kita sentiasa ikut buy call, ia ibarat kita berjudi dalam pasaran saham. Asal buy call je kita beli, asal buy call je kita beli. Ini akan membahayakan portfolio kita sebab kita tidak mengetahui arah manakah sesuatu kaunter saham itu akan pergi. Kita perlu mempunyai pendirian kita sendiri dalam proses beli dan jual saham. Kita perlu mempunyai sebab kenapa kita beli sesuatu kaunter dan juga sebab kenapa kita jual sesuatu kaunter dan juga sebab kenapa kita hold sesuatu kaunter. Jika anda mempunyai reason yang jelas anda akan mempelajari sesuatu yang amat yang bermakna dalam trade saham.

5) Minat
Dalam apa jua bidang yang kita ceburi tanamkan minat yang mendalam. Begitu juga dengan saham. Dalam saham ni, kalau kita hanya mengejar duit semata-mata maka akhirnya duit akan lari dari kita. Oleh itu, jadilah seorang trader saham yang mempunyai passion (minat). Jika kita loss sekali pun minat tersebut tidak akan pudar. Kita akan terus berusaha kerana kita dah passionate dalam dunia trading. Akhirnya tiada siapa yang dapat menghalang kita daripada berjaya dan kaya dalam dunia saham yang kita ceburi ini.

Artikel ini telah dikarang selama 3 hari berikutan kesibukan saya dalam kerjaya yang diceburi. Saya tetap memberikan yang terbaik dalam berkongsi ilmu kepada anda. Semoga dengan adanya tips untuk menjadi trader saham berjaya ini dapat memberikan ruang dan peluang supaya kita semua lebih berjaya pada masa hadapan. Jumpa lagi untuk next posting. Terima kasih.
Baca Selanjutnya...

Bidang Tugas Pegawai Perancang Bandar Dan Desa

bidang tugas pegawai perancang bandar dan desa

Assalamualaikum. Pada hari ini saya akan mengupas bidang tugas pegawai perancang bandar dan desa didalam sesebuah organisasi atau jabatan. Tempat bertugas bagi seseorang pegawai ini biasanya dalam sektor kerajaan atau badan berkanun. Terdapat dua sektor kerajaan samada kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri. Badan berkanun pula adalah sebuah agensi separa kerajaan yang ditubuhkan di bawah peruntukan sesebuah Akta Parlimen atau Enakmen Dewan Undangan Negeri.

Dengan kata lain badan berkanun juga adalah sebuah agensi kerajaan. Bahagian perancang bandar dan desa adalah satu bahagian yang sangat penting dan perlu ada dalam sesebuah agensi kerajaan. Kalau anda nak tahu bidang tugas dan skop kerja pegawai perancang bandar dan desa jom kita tengok senarai dibawah ini :

1) Bertanggungjawab dalam penyediaan pelan-pelan pembangunan bandar, wilayah atau kawasan luar bandar
2) Merancang, menyusun dan mengatur dalam pembangunan sebuah bandar baru
3) Membuat perincian dalam pelan yang terlibat dengan pembangunan
4) Merealisasikan aspirasi kerajaan kearah pembangunan desa dan bandar yang mampan
5) Telibat dalam melukis pelan pembangunan, membuat kajian tapak, survey, mengumpul data dan maklumat yang diperlukan
6) Menitikberatkan aspek geografi, alam sekitar, ekonomi, kejuruteraan, ukur tanah, pengurusan masyarakat dan lain-lain
7) Tugas yang ketara adalah merancang, menyedia, menyelia dan menyelaras kajian rancangan pembangunan dan pelan-pelan pembangunan
8) Membuat laporan teknikal dan memberi nasihat kepada agensi dalam perancangan termasuk pelan tata atur
9) Menyediakan maklumat untuk kegunaan perancangan dan koordinasi pembangunan infrastruktur dan utiliti serta pengangkutan atau sistem trafik di kawasan perbandaran
10) Memberikan ulasan teknikal bagi permohonan kebenaran
11) Menyediakan pelan dan laporan lawatan tapak bagi permohonan membina semua jenis struktur yang terlibat
12) Bertanggungjawab terhadap penyelarasan bajet berhubung dengan pengurusan projek, promosi pemasaran hartanah, pembangunan dan bajet mengurus
13) Pembangunan pangkalan data GIS untuk data-data perancangan serta pengumpulan maklumat kemajuan perancangan dan pembangunan bandar

Dari segi perjawatan pegawai perancang bandar dan desa adalah dalam kumpulan pengurusan dan profesional. Ia terletak dibawah kelolaan Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan dan juga dibawah Jabatan Perancang Bandar Dan Desa. Gaji yang ditawarkan untuk perjawatan pegawai ini adalah RM2,529.00 bagi gred 41dengan kenaikan RM225.00 setahun. Manakala gaji maksimum yang ditetapkan adalah RM9,643.00.

Anda boleh memohon jawatan kosong pegawai perancang bandar dan desa dilaman web SPA atau boleh memohon terus di agensi-agensi yang berkaitan yang membuka permohonan bagi mengisi kekosongan jawatan bagi gred J41 atau JA29. Permohonan biasanya boleh dibuat secara online. Untuk memohon anda mestilah mempunyai Ijazah Sarjana Muda atau Diploma Perancang Bandar dan Wilayah yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Saya rasa setakat ini dahulu bagi huraian bidang tugas pegawai perancang bandar dan desa dan semoga anda mendapat manfaat daripada artikel ini. Jika anda rasa ianya bermanfaat anda dialu-alukan untuk untuk share link blog ini ke media sosial. Terima kasih.
Baca Selanjutnya...

Cara Mudah Membuat Layang-Layang Atau Wau

cara mudah membuat layang layang atau wau

Layang-layang atau wau mempunyai pelbagai bentuk dan nama yang diberikan sejak dahulu lagi. Pada artikel kali ini saya akan menceritakan cara mudah membuat layang-layang atau wau khususnya yang ada di Malaysia ini. Sebenarnya mudah je cara membuat layang-layang ni. Caranya adalah seperti berikut :

1) Sediakan peralatan seperti pisau, gunting, tali atau benang, gam dan kertas minyak
2) Cari dan potong buluh sepanjang 80cm dan 40cm
3) Sisipkan sehingga menjadi saiz nipis 5mm ke bawah (diameter)
4) Buat kerangka layang-layang dengan 2 buluh nipis tadi dan satukan secara menyilang. Buluh yang lebih pendek berada di 1/3 panjang dari buluh yang panjang.
5) Kemudian kuatkan rangka tersebut menggunakan benang pada bahagian bertemunya 2 buluh tersebut.
6) Sambungkan setiap hujung buluh dengan benang yang akan membentuk seperti segi empat
7) Kemudian tampalkan kertas minyak dengan menggunakan gam pada keseluruhan kerangka layang-layang
8) Ikatkan benang pada kanan, kiri dan bawah layang-layang untuk dijadikan sebagai teraju
9) Siap

Dengan membuat layang-layang sendiri kita dapat menjimatkan kos. Kos untuk membuatnya tak sampai 5 ringgit pun. Kalau kita beli layang-layang yang dah siap harga sekarang adalah lebih kurang RM10. Layang-layang atau wau ini biasanya dimainkan pada waktu petang selepas waktu asar dan sebelum waktu maghrib. Ini kerana kadar tiupan angin sangat aktif dan mampu menerbangkan layang-layang anda. Antara kawasan yang sesuai untuk bermain layang-layang seperti di padang rumput yang luas, sawah padi, atas bukit dan tepi pantai.

Adalah amat wajar generasi hari ini dapat mendidik generasi baru dalam membuat layang-layang supaya permainan ini tidak ditelan zaman. Walaupun terdapat peralatan atau permainan baru seperti dron dan kapal terbang kawalan jauh, namun permainan wau atau layang-layang masih lagi relevan untuk dimainkan oleh generasi sekarang.

Pembuatan layang-layang terbesar di dunia yang pernah direkodkan adalah 12m X 16m pada sayapnya dan mempunyai ekor 240m panjang. Saya rasa setakat ini dahulu huraian cara mudah membuat layang-layang atau wau pada kali ini dan semoga kita berjumpa lagi untuk posting yang berikutnya. Terima kasih.
Baca Selanjutnya...

Bidang Tugas Pensyarah Dan Skop Kerjanya

bidang tugas pensyarah dan skop kerjanya

Pada kali ini saya akan terangkan bidang tugas pensyarah dan skop kerjanya kepada anda. Pensyarah adalah adalah salah satu kerjaya bidang profesional yang mengajar di universiti, kolej, politeknik dan institusi pendidikan tinggi yang lain. Kerjaya ini sangat mulia kerana ia memberikan ilmu kepada orang lain untuk digunakan demi masa depan mereka.

Masa mengajar pensyarah agak fleksibel kerana ia hanya mengajar pada masa yang ada kuliah sahaja. Mereka juga boleh menjalankan penyelidikan berdasarkan geran yang diberikan oleh kerajaan dan pada masa yang sama boleh menjalankan perniagaan dalam bidang pengajaran mereka contohnya dengan membuka syarikat perundingan mereka sendiri. Tanpa membuang masa lagi jom kita tengok bidang tugas pensyarah dan skop kerjanya :

1) Memberi pengajaran dalam bilik kuliah kepada pelajar diploma, ijazah atau master
2) Menjalankan penyelidikan berdasarkan geran dalaman universiti, geran nasional atau geran antarabangsa
3) Menjalankan kerja rundingan iaitu bekerjasama dengan pihak industri bagi membuat sebarang rundingan kerana kebiasaannya projek rundingan datangnya dari pihak industri
4) Menjadi penasihat akademik kepada pelajar
5) Menyediakan jadual rancangan semester untuk diedarkan kepada pelajar
6) Menjadi penyelia kepada pelajar dalam membuat tesis, projek dan latihan praktikal
7) Menulis dan menerbitkan bahan-bahan bacaan yang meliputi monograf, makalah, modul, kertas kerja seminar, bengkel, buku, laporan dan jurnal
8) Pentadbiran merangkumi tugas perancangan, pengurusan, pengawalan, penyeliaan dan penilaian sesuatu bidang tugas dalam sesuatu jangka waktu yang ditetapkan
9) Kerja-kerja perkhidmatan masyarakat di luar atau dalam universiti mengikut peringkat-peringkat dalam bidang kepakaran
10) Menjalankan kerja-kerja yang berkaitan dengan pembangunan sahsiah pelajar, aktiviti pelajar dan motivasi
11) Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan Pentadbiran Fakulti dari semasa ke semasa

Sangat banyak sekali tugas dan tanggungjawab pensyarah yang perlu dipikul namun bukanlah semua tugas tersebut perlu dibuat sekali gus atau serentak kerana ada sesetengah tugas itu tiada kena mengena dengan seseorang pensyarah. Ia juga bergantung kepada masa bekerja dan kesibukan pensyarah berkenaan dalam menjalankan sesuatu aktiviti. Gaji maksimum seorang pensyarah boleh mencecah RM20,592.00 tidak termasuk elaun-elaun yang lain.

Untuk menjadi pensyarah anda perlu mempunyai master terlebih dahulu. Kemudian anda perlu menyambung pengajian ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) sebelum layak memohon jawatan pensyarah di mana-mana institusi pengajian tinggi. Ada juga universiti menawarkan skim tutor atau fellowship. Calon perlulah menamatkan pengajian diperingkat ijazah dan mempunyai CGPA sekurang-kurang 3.00 ke atas atau sebaiknya 3.50 ke atas (bergantung kepada syarat universiti). Setelah menjadi tutor beberapa tahun, anda digalakkan untuk menyambung ke peringkat master dan PhD bagi melayakkan dilantik sebagai pensyarah.

Saya rasa setakat ini dahulu bagi huraian bidang tugas pensyarah dan skop kerjanya dan semoga berjumpa untuk posting yang akan datang. Sekian.
Baca Selanjutnya...

Bidang Tugas Askar Dan Skop Kerjanya

bidang tugas askar dan skop kerjanya

Askar adalah salah satu badan beruniform yang ada di negara kita. Bagi anda yang sukakan kerjaya yang adventurous, mencabar, berani dan lasak kerjaya askar adalah pilihan yang tepat. Pada kali ini saya akan terangkan berkaitan bidang tugas askar dan skop kerjanya kepada anda.

Askar atau tentera juga merupakan pekerjaan yang paling berbahaya tetapi mulia. Apabila berhadapan dengan musuh ada tiga kemungkinan yang akan berlaku iaitu selamat, cedera atau terkorban. Sungguhpun begitu, jika terkorban dan niat berperang adalah untuk mempertahankan agama, bangsa dan negara maka ia dikira sebagai mati syahid dan diberi balasan syurga oleh Allah SWT.

Askar atau tentera terdiri daripada Angkatan Tentera Darat (ATM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Terdapat juga nama-nama lain bagi menggambarkan ketiga-tiga entiti ini tetapi ia tidak lari daripada tugas dan matlamat asal penubuhannya. Tanpa membuang masa lagi mari kita tengok bidang tugas askar atau tentera dan skop kerjanya :

1) Bertanggungjawab menjaga keamanan negara dan keselamatan rakyat jelata
2) Berfungsi juga menjaga keamanan di darat, laut dan udara
3) Mempunyai askar simpanan yang bertindak sebagai benteng kedua pertahahanan negara
4) Mempunyai pasukan tempur dan pasukan bantuan. Bertempur dengan musuh sekiranya terdapat serangan contohnya peristiwa Lahad Datu
5) Tentera juga mempunyai pasukan perubatan, pendidikan, kejuruteraan, keagamaan, muzik dan lain-lain bagi membentuk pasukan yang mantap
6) Sentiasa menetapkan niat dalam menjaga ketenteraman dan keamanan hanya kerana Allah SWT
7) Tidak berpaling tadah kepada negara dan tidak menjadi talibarut kepada pihak musuh
8) Patuh kepada undang-undang tentera dan ajaran Islam
9) Mengawal sempadan negara
10) Menjadi perisik untuk mendapatkan maklumat musuh
11) Bekerjasama dengan pihak berkuasa awam di dalam menangani kejadian-kejadian bencana alam dan kecemasan yang memerlukan

Adalah tidak wajar jika ada pemimpin dan rakyat menggelarkan tentera hanya tidur dan makan sahaja. Hidup sebagai tentera ini bukan seperti keadaan orang lain. Mereka tertakluk kepada undang-undang negara Malaysia dan juga undang-undang tentera. Latihan yang mereka perlu lalui amat berat sekali dan pekerjaan mereka juga paling berbahaya didunia. Tentera juga tidak dibenarkan untuk bercuti dan berhenti sesuka hati tanpa alasan yang munasabah dan kukuh.

Tentera Darat Malaysia (TDM) merupakan organisasi terbesar negara. Ia mempunyai 16 Kor dan Rejimen yang mempunyai fungsi dan peranan masing-masing. Antara kelompok yang terlibat adalah :

i) Kelompok Tempur
Kelompok ini melibatkan anggota dan sistem tempur yang berada di hadapan sekali (barisan hadapan) dalam peperangan. Kelompok ini terdiri daripada Kor dan Rejimen iaitu Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Rejimen Renjer Diraja (RRD), Rejimen Sempadan (RS) dan Kor Armor Diraja (KAD).

ii) Kelompok Bantuan Tempur
Kelompok kedua ini terdiri daripada anggota dan sistem tentera yang membantu Kelompok Tempur secara langsung di dalam peperangan. Ianya terdiri daripada Kor dan Rejimen iaitu Rejimen Semboyan Diraja (RSD), Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD), Rejimen Artileri Diraja (RAD), Kor Polis Tentera Diraja (KPTD) dan Kor Risik Diraja (KRD).

iii) Kelompok Bantuan Perkhidmatan
Peranan kelompok ini adalah untuk membantu Kelompok Tempur dan Bantuan Tempur dalam aspek perkhidmatan lojistik dan senggaraan serta perkhidmatan lain yang berunsur pentadbiran. Ia mengandungi Kor dan Rejimen iaitu Kor Jurutera Letrik dan Jentera Diraja (KJLJD), Kor Perkhidmatan Am (KPA), Kor Perkhidmatan Diraja (KPD), Kor Ordnans Diraja (KOD), Kor Kesihatan Diraja (KKD) dan Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT).

iv) Askar Wataniah
Rejimen Askar Wataniah adalah Rejimen yang diangotai oleh para sukarelawan. Mereka ini adalah barisan kedua dalam mempertahankan Negara. Kemahiran anggota adalah standing dengan anggota tetap, malah mereka juga kepakaran tertentu seperti telekomunikasi, perbekalan air, pengendalian pelabuhan dan pengendalian keretapi.

Saya fikir setakat ini dahulu ulasan bidang tugas askar atau tentera dan skop kerjanya untuk kali ini. Semoga berjumpa lagi untuk posting yang berikutnya. Terima kasih.
Baca Selanjutnya...

Cara Menemukan Tujuan Hidup - Motivasi Penting

cara menemukan tujuan hidup motivasi penting

Pada kali ini saya huraikan cara menemukan tujuan hidup sebagai motivasi penting untuk anda. Untuk mencari tujuan hidup kita tidak boleh terburu-buru. Banyak orang terlalu terburu-buru untuk mencari tujuan hidup. Mereka mengatakan saya harus cepat untuk mencapai tujuan hidup saya! Jika mereka berbuat demikian, biasanya ia tidak bermakna apa-apa. Tujuan hidup yang utama adalah kita buat apa yang kita suka. Iaitu perkara-perkara positif yang mendatangkan kesan yang baik untuk kehidupan kita.

Banyak orang fikir mereka menyukai pekerjaan mereka tetapi pada masa yang sama mereka tidak boleh menghasilkan wang yang banyak. Seorang doktor di Phoenix telah berkata yang beliau ingin meninggalkan profesionnya sebagai doktor iaitu dengan berhenti kerja. Sebabnya adalah beliau tidak boleh menghasilkan wang yang banyak jika beliau masih bekerja sebagai doktor. Beliau juga tidak menyukai pekerjaannya itu.

Kita perlu mencari apa yang paling kita suka buat dalam hidup ini dan berusaha kearah itu. Dengan hanya kita buat apa yang kita suka, kita boleh menghasilkan banyak duit. Jika anda bangun setiap pagi dan menyukai apa yang anda lakukan, anda adalah orang kaya. Habiskanlah hari-hari dalam hidup dengan melakukan apa yang kita suka. Dengan cara ini kita dapat kepuasan yang maksimum.

Kita harus mendapatkan banyak kepuasan terhadap passion yang kita lakukan. Kita tidak akan mendapatkan banyak wang dengan hanya bekerja. Bekerja adalah cara terburuk memperolehi wang. Jika anda percaya bahawa kerja keras dan kejujuran sahaja membawa kejayaan, buanglah fikiran sebegitu kerana ia tidak benar. Kita dibayar bukan berdasarkan kerja keras, tetapi kita dibayar berdasarkan value yang ada pada diri kita.

Kekayaan yang besar tidak akan datang dengan hanya bekerja makan gaji. Kekayaan dan kejayaan akan datang bila kita mula memberi. Beri sesuatu yang bermanfaat kepada society. Dengan ini duit akan mengalir walaupun kita sedang tidur. Apabila kita telah fokus dengan apa yang kita minat, anda akan mulai faham tentang bayaran dan pertumbuhan (compensation dan growth). Kita perlu menyediakan waktu dan ruang untuk memikirkan apakah tujuan hidup, apakah perkara yang kita minat untuk buat.

Sediakan pen dan buku catatan kecil untuk mencatat apa yang kita suka buat dalam hidup. Setiap pagi selepas bangun tidur luangkan sedikit masa berfikir untuk menetapkan tujuan hidup. Tanya pada diri sendiri apa yang benar-benar saya sukai? Berapa kerap kita nak buat perkara tersebut setiap hari? Berapa lama? Pasti anda akan menemui perkara tersebut dan itulah tujuan hidup anda. Tidak lupa juga kita perlu lakukan apa yang disuruh dan meninggalkan larangan Allah SWT. Lakukan perkara yang anda suka dan bertawakallah kepada Allah SWT.

Perkara yang anda minat buat itu akan memberi impak kepada keluarga, syarikat anda, masyarakat, negara dan dunia. Oleh itu, pada setiap hari anda memiliki hari yang baik kerana anda mempunyai tujuan. Setakat ini dahulu huraian cara menemukan tujuan hidup dan jumpa lagi dalam next articles.
Baca Selanjutnya...

Proses Kelulusan Pelan Rumah Oleh Majlis Daerah

proses kelulusan pelan rumah oleh majlis daerah

Rumah adalah salah satu keperluan hidup yang perlu ada oleh setiap orang. Tempat tinggal ini bertujuan dijadikan tempat tidur, beribadat, mandi, berkeluarga, belajar dan tempat berlindung daripada cuaca. Ia juga merupakan keperluan asas bagi semua orang.

Ok pada hari ini saya akan kupas berkaitan proses kelulusan pelan rumah oleh majlis daerah atau majlis perbandaran di tempat anda. Bahasa teknikalnya adalah kelulusan pelan bangunan bagi pembinaan rumah baru, bangunan perniagaan, penambahan serta pengubahsuaian bangunan sedia ada.

Sebelum sesebuah rumah atau bangunan didirikan ia perlulah terlebih dahulu memohon kebenaran dan mendapatkan kelulusan secara bertulis daripada pihak berkuasa tempatan (PBT). Ini bertujuan untuk mengelakkan pemilik premis dikenakan notis saman atau kompaun oleh PBT berkenaan. Berikut adalah proses dan prosedur kelulusan pelan rumah atau bangunan oleh majlis daerah :

1) Lakukan perbincangan dengan pihak Majlis (biasanya Bahagian Bangunan) untuk nyatakan hasrat anda
2) Buka fail kat Majlis berserta yuran
3) Sediakan pelan arkitek & pengesahan arkitek bertauliah
4) Sediakan pelan struktur & pengesahan jurutera bertauliah
5) Cover letter daripada arkitek atau jurutera bertauliah
6) Jelaskan bayaran caj perkhidmatan, fi kerja tanah, bayaran sumbangan perparitan dan papan tanda
7) Borang A lengkap diisi yang ditandatangan arkitek bertauliah
8) Borang JBG/KB1-85/A ditandatangan arkitek bertauliah
9) Salinan surat hakmilik
10) Resit cukai pintu terbaru
11) Resit cukai tanah terbaru
12) Lima salinan pelan atau lukisan seperti item 3 dan 4
13) Dan lain-lain dokumen yang berkaitan

Prosedur atau proses kelulusan pelan bangunan diatas adalah secara umum sahaja dan ia bergantung sepenuhnya kepada majlis daerah/perbandaran di tempat anda. Ia juga tertakluk kepada akta dan perundangan. Tempoh masa kelulusan ini bergantung kepada kecekapan pegawai yang memproses dokumen di PBT berkenaan.

Bagi anda yang tiada masa dan kepakaran, anda boleh menggunakan khidmat perunding arkitek atau perunding jurutera bagi menguruskan submission plan ini dari peringkat awal sehinggalah mendapat CF atau CCC. Sejumlah fee akan dikenakan untuk khidmat perundingan syarikat berkenaan.

Saya rasa setakat ini dahulu untuk proses kelulusan pelan rumah atau bangunan oleh majlis daerah dan semoga ia bermanfaat buat anda. Jumpa lagi dalam next posting..
Baca Selanjutnya...

Bidang Tugas Polis Dan Skop Kerjanya

bidang tugas polis dan skop kerjanya

Jangan bergerak, kami polis! Tolong beri kerjasama! Itulah ayat atau istilah yang selalu kita dengar apabila pihak polis menjalankan tugas mereka. Ok pada kali ini saya akan kupas bidang tugas polis dan skop kerjanya di negara kita yang tercinta ini.

Kerjaya polis adalah salah satu bidang yang diminati oleh anak muda. Kalau diperingkat sekolah terdapat unit beruniform yang dipanggil kadet polis. Tujuannya adalah untuk mendedahkan kepada para pelajar skop kerja kepolisan sejak dibangku sekolah lagi. Singkatan yang selalu kita dengar Polis Diraja Malaysia atau PDRM yang menggambarkan badan beruniform polis di Malaysia ini.

Terdapat hampir 115000 jumlah anggota polis yang ada diseluruh Malaysia. Bendera dan insignia polis berlatarbelakangkan warna biru yang menggambarkan rakyat jelata, lambangnya berwarna perak atau putih yang terdiri daripada sebilah keris dan parang kelewang yang bersilang. Tanpa membuang masa lagi jom kita lihat bidang tugas polis, kuasa dan skop kerjanya pada hari ini :

1) Memberi bantuan dalam melaksanakan undang-undang
2) Menjalankan pendakwaan
3) Menangkap mana-mana individu yang melakukan jenayah
4) Mengekalkan ketenteraman negara
5) Melaksanakan saman, sapina, waran, perintah, memenjara dan lain-lain dengan sah yang diarahkan pihak berkuasa kompeten
6) Membuat risikan
7) Melindungi harta awam daripada hilang atau rosak
8) Menghadiri mahkamah jenayah, sivil dan menjaga ketenteraman di dalamnya
9) Mengiring pembesar atau pemimpin negara
10) Pada seksyen 21 akta polis menggariskan untuk mengatur, menjaga ketenteraman dan mencegah halangan jalanraya
11) Menyita binatang yang berkeliaran dan menempatkan dalam kandang awam
12) Mempamerkan maklumat
13) Memberi bantuan dalam melindungi nyawa dan harta
14) Menguatkuasakan undang-undang perjudian, maksiat dan kongsi gelap
15) Menguatkuasakan undang-undang penyalahgunaan dan pengedaran dadah
16) Dan lain-lain fungsi berdasarkan bahagian atau cawangan polis

Wow memang banyak peranan dan bidang tugas polis. Badan ini mempunyai kuasa terbesar sekali dalam perkhidmatan awam. Gaji maksimum bagi anggota polis adalah RM9547.00 dan ia juga bergantung kepada gred pangkat anggota masing-masing. Semakin tinggi pangkat seseorang anggota semakin tinggilah gaji yang akan diperolehi.

Bagi permohonan untuk menjadi anggota polis anda perlulah mengisi borang SPA8i secara online melalui portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Jawatan kosong Polis Diraja Malaysia diiklan dari semasa ke semasa. Jika sekiranya anda layak dan terdapat kekosongan anda akan dipanggil untuk temuduga.

Setiap jawatan yang dipohon mempunyai syarat tertentu mengikut gred yang telah ditentukan. Antara syarat kelayakan fizikal bagi memohon jawatan-jawatan dalam PDRM adalah seperti berikut:

i) Tinggi tidak kurang atau lebih daripada 1.63 m bagi lelaki dan 1.57 m bagi wanita tanpa bersepatu.
ii) Ukuran dada 81 cm (biasa) dan semasa menarik nafas 86 cm (lelaki sahaja).
iii) Berat badan sekurang-kurangnya 50 kg bagi lelaki dan 48 kg bagi wanita.
iv) Mempunyai Ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) diantara julat 19 hingga 26.
v) Lulus ujian penglihatan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata atau alat bantuan kanta lekap oleh pemeriksa yang bertauliah di hospital kerajaan.
vi) Pemeriksaan pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat oleh pegawai perubatan kerajaan.
vii) Diperiksa dan diakui sihat untuk berkhidmat oleh pegawai perubatan kerajaan termasuk pemeriksaan X-ray.

Saya rasa dah cukup panjang penulisan pada kali ini berkaitan bidang tugas polis dan skop kerjanya dan semoga ianya memberikan manfaat kepada anda semua. Anda juga boleh share link artikel ini ke media sosial. Jumpa lagi dalam next posting. Wassalam.
Baca Selanjutnya...

Rayuan BSH Dibayar Pada Isnin 30 September 2019

Rayuan BSH Dibayar Pada Isnin 30 September

Dianggarkan 220000 senarai penerima Bantuan Sara Hidup, BSH akan menerima bayaran mereka pada hari Isnin 30 September 2019. Jumlah kewangan yang diperuntukkan adalah sebanyak RM120 juta yang akan dikreditkan kedalam akaun penerima.

Maklumat rayuan BSH tahun 2019 telah pun diproses bagi tujuan ini. Menurut sumber kementerian kewangan jumlah keseluruhan duit BSH dianggarkan sebanyak 4.2 billion untuk tahun 2019. Kerajaan berhasrat untuk meneruskan bantuan ini demi kesejahteraan ekonomi rakyat Malaysia khususnya untuk golongan B40 iaitu golongan yang berpendapatan rendah bagi meringankan kos sara hidup.

Sehubungan itu jika sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut anda boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2747 (waktu pejabat) atau menghantar email kepada bsh@treasury.gov.my (24 jam).

Semoga Bantuan Sara Hidup (BSH) dapat dinikmati oleh rakyat dengan baik dan bersyukur kepada Allah SWT setiap masa. Jika kita bersyukur Allah SWT akan menambahkan lagi nikmat kepada kita. Sekian.
Baca Selanjutnya...