Cara Mudah Bermain Guli

cara mudah bermain guli
Permainan guli adalah satu permainan tradisional yang dimainkan oleh kanak-kanak yang berumur 7 hingga 12 tahun. Permainan ini begitu popular sekitar tahun 80an dan 90an. Pada zaman milenium ini saya sudah tidak nampak kanak-kanak bermain permainan guli ini. Kanak-kanak zaman sekarang lebih gemar memegang gajet daripada bermain permainan yang berbentuk fizikal.

Namun ia perlu diajar oleh golongan dewasa supaya anak-anak dapat bermain semula permainan ini. Banyak kelebihan yang boleh dapat dengan bermain permainan tradisional antaranya dapat keluar peluh menjadikan badan lebih sihat, dapat merapatkan hubungan silatulrahim dan dapat menambahkan bilangan kawan-kawan kanak-kanak itu sendiri. Permainan guli adalah tidak bermusim. Bila tiba sahaja musim panas dan kering mereka pun beraksi. Guli banyak dimainkan di kampung-kampung di sekitar halaman rumah. Ia tidak perlu kawasan yang luas untuk bermain.

Asas permainan guli ialah kita perlu melontarkan guli tepat ke sasaran guli yang yang lain. Biji guli yang digunakan untuk bermain adalah daripada jenis yang diperbuat daripada batu kapur, berwarna putih dan berbentuk bulat. Biasanya ia dimainkan sebanyak 5 orang kebawah. Berikut adalah cara mudah untuk bermain guli yang boleh dijadikan rujukan :

1) Pemain perlu memilih kawasan tanah yang rata
2) Satu garisan bulat berdiameter 1m perlu dilukiskan
3) Satu lubang hendaklah dikorek di tengah-tengah bulatan tersebut
4) Saiz lubang adalah sebesar 10cm dan dalamnya 7cm
5) Satu garis lagi perlu dilukis pada jarak 3m dari bulatan tadi bagi menandakan tempat mula permainan
6) Setiap pemain perlu memasukkan guli masing-masing ke dalam lubang
7) Sesiapa yang dapat masukkan guli ke dalam lubang dikira pemain pertama yang akan memulakan permainan diikuti oleh pemain seterusnya
8) Pemain pertama akan menjentik guli ke kawasan bulatan agar semua guli terkeluar daripada kawasan bulatan
9) Sekiranya jentikan tidak mengena ia dikira mati dan pemain seterusnya akan membuat jentikan kepada guli-guli yang ada
10) Begitulah seterusnya sehingga semua pemain selesai membuat jentikan ke atas guli pemain yang lain

Jumlah mata dikira berdasarkan berapa banyak kenaan jentikan pada guli pihak lawan sehingga selesai. Ada juga orang yang menjadikan guli sebagai barang perhiasan dan membuat koleksi dengan mengumpul guli. Bagi guli yang diperbuat daripada kaca, ia mempunyai pelbagai warna dan corak serta mempunyai nilai estetika yang tersendiri. Biji guli juga boleh dijadikan sebagai buah untuk permainan congkak.

Permainan guli juga dinamakan sebagai kelereng dan dimainkan oleh kanak-kanak lelaki. Saya fikir setakat ini dahulu kupasan untuk cara mudah bermain guli dan semoga anda mendapatkan manfaat daripada artikel ini. Jumpa lagi dalam posting yang berikutnya. Terima kasih.
Baca Selanjutnya...

Bidang Tugas Akauntan Dan Skop Kerjanya

bidang tugas akauntan dan skop kerjanya

Assalamualaikum. Syukur kehadrat Allah SWT dapat kita bertemu lagi dalam blog ini. Pada kali ini saya akan huraikan bidang tugas akauntan dan skop kerjanya. Macam best je kerja sebagai akauntan ni.. Macam best gaji akauntan ni.. Nak tahu best ke tak best jom baca ayat demi ayat kupasan ini.

Akauntan adalah salah satu kerjaya dalam bidang profesional yang terlibat dengan kira-kira perakaunan dan kewangan. Hampir setiap syarikat atau jabatan kerajaan mempunyai jawatan akauntan bagi melicinkan tugasan dalam sesebuah organisasi. Dalam sektor awam jawatan akauntan diletakkan dibawah Jabatan Akauntan Negara. Berikut disenaraikan bidang tugas akauntan dan skop kerjanya dalam sektor awam/kerajaan :

1) Memberikan khidmat nasihat dan kawalan dalam belanjawan sesebuah jabatan atau kementerian
2) Menyemak pembayaran cukai keatas syarikat swasta atau individu serta menyediakan penyata cukai
3) Menyediakan pelan kawalan bagi menjimatkan kos
4) Mengesahkan penyata kewangan dalam pembentangan kepada pengurusan atasan atau mesyuarat pengurusan
5) Melaksanakan audit kewangan diperingkat jabatan atau kementerian
6) Melaksanakan dasar kerajaan
7) Perlu mempunyai kecekapan sebagai juruaudit, juru perunding, penolong akaun, kerani akaun dan lain-lain

Manakala bidang tugas akauntan dan skop kerjanya dalam sektor swasta atau korporat adalah :

1) Merekod aliran tunai dalam sesebuah syarikat dan membentangkan kepada pengurusan atasan
2) Melaksanakan audit kewangan dalam sesebuah syarikat
3) Membuat laporan ramalan keuntungan syarikat
4) Membuat pemantauan perbelanjaan kewangan dan prestasi syarikat
5) Mengira cukai yang perlu dibayar oleh syarikat dan membuat pembayaran di LHDN
6) Perlu mempunyai kecekapan sebagai juruaudit, juru perunding, penolong akaun, kerani akaun dan lain-lain
7) Mengesahkan pembayaran gaji pekerja dan bayaran-bayaran lain kepada pihak ketiga

Gaji permulaan jawatan akauntan dalam sektor kerajaan adalah RM2,345.69 manakala gaji maksimum yang bakal diperolehi adalah RM9,585.00. Syarat asas untuk menjadi akauntan anda perlulah memiliki Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi dalam atau luar negara atau setaraf dengannya.

Seorang akauntan mestilah mempunyai disiplin dan integriti yang tinggi. Kita tidak boleh menyalahgunakan jawatan untuk kepentingan peribadi contohnya penyelewengan kewangan, bersekongkol dengan orang lain dalam membuat tuntutan palsu, mengambil rasuah, pemalsuan dokumen, menipu cek atau memasukkan wang syarikat ke dalam akaun sendiri. Kita perlu memantapkan keimanan kepada Allah SWT agar terhindar daripada perkara-perkara diatas.

Selain akauntan terdapat satu lagi jawatan iaitu penolong akaun yang bertujuan menjadi penolong atau pembantu kepada akauntan dalam urusan kerja mereka. Skop kerja seorang penolong akauntan adalah lebih kurang akauntan juga tetapi lebih ringan sedikit berbanding akauntan sebenar. Saya fikir setakat ini dahulu untuk posting bidang tugas akauntan dan skop kerjanya pada kali ini. Semoga ianya memberi manfaat buat anda dan jumpa lagi dalam next posting.
Baca Selanjutnya...

Tips Untuk Menjadi Trader Saham Berjaya

tips untuk menjadi trader saham berjaya

Semakin hari semakin ramai rakyat Malaysia menceburkan diri dalam dunia saham. Ok pada hari ini saya akan mengupas tips untuk menjadi trader saham berjaya buat anda. Saham ni apa sebenarnya? Macam mana nak beli? Macam mana nak buat keuntungan daripadanya? Itu adalah persoalan yang sering bermain difikiran bagi seseorang yang masih baru hendak mengenali saham.

Sebenarnya saham adalah pemilikan syarikat yang dibuka kepada orang awam yang berminat untuk membeli atau memiliki pegangan syarikat. Bagi tujuan ini ia akan disenaraikan di Bursa Malaysia dan boleh dibeli melalui platform saham yang telah disediakan. Sebagai orang Islam kita seharusnya membeli saham yang patuh syariah sahaja supaya keuntungan yang akan kita perolehi nanti adalah halal lagi berkat.

Orang yang membeli atau menjual saham dikenali sebagai pedagang atau dalam istilah yang biasa kita dengar adalah trader. Terdapat banyak jenis trader yang ada contohnya scalper, intraday, swing, position dan long term trader. Saya tidak akan jelaskan term ini buat masa sekarang kerana ia akan lari dari fokus tajuk asal artikel ini. Tanpa membuang masa lagi jom kita amalkan tips untuk menjadi trader saham berjaya :

1) Pergi berguru
Untuk mendapatkan ilmu seharusnya kita perlu berguru. Lebih-lebih lagi untuk mendapatkan ilmu saham yang boleh menjadikan anda sebagai trader yang berjaya. Antara guru yang boleh saya rekomen kepada anda adalah Pakya Hussin, Nizam Malek, Pakku Trader, Jamil Baharom, Maher Saham, Jeffy Azizi Jaafar, Dato' Dr Nazri Khan (DDNK), Haji Asri Ahmad Academy (AAA) dan lain-lain lagi guru yang handal dalam bidang ini. Jika anda tidak ada masa yang mencukupi untuk belajar saham, anda boleh belajar melalui kelas online yang disediakan oleh beberapa sifu (tak semua) diatas. Selain dari itu anda juga boleh mendapat pengetahuan saham melalui baca buku, menonton video youtube dan membaca blog trader saham.

2) Beli saham semasa uptrend sahaja
Untuk mendapatkan keuntungan yang relevan anda perlu beli saham yang menunjukkan keadaan uptrend sahaja. Setelah anda berguru kita akan automatik tahu keadaan sesuatu kaunter samada uptrend, sideways atau downtrend. Biasanya kita perlu menggunakan indicator dalam graf saham yang dikenali sebagai moving averages. Jangan sesekali kali membeli saham dalam keadaan sideways atau downtrend kerana kemungkinan untuk anda loss adalah tinggi. Kaunter yang sedang uptrend akan memudahkan kita menjana profit dalam masa yang pantas dan banyak. Dengan menggunakan beberapa indicator yang penting kita dapat mengenalpasti kaunter saham tersebut sesuai dibeli atau tunggu sekejap untuk mendapatkan harga yang sesuai untuk kita masuk. Antara carta yang boleh kita gunakan untuk melihat pergerakan harga saham adalah seperti tradingview, rhb tradesmart, chart nexus dan lain-lain chart yang disarankan oleh sifu anda.

3) Rajin mengkaji
Sebelum kita masuk untuk membeli kaunter saham, kita perlu mengkaji daripada aspek technical analysis dan fundamental analysis bagi mengenalpasti kaunter yang berpotensi. Bagi technical analysis kita perlu mengkaji carta saham melalui indicator (petunjuk) seperti moving average, volume, macd, bollinger band, relative strength index, directional movement index dan lain-lain indicator yang sesuai dalam menentukan pergerakan harga saham. Bagi fundamental analysis pula kita perlu mengkaji syarikat yang patuh syariah, jenis perniagaan yang dijalankan, net profit, shareholding dan lain-lain parameter yang kita rasakan sesuai untuk dikaji. Kedua-dua analisis ini mudah je sebenarnya setelah kita belajar saham. Jangan risau, kalau orang lain boleh buat kenapa kita tak boleh. Kita boleh buat kajian saham pada waktu malam atau pada hari cuti iaitu ketika pasaran saham ditutup. Ini kerana semua harga saham telah closed ketika pasaran ditutup.

4) Jangan ikut buy call
Untuk masuk (beli) sesuatu kaunter pilih kaunter yang kita kaji sahaja. Jangan ikut cadangan orang lain atau dalam erti kata lain jangan ikut buy call. Jika kita sentiasa ikut buy call, ia ibarat kita berjudi dalam pasaran saham. Asal buy call je kita beli, asal buy call je kita beli. Ini akan membahayakan portfolio kita sebab kita tidak mengetahui arah manakah sesuatu kaunter saham itu akan pergi. Kita perlu mempunyai pendirian kita sendiri dalam proses beli dan jual saham. Kita perlu mempunyai sebab kenapa kita beli sesuatu kaunter dan juga sebab kenapa kita jual sesuatu kaunter dan juga sebab kenapa kita hold sesuatu kaunter. Jika anda mempunyai reason yang jelas anda akan mempelajari sesuatu yang amat yang bermakna dalam trade saham.

5) Minat
Dalam apa jua bidang yang kita ceburi tanamkan minat yang mendalam. Begitu juga dengan saham. Dalam saham ni, kalau kita hanya mengejar duit semata-mata maka akhirnya duit akan lari dari kita. Oleh itu, jadilah seorang trader saham yang mempunyai passion (minat). Jika kita loss sekali pun minat tersebut tidak akan pudar. Kita akan terus berusaha kerana kita dah passionate dalam dunia trading. Akhirnya tiada siapa yang dapat menghalang kita daripada berjaya dan kaya dalam dunia saham yang kita ceburi ini.

Artikel ini telah dikarang selama 3 hari berikutan kesibukan saya dalam kerjaya yang diceburi. Saya tetap memberikan yang terbaik dalam berkongsi ilmu kepada anda. Semoga dengan adanya tips untuk menjadi trader saham berjaya ini dapat memberikan ruang dan peluang supaya kita semua lebih berjaya pada masa hadapan. Jumpa lagi untuk next posting. Terima kasih.
Baca Selanjutnya...

Bidang Tugas Pegawai Perancang Bandar Dan Desa

bidang tugas pegawai perancang bandar dan desa

Assalamualaikum. Pada hari ini saya akan mengupas bidang tugas pegawai perancang bandar dan desa didalam sesebuah organisasi atau jabatan. Tempat bertugas bagi seseorang pegawai ini biasanya dalam sektor kerajaan atau badan berkanun. Terdapat dua sektor kerajaan samada kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri. Badan berkanun pula adalah sebuah agensi separa kerajaan yang ditubuhkan di bawah peruntukan sesebuah Akta Parlimen atau Enakmen Dewan Undangan Negeri.

Dengan kata lain badan berkanun juga adalah sebuah agensi kerajaan. Bahagian perancang bandar dan desa adalah satu bahagian yang sangat penting dan perlu ada dalam sesebuah agensi kerajaan. Kalau anda nak tahu bidang tugas dan skop kerja pegawai perancang bandar dan desa jom kita tengok senarai dibawah ini :

1) Bertanggungjawab dalam penyediaan pelan-pelan pembangunan bandar, wilayah atau kawasan luar bandar
2) Merancang, menyusun dan mengatur dalam pembangunan sebuah bandar baru
3) Membuat perincian dalam pelan yang terlibat dengan pembangunan
4) Merealisasikan aspirasi kerajaan kearah pembangunan desa dan bandar yang mampan
5) Telibat dalam melukis pelan pembangunan, membuat kajian tapak, survey, mengumpul data dan maklumat yang diperlukan
6) Menitikberatkan aspek geografi, alam sekitar, ekonomi, kejuruteraan, ukur tanah, pengurusan masyarakat dan lain-lain
7) Tugas yang ketara adalah merancang, menyedia, menyelia dan menyelaras kajian rancangan pembangunan dan pelan-pelan pembangunan
8) Membuat laporan teknikal dan memberi nasihat kepada agensi dalam perancangan termasuk pelan tata atur
9) Menyediakan maklumat untuk kegunaan perancangan dan koordinasi pembangunan infrastruktur dan utiliti serta pengangkutan atau sistem trafik di kawasan perbandaran
10) Memberikan ulasan teknikal bagi permohonan kebenaran
11) Menyediakan pelan dan laporan lawatan tapak bagi permohonan membina semua jenis struktur yang terlibat
12) Bertanggungjawab terhadap penyelarasan bajet berhubung dengan pengurusan projek, promosi pemasaran hartanah, pembangunan dan bajet mengurus
13) Pembangunan pangkalan data GIS untuk data-data perancangan serta pengumpulan maklumat kemajuan perancangan dan pembangunan bandar

Dari segi perjawatan pegawai perancang bandar dan desa adalah dalam kumpulan pengurusan dan profesional. Ia terletak dibawah kelolaan Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan dan juga dibawah Jabatan Perancang Bandar Dan Desa. Gaji yang ditawarkan untuk perjawatan pegawai ini adalah RM2,529.00 bagi gred 41dengan kenaikan RM225.00 setahun. Manakala gaji maksimum yang ditetapkan adalah RM9,643.00.

Anda boleh memohon jawatan kosong pegawai perancang bandar dan desa dilaman web SPA atau boleh memohon terus di agensi-agensi yang berkaitan yang membuka permohonan bagi mengisi kekosongan jawatan bagi gred J41 atau JA29. Permohonan biasanya boleh dibuat secara online. Untuk memohon anda mestilah mempunyai Ijazah Sarjana Muda atau Diploma Perancang Bandar dan Wilayah yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Saya rasa setakat ini dahulu bagi huraian bidang tugas pegawai perancang bandar dan desa dan semoga anda mendapat manfaat daripada artikel ini. Jika anda rasa ianya bermanfaat anda dialu-alukan untuk untuk share link blog ini ke media sosial. Terima kasih.
Baca Selanjutnya...

Cara Mudah Membuat Layang-Layang Atau Wau

cara mudah membuat layang layang atau wau

Layang-layang atau wau mempunyai pelbagai bentuk dan nama yang diberikan sejak dahulu lagi. Pada artikel kali ini saya akan menceritakan cara mudah membuat layang-layang atau wau khususnya yang ada di Malaysia ini. Sebenarnya mudah je cara membuat layang-layang ni. Caranya adalah seperti berikut :

1) Sediakan peralatan seperti pisau, gunting, tali atau benang, gam dan kertas minyak
2) Cari dan potong buluh sepanjang 80cm dan 40cm
3) Sisipkan sehingga menjadi saiz nipis 5mm ke bawah (diameter)
4) Buat kerangka layang-layang dengan 2 buluh nipis tadi dan satukan secara menyilang. Buluh yang lebih pendek berada di 1/3 panjang dari buluh yang panjang.
5) Kemudian kuatkan rangka tersebut menggunakan benang pada bahagian bertemunya 2 buluh tersebut.
6) Sambungkan setiap hujung buluh dengan benang yang akan membentuk seperti segi empat
7) Kemudian tampalkan kertas minyak dengan menggunakan gam pada keseluruhan kerangka layang-layang
8) Ikatkan benang pada kanan, kiri dan bawah layang-layang untuk dijadikan sebagai teraju
9) Siap

Dengan membuat layang-layang sendiri kita dapat menjimatkan kos. Kos untuk membuatnya tak sampai 5 ringgit pun. Kalau kita beli layang-layang yang dah siap harga sekarang adalah lebih kurang RM10. Layang-layang atau wau ini biasanya dimainkan pada waktu petang selepas waktu asar dan sebelum waktu maghrib. Ini kerana kadar tiupan angin sangat aktif dan mampu menerbangkan layang-layang anda. Antara kawasan yang sesuai untuk bermain layang-layang seperti di padang rumput yang luas, sawah padi, atas bukit dan tepi pantai.

Adalah amat wajar generasi hari ini dapat mendidik generasi baru dalam membuat layang-layang supaya permainan ini tidak ditelan zaman. Walaupun terdapat peralatan atau permainan baru seperti dron dan kapal terbang kawalan jauh, namun permainan wau atau layang-layang masih lagi relevan untuk dimainkan oleh generasi sekarang.

Pembuatan layang-layang terbesar di dunia yang pernah direkodkan adalah 12m X 16m pada sayapnya dan mempunyai ekor 240m panjang. Saya rasa setakat ini dahulu huraian cara mudah membuat layang-layang atau wau pada kali ini dan semoga kita berjumpa lagi untuk posting yang berikutnya. Terima kasih.
Baca Selanjutnya...

Bidang Tugas Pensyarah Dan Skop Kerjanya

bidang tugas pensyarah dan skop kerjanya

Pada kali ini saya akan terangkan bidang tugas pensyarah dan skop kerjanya kepada anda. Pensyarah adalah adalah salah satu kerjaya bidang profesional yang mengajar di universiti, kolej, politeknik dan institusi pendidikan tinggi yang lain. Kerjaya ini sangat mulia kerana ia memberikan ilmu kepada orang lain untuk digunakan demi masa depan mereka.

Masa mengajar pensyarah agak fleksibel kerana ia hanya mengajar pada masa yang ada kuliah sahaja. Mereka juga boleh menjalankan penyelidikan berdasarkan geran yang diberikan oleh kerajaan dan pada masa yang sama boleh menjalankan perniagaan dalam bidang pengajaran mereka contohnya dengan membuka syarikat perundingan mereka sendiri. Tanpa membuang masa lagi jom kita tengok bidang tugas pensyarah dan skop kerjanya :

1) Memberi pengajaran dalam bilik kuliah kepada pelajar diploma, ijazah atau master
2) Menjalankan penyelidikan berdasarkan geran dalaman universiti, geran nasional atau geran antarabangsa
3) Menjalankan kerja rundingan iaitu bekerjasama dengan pihak industri bagi membuat sebarang rundingan kerana kebiasaannya projek rundingan datangnya dari pihak industri
4) Menjadi penasihat akademik kepada pelajar
5) Menyediakan jadual rancangan semester untuk diedarkan kepada pelajar
6) Menjadi penyelia kepada pelajar dalam membuat tesis, projek dan latihan praktikal
7) Menulis dan menerbitkan bahan-bahan bacaan yang meliputi monograf, makalah, modul, kertas kerja seminar, bengkel, buku, laporan dan jurnal
8) Pentadbiran merangkumi tugas perancangan, pengurusan, pengawalan, penyeliaan dan penilaian sesuatu bidang tugas dalam sesuatu jangka waktu yang ditetapkan
9) Kerja-kerja perkhidmatan masyarakat di luar atau dalam universiti mengikut peringkat-peringkat dalam bidang kepakaran
10) Menjalankan kerja-kerja yang berkaitan dengan pembangunan sahsiah pelajar, aktiviti pelajar dan motivasi
11) Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan Pentadbiran Fakulti dari semasa ke semasa

Sangat banyak sekali tugas dan tanggungjawab pensyarah yang perlu dipikul namun bukanlah semua tugas tersebut perlu dibuat sekali gus atau serentak kerana ada sesetengah tugas itu tiada kena mengena dengan seseorang pensyarah. Ia juga bergantung kepada masa bekerja dan kesibukan pensyarah berkenaan dalam menjalankan sesuatu aktiviti. Gaji maksimum seorang pensyarah boleh mencecah RM20,592.00 tidak termasuk elaun-elaun yang lain.

Untuk menjadi pensyarah anda perlu mempunyai master terlebih dahulu. Kemudian anda perlu menyambung pengajian ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) sebelum layak memohon jawatan pensyarah di mana-mana institusi pengajian tinggi. Ada juga universiti menawarkan skim tutor atau fellowship. Calon perlulah menamatkan pengajian diperingkat ijazah dan mempunyai CGPA sekurang-kurang 3.00 ke atas atau sebaiknya 3.50 ke atas (bergantung kepada syarat universiti). Setelah menjadi tutor beberapa tahun, anda digalakkan untuk menyambung ke peringkat master dan PhD bagi melayakkan dilantik sebagai pensyarah.

Saya rasa setakat ini dahulu bagi huraian bidang tugas pensyarah dan skop kerjanya dan semoga berjumpa untuk posting yang akan datang. Sekian.
Baca Selanjutnya...

Bidang Tugas Askar Dan Skop Kerjanya

bidang tugas askar dan skop kerjanya

Askar adalah salah satu badan beruniform yang ada di negara kita. Bagi anda yang sukakan kerjaya yang adventurous, mencabar, berani dan lasak kerjaya askar adalah pilihan yang tepat. Pada kali ini saya akan terangkan berkaitan bidang tugas askar dan skop kerjanya kepada anda.

Askar atau tentera juga merupakan pekerjaan yang paling berbahaya tetapi mulia. Apabila berhadapan dengan musuh ada tiga kemungkinan yang akan berlaku iaitu selamat, cedera atau terkorban. Sungguhpun begitu, jika terkorban dan niat berperang adalah untuk mempertahankan agama, bangsa dan negara maka ia dikira sebagai mati syahid dan diberi balasan syurga oleh Allah SWT.

Askar atau tentera terdiri daripada Angkatan Tentera Darat (ATM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Terdapat juga nama-nama lain bagi menggambarkan ketiga-tiga entiti ini tetapi ia tidak lari daripada tugas dan matlamat asal penubuhannya. Tanpa membuang masa lagi mari kita tengok bidang tugas askar atau tentera dan skop kerjanya :

1) Bertanggungjawab menjaga keamanan negara dan keselamatan rakyat jelata
2) Berfungsi juga menjaga keamanan di darat, laut dan udara
3) Mempunyai askar simpanan yang bertindak sebagai benteng kedua pertahahanan negara
4) Mempunyai pasukan tempur dan pasukan bantuan. Bertempur dengan musuh sekiranya terdapat serangan contohnya peristiwa Lahad Datu
5) Tentera juga mempunyai pasukan perubatan, pendidikan, kejuruteraan, keagamaan, muzik dan lain-lain bagi membentuk pasukan yang mantap
6) Sentiasa menetapkan niat dalam menjaga ketenteraman dan keamanan hanya kerana Allah SWT
7) Tidak berpaling tadah kepada negara dan tidak menjadi talibarut kepada pihak musuh
8) Patuh kepada undang-undang tentera dan ajaran Islam
9) Mengawal sempadan negara
10) Menjadi perisik untuk mendapatkan maklumat musuh
11) Bekerjasama dengan pihak berkuasa awam di dalam menangani kejadian-kejadian bencana alam dan kecemasan yang memerlukan

Adalah tidak wajar jika ada pemimpin dan rakyat menggelarkan tentera hanya tidur dan makan sahaja. Hidup sebagai tentera ini bukan seperti keadaan orang lain. Mereka tertakluk kepada undang-undang negara Malaysia dan juga undang-undang tentera. Latihan yang mereka perlu lalui amat berat sekali dan pekerjaan mereka juga paling berbahaya didunia. Tentera juga tidak dibenarkan untuk bercuti dan berhenti sesuka hati tanpa alasan yang munasabah dan kukuh.

Tentera Darat Malaysia (TDM) merupakan organisasi terbesar negara. Ia mempunyai 16 Kor dan Rejimen yang mempunyai fungsi dan peranan masing-masing. Antara kelompok yang terlibat adalah :

i) Kelompok Tempur
Kelompok ini melibatkan anggota dan sistem tempur yang berada di hadapan sekali (barisan hadapan) dalam peperangan. Kelompok ini terdiri daripada Kor dan Rejimen iaitu Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Rejimen Renjer Diraja (RRD), Rejimen Sempadan (RS) dan Kor Armor Diraja (KAD).

ii) Kelompok Bantuan Tempur
Kelompok kedua ini terdiri daripada anggota dan sistem tentera yang membantu Kelompok Tempur secara langsung di dalam peperangan. Ianya terdiri daripada Kor dan Rejimen iaitu Rejimen Semboyan Diraja (RSD), Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD), Rejimen Artileri Diraja (RAD), Kor Polis Tentera Diraja (KPTD) dan Kor Risik Diraja (KRD).

iii) Kelompok Bantuan Perkhidmatan
Peranan kelompok ini adalah untuk membantu Kelompok Tempur dan Bantuan Tempur dalam aspek perkhidmatan lojistik dan senggaraan serta perkhidmatan lain yang berunsur pentadbiran. Ia mengandungi Kor dan Rejimen iaitu Kor Jurutera Letrik dan Jentera Diraja (KJLJD), Kor Perkhidmatan Am (KPA), Kor Perkhidmatan Diraja (KPD), Kor Ordnans Diraja (KOD), Kor Kesihatan Diraja (KKD) dan Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT).

iv) Askar Wataniah
Rejimen Askar Wataniah adalah Rejimen yang diangotai oleh para sukarelawan. Mereka ini adalah barisan kedua dalam mempertahankan Negara. Kemahiran anggota adalah standing dengan anggota tetap, malah mereka juga kepakaran tertentu seperti telekomunikasi, perbekalan air, pengendalian pelabuhan dan pengendalian keretapi.

Saya fikir setakat ini dahulu ulasan bidang tugas askar atau tentera dan skop kerjanya untuk kali ini. Semoga berjumpa lagi untuk posting yang berikutnya. Terima kasih.
Baca Selanjutnya...

Cara Menemukan Tujuan Hidup - Motivasi Penting

cara menemukan tujuan hidup motivasi penting

Pada kali ini saya huraikan cara menemukan tujuan hidup sebagai motivasi penting untuk anda. Untuk mencari tujuan hidup kita tidak boleh terburu-buru. Banyak orang terlalu terburu-buru untuk mencari tujuan hidup. Mereka mengatakan saya harus cepat untuk mencapai tujuan hidup saya! Jika mereka berbuat demikian, biasanya ia tidak bermakna apa-apa. Tujuan hidup yang utama adalah kita buat apa yang kita suka. Iaitu perkara-perkara positif yang mendatangkan kesan yang baik untuk kehidupan kita.

Banyak orang fikir mereka menyukai pekerjaan mereka tetapi pada masa yang sama mereka tidak boleh menghasilkan wang yang banyak. Seorang doktor di Phoenix telah berkata yang beliau ingin meninggalkan profesionnya sebagai doktor iaitu dengan berhenti kerja. Sebabnya adalah beliau tidak boleh menghasilkan wang yang banyak jika beliau masih bekerja sebagai doktor. Beliau juga tidak menyukai pekerjaannya itu.

Kita perlu mencari apa yang paling kita suka buat dalam hidup ini dan berusaha kearah itu. Dengan hanya kita buat apa yang kita suka, kita boleh menghasilkan banyak duit. Jika anda bangun setiap pagi dan menyukai apa yang anda lakukan, anda adalah orang kaya. Habiskanlah hari-hari dalam hidup dengan melakukan apa yang kita suka. Dengan cara ini kita dapat kepuasan yang maksimum.

Kita harus mendapatkan banyak kepuasan terhadap passion yang kita lakukan. Kita tidak akan mendapatkan banyak wang dengan hanya bekerja. Bekerja adalah cara terburuk memperolehi wang. Jika anda percaya bahawa kerja keras dan kejujuran sahaja membawa kejayaan, buanglah fikiran sebegitu kerana ia tidak benar. Kita dibayar bukan berdasarkan kerja keras, tetapi kita dibayar berdasarkan value yang ada pada diri kita.

Kekayaan yang besar tidak akan datang dengan hanya bekerja makan gaji. Kekayaan dan kejayaan akan datang bila kita mula memberi. Beri sesuatu yang bermanfaat kepada society. Dengan ini duit akan mengalir walaupun kita sedang tidur. Apabila kita telah fokus dengan apa yang kita minat, anda akan mulai faham tentang bayaran dan pertumbuhan (compensation dan growth). Kita perlu menyediakan waktu dan ruang untuk memikirkan apakah tujuan hidup, apakah perkara yang kita minat untuk buat.

Sediakan pen dan buku catatan kecil untuk mencatat apa yang kita suka buat dalam hidup. Setiap pagi selepas bangun tidur luangkan sedikit masa berfikir untuk menetapkan tujuan hidup. Tanya pada diri sendiri apa yang benar-benar saya sukai? Berapa kerap kita nak buat perkara tersebut setiap hari? Berapa lama? Pasti anda akan menemui perkara tersebut dan itulah tujuan hidup anda. Tidak lupa juga kita perlu lakukan apa yang disuruh dan meninggalkan larangan Allah SWT. Lakukan perkara yang anda suka dan bertawakallah kepada Allah SWT.

Perkara yang anda minat buat itu akan memberi impak kepada keluarga, syarikat anda, masyarakat, negara dan dunia. Oleh itu, pada setiap hari anda memiliki hari yang baik kerana anda mempunyai tujuan. Setakat ini dahulu huraian cara menemukan tujuan hidup dan jumpa lagi dalam next articles.
Baca Selanjutnya...

Proses Kelulusan Pelan Rumah Oleh Majlis Daerah

proses kelulusan pelan rumah oleh majlis daerah

Rumah adalah salah satu keperluan hidup yang perlu ada oleh setiap orang. Tempat tinggal ini bertujuan dijadikan tempat tidur, beribadat, mandi, berkeluarga, belajar dan tempat berlindung daripada cuaca. Ia juga merupakan keperluan asas bagi semua orang.

Ok pada hari ini saya akan kupas berkaitan proses kelulusan pelan rumah oleh majlis daerah atau majlis perbandaran di tempat anda. Bahasa teknikalnya adalah kelulusan pelan bangunan bagi pembinaan rumah baru, bangunan perniagaan, penambahan serta pengubahsuaian bangunan sedia ada.

Sebelum sesebuah rumah atau bangunan didirikan ia perlulah terlebih dahulu memohon kebenaran dan mendapatkan kelulusan secara bertulis daripada pihak berkuasa tempatan (PBT). Ini bertujuan untuk mengelakkan pemilik premis dikenakan notis saman atau kompaun oleh PBT berkenaan. Berikut adalah proses dan prosedur kelulusan pelan rumah atau bangunan oleh majlis daerah :

1) Lakukan perbincangan dengan pihak Majlis (biasanya Bahagian Bangunan) untuk nyatakan hasrat anda
2) Buka fail kat Majlis berserta yuran
3) Sediakan pelan arkitek & pengesahan arkitek bertauliah
4) Sediakan pelan struktur & pengesahan jurutera bertauliah
5) Cover letter daripada arkitek atau jurutera bertauliah
6) Jelaskan bayaran caj perkhidmatan, fi kerja tanah, bayaran sumbangan perparitan dan papan tanda
7) Borang A lengkap diisi yang ditandatangan arkitek bertauliah
8) Borang JBG/KB1-85/A ditandatangan arkitek bertauliah
9) Salinan surat hakmilik
10) Resit cukai pintu terbaru
11) Resit cukai tanah terbaru
12) Lima salinan pelan atau lukisan seperti item 3 dan 4
13) Dan lain-lain dokumen yang berkaitan

Prosedur atau proses kelulusan pelan bangunan diatas adalah secara umum sahaja dan ia bergantung sepenuhnya kepada majlis daerah/perbandaran di tempat anda. Ia juga tertakluk kepada akta dan perundangan. Tempoh masa kelulusan ini bergantung kepada kecekapan pegawai yang memproses dokumen di PBT berkenaan.

Bagi anda yang tiada masa dan kepakaran, anda boleh menggunakan khidmat perunding arkitek atau perunding jurutera bagi menguruskan submission plan ini dari peringkat awal sehinggalah mendapat CF atau CCC. Sejumlah fee akan dikenakan untuk khidmat perundingan syarikat berkenaan.

Saya rasa setakat ini dahulu untuk proses kelulusan pelan rumah atau bangunan oleh majlis daerah dan semoga ia bermanfaat buat anda. Jumpa lagi dalam next posting..
Baca Selanjutnya...

Bidang Tugas Polis Dan Skop Kerjanya

bidang tugas polis dan skop kerjanya

Jangan bergerak, kami polis! Tolong beri kerjasama! Itulah ayat atau istilah yang selalu kita dengar apabila pihak polis menjalankan tugas mereka. Ok pada kali ini saya akan kupas bidang tugas polis dan skop kerjanya di negara kita yang tercinta ini.

Kerjaya polis adalah salah satu bidang yang diminati oleh anak muda. Kalau diperingkat sekolah terdapat unit beruniform yang dipanggil kadet polis. Tujuannya adalah untuk mendedahkan kepada para pelajar skop kerja kepolisan sejak dibangku sekolah lagi. Singkatan yang selalu kita dengar Polis Diraja Malaysia atau PDRM yang menggambarkan badan beruniform polis di Malaysia ini.

Terdapat hampir 115000 jumlah anggota polis yang ada diseluruh Malaysia. Bendera dan insignia polis berlatarbelakangkan warna biru yang menggambarkan rakyat jelata, lambangnya berwarna perak atau putih yang terdiri daripada sebilah keris dan parang kelewang yang bersilang. Tanpa membuang masa lagi jom kita lihat bidang tugas polis, kuasa dan skop kerjanya pada hari ini :

1) Memberi bantuan dalam melaksanakan undang-undang
2) Menjalankan pendakwaan
3) Menangkap mana-mana individu yang melakukan jenayah
4) Mengekalkan ketenteraman negara
5) Melaksanakan saman, sapina, waran, perintah, memenjara dan lain-lain dengan sah yang diarahkan pihak berkuasa kompeten
6) Membuat risikan
7) Melindungi harta awam daripada hilang atau rosak
8) Menghadiri mahkamah jenayah, sivil dan menjaga ketenteraman di dalamnya
9) Mengiring pembesar atau pemimpin negara
10) Pada seksyen 21 akta polis menggariskan untuk mengatur, menjaga ketenteraman dan mencegah halangan jalanraya
11) Menyita binatang yang berkeliaran dan menempatkan dalam kandang awam
12) Mempamerkan maklumat
13) Memberi bantuan dalam melindungi nyawa dan harta
14) Menguatkuasakan undang-undang perjudian, maksiat dan kongsi gelap
15) Menguatkuasakan undang-undang penyalahgunaan dan pengedaran dadah
16) Dan lain-lain fungsi berdasarkan bahagian atau cawangan polis

Wow memang banyak peranan dan bidang tugas polis. Badan ini mempunyai kuasa terbesar sekali dalam perkhidmatan awam. Gaji maksimum bagi anggota polis adalah RM9547.00 dan ia juga bergantung kepada gred pangkat anggota masing-masing. Semakin tinggi pangkat seseorang anggota semakin tinggilah gaji yang akan diperolehi.

Bagi permohonan untuk menjadi anggota polis anda perlulah mengisi borang SPA8i secara online melalui portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Jawatan kosong Polis Diraja Malaysia diiklan dari semasa ke semasa. Jika sekiranya anda layak dan terdapat kekosongan anda akan dipanggil untuk temuduga.

Setiap jawatan yang dipohon mempunyai syarat tertentu mengikut gred yang telah ditentukan. Antara syarat kelayakan fizikal bagi memohon jawatan-jawatan dalam PDRM adalah seperti berikut:

i) Tinggi tidak kurang atau lebih daripada 1.63 m bagi lelaki dan 1.57 m bagi wanita tanpa bersepatu.
ii) Ukuran dada 81 cm (biasa) dan semasa menarik nafas 86 cm (lelaki sahaja).
iii) Berat badan sekurang-kurangnya 50 kg bagi lelaki dan 48 kg bagi wanita.
iv) Mempunyai Ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) diantara julat 19 hingga 26.
v) Lulus ujian penglihatan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata atau alat bantuan kanta lekap oleh pemeriksa yang bertauliah di hospital kerajaan.
vi) Pemeriksaan pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat oleh pegawai perubatan kerajaan.
vii) Diperiksa dan diakui sihat untuk berkhidmat oleh pegawai perubatan kerajaan termasuk pemeriksaan X-ray.

Saya rasa dah cukup panjang penulisan pada kali ini berkaitan bidang tugas polis dan skop kerjanya dan semoga ianya memberikan manfaat kepada anda semua. Anda juga boleh share link artikel ini ke media sosial. Jumpa lagi dalam next posting. Wassalam.
Baca Selanjutnya...

Rayuan BSH Dibayar Pada Isnin 30 September 2019

Rayuan BSH Dibayar Pada Isnin 30 September

Dianggarkan 220000 senarai penerima Bantuan Sara Hidup, BSH akan menerima bayaran mereka pada hari Isnin 30 September 2019. Jumlah kewangan yang diperuntukkan adalah sebanyak RM120 juta yang akan dikreditkan kedalam akaun penerima.

Maklumat rayuan BSH tahun 2019 telah pun diproses bagi tujuan ini. Menurut sumber kementerian kewangan jumlah keseluruhan duit BSH dianggarkan sebanyak 4.2 billion untuk tahun 2019. Kerajaan berhasrat untuk meneruskan bantuan ini demi kesejahteraan ekonomi rakyat Malaysia khususnya untuk golongan B40 iaitu golongan yang berpendapatan rendah bagi meringankan kos sara hidup.

Sehubungan itu jika sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut anda boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2747 (waktu pejabat) atau menghantar email kepada bsh@treasury.gov.my (24 jam).

Semoga Bantuan Sara Hidup (BSH) dapat dinikmati oleh rakyat dengan baik dan bersyukur kepada Allah SWT setiap masa. Jika kita bersyukur Allah SWT akan menambahkan lagi nikmat kepada kita. Sekian.
Baca Selanjutnya...

Cara Kuatkan Daya Ingatan Untuk Belajar

cara kuatkan daya ingatan untuk belajar

Syukur kehadrat Allah SWT dapat kita bertemu lagi dalam segmen perkongsian ilmu melalui blog ini. Saya doakan diri saya dan anda semua sentiasa sihat, diberikan rezeki yang banyak disamping keluarga tercinta.

Pada hari ini jom kita layan artikel yang bertajuk cara kuatkan daya ingatan untuk belajar khususnya untuk para pelajar macam anda. Otak yang cerdas bermula dengan minda yang sihat. Haa macam mana tu? Sebenarnya otak adalah benda fizikal manakala minda adalah perkara spiritual. Kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain.

Untuk menyihatkan otak kita perlu makan makanan yang sihat manakala minda pula kita memerlukan makanan rohani pada setiap hari. Tanpa membuang masa lagi ayuh kita tengok tips dan cara kuatkan daya ingatan untuk belajar, berikut adalah caranya :

1) Baca buku dengan cara mengingat bukan menghafal. Maksudnya setiap point yang kita baca terus kita cuba untuk ingat dan buat-buat faham je dulu. Jika kita rasa masih belum ingat cuba baca ulang-ulang kali. Lama kelamaan kita akan faham dan ingat dengan apa yang kita belajar.

2) Kurangkan stress atau hapuskan terus tekanan yang anda hadapi. Banyak faktor yang menyumbang kepada stress contohnya tidak cukup tidur, badan terlalu penat, bergaduh dengan orang lain dan pengambilan makanan kurang seimbang. Anda perlu duduk bertenang dahulu dan amalkan perkara-perkara yang dapat menghilangkan tekanan selepas itu barulah anda dapat study dengan ingatan yang kuat.

3) Amalkan membaca Al-Quran pada setiap hari contohnya dengan membaca surah al-mulk pada setiap malam. Terlalu besar manfaat buat pembaca Al-Quran untuk dunia dan akhirat.

4) Amalkan tidur awal pada waktu malam dan bangun awal pada waktu pagi. Otak kita menjadi sangat sihat apabila kita bangun awal pada setiap pagi.

5) Amalkan bersenam selalu tak kiralah waktu pagi atau petang. Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah joging, berbasikal, berenang, naik kuda, main bola dan lain-lain. Bila badan sihat otak akan jadi cerdas dan cergas.

6) Amalkan zikir, selawat kepada Nabi saw dan doa yang boleh menguatkan ingatan.

7) Jauhi daripada merokok, minuman keras, pil kuda dan dadah kerana ia adalah aktiviti yang tidak sihat yang boleh merosakkan badan dan otak kita.

8) Tangguhkan aktiviti bercinta sehingga anda mendapat pekerjaan terutamanya pelajar universiti kerana ia boleh mengurangkan masa study anda. Masa anda banyak dihabiskan dengan bercinta. Masa anda sangat terhad terutama jika anda membawa banyak subjek dalam satu semester.

9) Taati ibubapa, hormat pada guru anda dan kasih pada orang yang lebih tua. Segala nasihat yang baik kita perlu ikuti kerana mereka lebih berpengalaman dan berilmu daripada kita.

10) Amalkan makan makanan yang bagus untuk otak seperti badam, kekacang, buah beri, kismis, kurma, sayuran hijau dan buah-buahan.

Nampaknya ada 10 teknik dan cara kuatkan daya ingatan untuk belajar yang dapat saya share kepada anda. Mudah-mudahan kita semua dipermudahkan untuk mengingat dan faham semua ilmu yang kita pelajari. Anda juga boleh kongsi maklumat ini ke media sosial supaya lebih ramai orang dapat manfaat. Hanya copy link diatas dan share kepada rakan-rakan anda. Jumpa lagi dalam next artikel.
Baca Selanjutnya...

Bidang Tugas Kerani Dan Skop Kerjanya

bidang tugas kerani dan skop kerjanya

Bekerja adalah salah satu cara untuk mendapat rezeki yang halal. Bidang pekerjaan adalah sangat luas pada hari ini, daripada sekecil-kecil upah sehinggalah kepada sebesar-besar upah atau dibayar gaji. Ok pada kali ini saya akan menerangkan bidang tugas kerani dan skop kerjanya kepada anda.

Pekerjaan kerani adalah sangat banyak dan permintaan pasaran atau sektor sangat tinggi sekali. Hampir semua organisasi baik kerajaan mahupun swasta memerlukan khidmat kerani untuk menjalankan operasi mereka. Kadang-kadang dalam sesebuah organisasi mereka memerlukan lebih daripada tiga kerani dalam pelbagai disiplin. Semakin besar sesebuah organisasi semakin ramai bilangan kerani mereka perlukan.

Baiklah tanpa membuang masa lagi saya akan dedahkan kepada anda bidang tugas kerani dan skop kerjanya secara umum seperti mana berikut :

1) Membuat draf dan menaip surat untuk ditandatangan oleh bos
2) Menyimpan dokumen penting dalam fail
3) Menguruskan urusan surat-menyurat
4) Menjaga dan menguruskan peralatan pejabat
5) Menguruskan resit atau invoice keluar dan masuk
6) Membuat penyata gaji untuk kakitangan
7) Memaklumkan kepada bos atau majikan jika terdapat perkara yang urgent
8) Menghantar email atau fax kepada organisasi, pelanggan, syarikat atau badan tertentu
9) Menyediakan laporan dan minit mesyuarat jabatan
10) Menjawab panggilan telefon dan menyambungkan kepada orang berkenaan
11) Melaksana tugas-tugas yang lain yang diarahkan dari semasa ke semasa

Wow banyak betul tugas dan skop kerja kerani. Tapi janganlah risau sebab kerja kerani ni mudah dan simple je. Cuma nak kena rajin dan berdisiplin dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh majikan. Gaji maksimum bagi kerani (pembantu tadbir) kerajaan adalah RM4003.00 manakala gaji maksimum bagi sektor swasta pula adalah RM4500.00 atau lebih bergantung kepada pengalaman, skill dan keupayaan syarikat untuk membayar kepada pekerja mereka.

Saya rasa setakat ini dulu untuk ulasan bidang tugas kerani dan skop kerjanya, semoga anda telah mendapat gambaran dan maklumat yang jelas berkaitan kerjaya ini. Jumpa lagi untuk post yang akan datang. See you guys...
Baca Selanjutnya...

Cara Buat Duit Dari Rumah Tetapi Lumayan

cara buat duit dari rumah tetapi lumayan

Hampir semua orang di dunia ini sentiasa mencari-cari cara paling mudah buat duit tetapi lumayan. Pada kali ini saya akan memberikan idea kepada anda cara buat duit dari rumah tetapi lumayan. Baca tajuk pun dah power kan? Jom baca ayat demi ayat kat bawah ni..

Dengan hanya berada di rumah kita sebenarnya boleh menjana pendapatan yang sangat lumayan. Itu pun melalui cara dan kaedah yang betul baru kita dapat buat profit hanya dari rumah. Untuk buat duit dari rumah hanya satu syarat sahaja diperlukan iaitu buat kerja berdasarkan passion anda. Maksudnya buat kerja base on minat anda yang mendalam bagi sesuatu kerja tersebut. Sebab tanpa minat, anda tidak akan bertahan lama dalam apa jua bidang yang anda ceburi.

Berikut adalah caranya. Pilih sahaja cara yang sangat sesuai dengan anda.

1) Buat video lepas tu upload di youtube. Pihak google akan bayar berdasarkan paparan iklan yang dibuat oleh advertiser. Antara video yang boleh dibuat seperti cara buat kek, hobi, lifestyle, cara kreatif buat sesuatu benda dan tips sesuatu perkara. Masyarakat luar negara ramai yang cuba cara ni dan ramai juga telah menjadi jutawan. Antara youtuber Malaysia yang kaya raya adalah Zukieee, Syahmi Syazli, Alief Irfan dan Kokom.

2) Buat blog. Konsepnya sama seperti buat video cuma kena rajin dan pandai menulis. Pihak google juga telah menyediakan platform blogspot untuk memudahkan para blogger lontarkan penulisan kreatif mereka seterusnya para blogger boleh apply google adsense untuk menjana pendapatan. Anda juga boleh menggunakan platform wordpress dan menggunakan domain berbayar. Bagi mendapat ranking yang bagus dalam enjin carian, anda perlu mahir dalam aspek teknikal iaitu SEO supaya artikel mudah dicari oleh pengguna. Semakin tinggi views semakin tinggi jumlah klik iklan google diweb anda maka semakin tinggilah income anda. Saya pernah jumpa orang buat puluhan ribu setiap bulan hanya melalui blog.

3) Buat nasi lemak dari rumah. Melalui kaedah ini anda perlukan sedikit kemahiran membuat nasi lemak supaya sedap dan sedikit kemahiran marketing. Untuk membuat nasi lemak supaya sedap anda boleh google sahaja untuk mencari resepi terbaik nasi lemak. Setelah siap anda boleh memasarkan produk anda ke kedai-kedai makan, buka gerai kecil dan pasarkan secara online melalui fb. Jika sebungkus nasi lemak berharga RM2, bilangan ada 100 bungkus, anda akan memperolehi keuntungan kasar sebanyak RM200 sehari. Kalau anda buat melebihi 100 bungkus dan dalam sebulan berapa banyak income dah anda akan dapat. Lu kira lah sendiri haha..

4) Buat kuih, kek, cup cake dan lain-lain resepi yang anda terer buat. Konsepnya sama macam nombor 3 kat atas

5) Pasarkan produk kat mudah.my, ebay, amazon atau shopee melalui kaedah dropship. Iaitu jual barang orang lain dan anda dapat komisen. Anda boleh google sendiri bagaimana kaedah dropship berfungsi

6) Buat produk kosmetik sendiri tapi kos memang besar lah

7) Buat satu produk yang power dan viralkan

Walau apa pun bidang bisnes anda ceburi, kalau anda tak buat empat perkara ini bisnes anda tidak boleh pergi jauh. Kalau jadi jutawan pun sekejap sahaja lepas tu anda akan jatuh semula. Jika anda buat 4 perkara ini in shaa Allah anda akan jadi jutawan dunia dan akhirat. Berikut adalah 4 perkara yang saya maksudkan :

1) Buat baik pada ibu dan bapa
2) Tahajud
3) Dhuha
4) Sedekah

Keempat-empat perkara ini adalah kunci kepada kejayaan yang sebenar. Cuba buat dahulu baru anda percaya betapa ajaibnya perkara ini. Percaya sebelum berjaya. Buat secara konsisten dan amalkan sehingga mati.

Ok setakat ini dahulu cara buat duit dari rumah tetapi lumayan pada kali ini. Diharap anda dapat sesuatu dalam perkongsian saya ini. Jumpa lagi.
Baca Selanjutnya...

Bidang Tugas Jurukur Bahan Dan Skop Kerjanya

bidang tugas jurukur bahan dan skop kerjanya

Siapakah qs? Siapakah jurukur bahan? Jawapannya adalah orang sama haha. Jurukur bahan adalah seorang yang membuat perkiraan kos bagi sesuatu projek (BQ), menyusun dokumen kontrak, spesifikasi, drawing dan need of statement. Ia terlibat daripada peringkat perancangan projek sehingga tamat kontrak termasuklah CMGD.

Ok pada hari ini saya akan mengupas bidang tugas jurukur bahan dan skop kerjanya. QS adalah salah satu kerjaya bidang profesional. Ia sama taraf dengan bidang profesional yang lain seperti arkitek, jurutera, peguam dan doktor walaupun terdapat sedikit perbezaan dari segi tangga gaji.

Gaji maksimum bagi seorang jurukur bahan adalah RM9643.00 bagi sektor awam manakala bagi sektor swasta gajinya boleh mencecah RM10,000 atau lebih bergantung kepada keupayaan firma untuk membayar gaji tersebut. Lumayan jugak kan?

So tanpa membuang masa jom kita kupas bidang tugas jurukur bahan dan skop kerjanya. Berikut adalah job scope :

1) Buat taking off quantities iaitu kira kuantiti dan kos bagi keseluruhan projek bagi kerja-kerja arkitek, struktur dan M&E
2) Prepare bills of quantities (BQ) berdasarkan kiraan diatas
3) QS juga perlu faham dalam membaca drawing yang dibuat oleh jurutera dan arkitek
4) Prepare dokumen tender bagi projek-projek yang akan ditender dalam masa terdekat
5) Sediakan dokumen kontrak setelah projek diberikan kepada kontraktor yang menang tender
6) QS juga beperanan turun ke site untuk membuat penilaian interim bagi satu-satu projek
7) Menyediakan dokumen variation order (VO) jika perlu untuk dimesyuaratkan oleh jawatankuasa VO
8) Menyediakan dokumen arahan perubahan kerja (APK) dan perubahan harga kontrak (PHK) mengikut keperluan
9) Menyediakan dokumen final account setelah projek tamat
10) Menyediakan dokumen CMGD untuk tandatangan SO setelah tempoh DLP tamat
11) Dan lain-lain tugas berkaitan yang diarahkan oleh pihak pengurusan atasan

Quantity Surveyor, QS ini adalah orang yang bertanggungjawab dalam menjaga pengurusan kewangan dalam setiap peringkat projek pembinaan. Dalam kerajaan ia juga dikenali sebagai pegawai kontrak dan ukurbahan. QS mempunyai institusi profesionalnya sendiri yang mana setiap QS boleh mengambil exam untuk mendapatkan title Sr.

QS juga berperanan dalam memberi nasihat berkaitan tender seperti tender terbuka, tender secara pemilihan, perundingan dan lain-lain. Saya rasa setakat ini dahulu kupasan bidang tugas jurukur bahan dan skop kerjanya dan semoga tulisan ini memberi manfaat buat anda. Terima kasih kerana sudi membaca.
Baca Selanjutnya...

Cara Mudah Memancing Supaya Dapat Ikan

cara mudah memancing supaya dapat ikan

Memancing adalah salah satu hobi yang menyeronokkan. Ok pada hari ini saya nak share cara mudah memancing supaya dapat ikan untuk anda yang tegar memancing di luar sana. Bila dah terjebak dengan hobi ini, ia sangat sukar untuk ditinggalkan begitu sahaja. Ibarat orang bercinta la kan..

Ada dua kategori pemancing yang ada di seluruh dunia pada hari ini. Yang pertama adalah pemancing ikan air tawar dan yang kedua adalah pemancing ikan air masin. Masing-masing mempunyai kelas tersendiri.

Saya akan tell you all cara mudah memancing supaya dapat ikan air tawar terlebih dahulu. Berikut adalah caranya :

1) Memancing di kawasan banyak batu kerana ikan gemar bermain di celah batu
2) Gunakan banyak mata kail pada satu-satu joran
3) Gunakan umpan yang sesuai berdasarkan ikan apa yang kita kail
4) Jika gunakan pelampung, pastikan mata kail berada jarak 1m keatas daripada pelampung
5) Antara umpan yang popular untuk ikan air tawar adalah cacing, udang, belalang, katak, kekatu, buah sawit, anak ikan, gewang dan adunan dedak
6) Memancing di kawasan lubuk, pokok berjuntai dalam air dan kawasan alur yang telah terbukti banyak ikan
7) Memancing ketika matahari terbit

Manakala cara mudah memancing supaya dapat ikan untuk ikan air masin (laut) pula adalah seperti berikut :

1) Menggunakan teknik yang sesuai mengikut keadaan memancing iaitu casting, popping, jigging, bottom fishing, drafting atau trolling
2) Menggunakan teknik apollo bagi mendapatkan 3 - 5 ikan sekali gus
3) Memancing pada waktu awal pagi atau lewat petang contohnya utk mendapatkan ikan siakap
4) Pemilihan kawasan yang betul seperti di tepi pokok bakau, sekitar ranting pokok yang tumbang, benteng, sangkar peliharaan ikan, tepi jeti, jambatan atau dermaga
5) Perlu juga mempertimbangkan beberapa faktor iaitu kawasan banyak ikan, pasang surut, fasa bulan, suhu air dan cuaca
6) Tangkapan ikan produktif sebelum ribut berlaku iaitu tekanan barometrik rendah mendorong ikan berusaha mencari makanan
7) Penggunaan umpan tiruan atau gewang yang berwarna-warni akan menarik perhatian ikan

Aktiviti memancing ini memerlukan kesabaran yang tinggi. Tanpa sifat sabar anda akan rasa boring dan akhirnya gagal mendapat ikan. Hanya yang betul-betul sabar sahaja akan mendapat ikan dan seterusnya menjadi pemancing sejati. Pemancing sejati juga memerlukan teknik seperti diatas supaya mudah untuk mendapat ikan.

Diharap anda mendapat manfaat untuk coretan cara mudah memancing supaya dapat ikan ini. Jika anda ada teknik yang lebih power dan awesome sila kongsikan diruangan komen dibawah. Jumpa lagi dalam coretan berikutnya.
Baca Selanjutnya...

Punca Dan Tanda-Tanda Demam Denggi

punca dan tanda sebab demam denggi

Demam denggi adalah salah satu penyakit berbahaya yang harus ditangani segera. Untuk artikel ini saya akan mengupas punca dan tanda-tanda demam denggi yang berlaku di negara kita. Wabak ini harus ditangani pada peringkat awal supaya ia tidak menjadi semakin kritikal yang boleh membawa maut.

Kesihatan adalah merupakan satu rezeki dan nikmat yang sangat tidak ternilai harganya. Ia adalah salah satu anugerah daripada Allah SWT kepada kita semua. Oleh itu, adalah amat wajar kita selaku hamba perlu sentiasa bersyukur selalu atas nikmat yang diberikan olehNya. Kita tidak akan merasakan nikmat sihat jika tidak diberikan sakit.

Di negara kita ini kes demam denggi sentiasa berlaku pada setiap tahun. Ia menggambarkan seolah-olah kita tidak boleh lari daripada penyakit ini. Penyakit ini dibawa oleh nyamuk aedes yang menggigit manusia.

Berikut adalah punca-punca kenapa berlakunya pembiakan nyamuk aedes yang membawa kepada demam denggi :

1) Terdapat air yang bertakung mengundang lebih banyak pembiakan nyamuk aedes
2) Tidak membersihkan kawasan rumah yang membolehkan nyamuk ini menumpang bersarang
3) Tidak menutup pintu dan tingkap rumah semasa nyamuk aktif
4) Memakai seluar pendek ketika berada di luar rumah
5) Tidak menghalau nyamuk dengan asap atau semburan racun perosak

Manakala tanda-tanda demam denggi boleh diringkaskan seperti berikut :

1) Berlaku demam yang berpanjangan 3 - 14 hari. Segera dapatkan rawatan/nasihat daripada doktor
2) Bermula dengan demam yang kuat secara mengejut
3) Sakit pada bahagian belakang mata, otot-otot dan sendi-sendi
4) Ruam merah terjadi pada kulit
5) Suhu badan akan mencapai 40 - 41 C
6) Juga boleh menyebabkan sawan kepada kanak-kanak berumur 6 tahun
7) Muntah dan hilang selera makan
8) Sakit pinggang yang teruk
9) Pesakit juga boleh mendapat radang hati, radang otak (lebih kepada kanak-kanak) dan radang otot jantung (cardiomyopathy)

Saya berharap kita semua dapat menghindari penyakit berbahaya ini dengan menghapuskan punca-punca yang tersenarai diatas. Penyakit ini juga adalah satu virus yang cepat merebak jika tidak dicegah dari awal lagi. Seseorang itu boleh terkena demam denggi lebih dari sekali. Cegah sebelum parah.

Terdapat empat jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi iaitu den 1, den 2, den 3 dan den 4 daripada jenis Genus Flavivirus yang disebar oleh nyamuk aedes betina. Setakat ini dahulu ulasan punca dan tanda-tanda demam denggi pada kali ini dan jumpa lagi untuk entri yang berikutnya. Terima kasih kerana sudi membaca diblog ini.
Baca Selanjutnya...

Peranan Dan Bidang Tugas Cikgu Atau Guru


peranan dan bidang tugas cikgu atau guru

Pada entri kali ini saya akan mengupas pula peranan dan bidang tugas cikgu atau guru dan skop kerja yang berkaitan dengannya. Tujuan artikel ini ditulis adalah untuk memberi gambaran kepada anda yang bercita-cita nak jadi warga pendidik suatu hari nanti.

Guru atau bahasa mudahnya adalah cikgu adalah satu profesion yang amat mulia disisi masyarakat dan yang lebih penting disisi Allah SWT. Ganjaran pahala teramatlah besar buat guru kerana mereka menyampaikan ilmu yang bermanfaat kepada para pelajar untuk masa depan mereka baik duniawi atau ukhrawi. Guru juga turut dibayar gaji. Bagi lepasan diploma gaji guru adalah RM1,698.00 sehingga RM5,717.00 manakala bagi lepasan ijazah adalah RM2,188.00 sehingga RM9,552.00. Lumayan juga kan?

Pada umumnya sesiapa sahaja yang mengajarkan sesuatu ilmu adalah layak dipanggil cikgu. Penyebaran ilmu tidak terhad di sekolah sahaja. Ia juga boleh berlaku di pejabat, rumah, padang bola, bilik kuliah, kedai makan, masjid, tepi pantai atau di dalam hutan sekali pun kerana tugas belajar dan mengajar ini boleh berlaku di mana-mana sahaja.

Namun entri kali ini adalah berkisar tentang peranan dan bidang tugas cikgu atau guru di sekolah secara umum. Tanpa membuang masa lagi jom tengok kat bawah ini :

1) Menyampaikan kandungan kurikulum di dalam bilik darjah melalui pelbagai kaedah pedagogi dan aplikasi yang melibatkan pelajar
2) Mengaplikasikan teknik penilaian berkaitan yang boleh mencerminkan pembelajaran pelajar bagi mencapai hasil pembelajaran yang berkesan
3) Menjadi fasilitasi pembelajaran pelajar yang dapat menarik perhatian dan minat pelajar untuk pembelajaran dalam kelas
4) Menggunakan project-based approaches, pembelajaran teradun dan teknik penyoalan yang menggalakkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT)
5) Melaksanakan kajian atau penyelidikan untuk penambahbaikan dari semasa ke semasa menilai hasil kajian tersebut
6) Mencetus kreativiti dan inovasi bagi menyelesaikan masalah pelaksanaan dasar
7) Merangka strategi dan idea baharu dalam pelaksanaan modul pengajaran
8) Menunjuk cara model pembelajaran menggunakan strategi pengajaran yang berkesan
9) Membimbing pelajar untuk mengamalkan pembelajaran kendiri
10) Menilai dan memantau pencapaian pelajar dengan menggunakan pelbagai strategi penilaian serta mengambil tindakan susulan untuk memberi maklum balas yang tepat kepada pelajar

Guru dan pemimpin sekolah merupakan penggerak yang utama di peringkat sekolah untuk menentukan keberhasilan pelajar. Pemimpin yang berada diorganisasi KPM pula memastikan perancangan yang berkaitan pendidikan negara dibuat secara holistik melalui dasar atau polisi serta inisiatif yang berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Selain mendidik, guru juga melakukan kerja-kerja perkeranian, jurulatih sukan, guru ko-kurikulum, guru pengiring, warden dan guru disiplin. Itu belum termasuk tugas guru memasukkan data peribadi mereka sendiri untuk e-operasi dan e-pangkat se­perti mana dikehendaki oleh Kementerian Pendidikan.

Ok setakat ini dahulu untuk peranan dan bidang tugas cikgu atau guru dan skop kerjanya dan jumpa lagi untuk artikel akan datang. Semoga ianya memberi manfaat kepada bakal cikgu yang ingin menjadikan guru sebagai profesion pilihan anda. Sekian wassalam.
Baca Selanjutnya...

Bidang Tugas Dan Skop Kerja Arkitek


bidang tugas dan skop kerja arkitek

Arkitek adalah salah satu profesion pekerjaan iaitu bidang profesional yang sangat diimpikan oleh setiap anak muda. Namun sebelum anda memilih course untuk menjadi arkitek anda perlu tahu bidang tugas dan skop kerja arkitek dalam sektor pekerjaan.

Best ke tak best jadi arkitek ni? Mestilah bagus sebabnya adalah gajinya boleh tahan mahal berbanding dengan karier yang lain. Dalam sektor awam gaji maksimum arkitek adalah RM9643.00 manakala dalam sektor swasta pula gaji maksimum adalah RM10k atau lebih bergantung kepada firma yang offer kepada anda. Itu pun jika anda ada skill yang bagus dan sangat berpengalaman dalam bidang ini.

Tak kira apa jua bidang yang kita ceburi be so good dan impaknya sangat besar dalam kerjaya kita. Kita dibayar berdasarkan value yang ada pada kita. Ok tanpa membuang masa lagi berikut adalah bidang tugas dan skop kerja arkitek :

1) Membuat lakaran pelan berdasarkan apa yang client ingini
2) Menyediakan rekabentuk terperinci berdasarkan lakaran sebelum ini mengikut kehendak pemilik, pelanggan atau sesiapa sahaja
3) Memberikan perkhidmatan yang profesional kepada masyarakat tanpa ada bias dengan satu-satu pihak
4) Membuat rekabentuk yang mesra alam dan tidak melanggar undang-undang bangunan
5) Memberikan nasihat kepada client kesesuaian cadangan rekabentuk agar ianya menepati kos, fungsi dan teknik pembinaan
6) Menentukan susunan rekabentuk yang dicadang akan dibina oleh pihak kontraktor
7) Menyediakan construction drawing yang mudah difahami oleh pembina supaya mudah diterjemahkan oleh pembina di tapak projek
8) Membuat perancangan pembinaan mengikut keperluan perundangan seperti yang termaktub dalam Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976, Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (UBBL) dan keperluan yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
9) Atkitek juga bertindak sebagai perunding antara client dan pihak kontraktor
10) Juga boleh bertindak sebagai pengurus projek yang mengawal penjadualan kerja (CPM), kualiti dan kos sesuatu projek

Jika di tapak bina atau construction site, arkitek juga mempunyai wakil tapak iaitu Resident Architect (RA), Asistant Resident Architect (ARA) dan Inspector of Work (IOW) yang mengawal selia kerj-kerja yang dibuat di tapak oleh kontraktor. Site representative ini perlu memastikan kerja-kerja yang dibuat oleh kontraktor menepati masa, kualiti dan kos yang telah dipersetujui sebelum sesuatu kontrak dijalankan.

Profesion arkitek ini mempunyai tanggungjawab yang besar sesuai dengan gaji yang diperolehinya. Oleh itu, peganglah amanah ini dengan baik supaya bukan sahaja gaji kita dapat pada masa yang sama kita juga mendapat ganjaran pahala yang besar disisi Allah SWT. Setakat ini dahulu kupasan bidang tugas dan skop kerja arkitek pada kali ini dan semoga anda mendapat gambaran yang jelas sedikit sebanyak berkaitan karier arkitek ini. Jumpa lagi.. Zasss...



Ditulis oleh,
Raja Yuswari aka Yusri
Untuk carikerja11
Do not copy without permission
Baca Selanjutnya...

Bidang Tugas Peguam Dan Skop Kerjanya

bidang tugas peguam dan skop kerja

Adakah cita-cita anda nak jadi peguam? Jika ya anda perlu baca bidang tugas peguam dan skop kerja yang terlibat dalam artikel ini. Sebelum menjadi peguam anda perlu rancang dan tetapkan laluan study anda sehinggalah ke peringkat ijazah atau lebih tinggi lagi bagi melayakkan anda menjawat jawatan peguam.

Karier sebagai peguam adalah salah satu kerjaya bidang profesional yang menjanjikan gaji yang lumayan. Samada anda bekerja dalam sektor kerajaan mahupun swasta. Sungguhpun begitu kerjaya sebagai seorang peguam amat mencabar dan kadang kala rumit dalam menyelesaikan sesuatu kes yang mendatang.

Antara bidang tugas peguam dan skop kerja adalah seperti berikut untuk sektor awam :

1) Memberi penerangan kepada orang awam berkaitan undang-undang di Malaysia serta hak-hak mereka
2) Menjalankan proses pengantaraan bagi tujuan menyelesaikan pertikaian antara pihak yang terlibat
3) Mewakili atau menyediakan khidmat guaman dalam perbicaraan di mahkamah syariah atau sivil
4) Mengurus dan menyelesaikan kes perbicaraan
5) Memberi khidmat nasihat bagi semua perkara undang-undang sivil dan syariah
6) Memberi kesedaran kepada orang ramai berkaitan dengan akta dan undang-undang sedia ada
7) Gaji maksimum peguam bagi sektor awam adalah RM9,607.00

Manakala bidang tugas peguam dan skop kerja untuk sektor swasta pula adalah :

1) Ditugaskan untuk mengendalikan kes-kes sivil atau syariah diperingkat rendah, sesyen atau tinggi
2) Menyediakan paperwork untuk menyelesaikan hal undang-undang pembelian hartanah
3) Memberi bantuan guaman dan nasihat kepada pelanggan yang mendapatkan consultation
4) Bertindak sebagai mewakili mereka yang memerlukan pewakilan guaman atau legal representation dalam prosiding jenayah
5) Sentiasa bersikap profesional dan mengenakan caj yang berpatutan kepada pelanggan sesuai dengan beban tugas yang dipikul, kemahiran dan pengalamannya dalam keadaan pasaran
6) Gaji maksimum peguam bagi sektor swasta adalah RM10,000.00 atau mungkin lebih lagi bergantung kepada firma untuk menentukannya

Nah.. Bagi yang nak jadi peguam anda sudah nampak kan bidang tugas peguam dan skop kerja sebagai seorang peguam dalam organisasi kerajaan atau pun swasta. Bagi anda yang bercita-cita tinggi ingin menjadi peguam ni, tetapkan career path anda dengan membuat perancangan dan persediaan study bermula daripada sekarang.

Kuatkan azam dan tawakal kepada Allah SWT dalam mengejar matlamat yang diimpikan. Semoga anda berjaya dengan cemerlang, gemilang dan terbilang. Semoga coretan saya ini bermanfaat kepada anda. Terima kasih.



Ditulis dan disusun oleh,
Raja Yuswari aka Yusri
Untuk carikerja11
Do not copy without permission
Baca Selanjutnya...

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan MALAYSIA!!

selamat sambutan hari kemerdekaan malaysia

Tarikh keramat hari kemerdekaan Malaysia jatuh pada 31 Ogos 1957. Pada setiap tahun kita mengadakan sambutan hari kemerdekaan Malaysia sebagai satu simbolik kecintaan kepada agama, bangsa dan negara setelah kita bebas daripada ancaman dan cengkaman penjajah.

Kita telah dijajah selama lebih 400 tahun setelah kejatuhan kerajaan Melaka pada tahun 1511. Kita hanya merdeka beberapa puluhan tahun sahaja. Jika dibandingkan dengan angka atau nisbah masih lagi terlalu kecil bilangan tahun kita merdeka berbanding ratusan tahun kita dijajah.

Hari merdeka juga boleh disifatkan sebagai hari kemenangan rakyat Malaysia setelah ratusan tahun menentang penjajah demi memerdekakan diri dan tanah air.

Kenapa kita perlu mengadakan sambutan hari kemerdekaan Malaysia. Ini jawapannya :

1) Semangat cintakan negara tercinta
2) Supaya sejarah hitam tidak berulang lagi
3) Dapat mengingati sejarah perjuangan pahlawan negara
4) Supaya generasi baru tidak leka dengan nikmat keamanan
5) Supaya rakyat Malaysia sentiasa bersyukur dengan nikmat keamanan yang diberikan
6) Dapat menaikkan semangat untuk mempertahankan negara
7) Membuktikan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang berdaulat
8) Menunjukkan kepada negara luar bahawa mereka tidak boleh lagi menjajah Malaysia sewenang-wenangnya
9) Supaya para penjaga keamanan sentiasa sedar akan tanggungjawab mempertahankan negara
10) Keamanan dapat dikekalkan selama-lamanya

Malaysia Merdeka! Kita seharusnya sentiasa memelihara nikmat keamanan yang diberikan oleh Allah SWT dan be gratitude iaitu sentiasa bersyukur dalam apa jua keadaan kehidupan samada sewaktu senang atau pun susah. Setiap rakyat tak kira apa bangsa sekali pun wajib cintakan dan pertahankan kedaulatan negara daripada sebarang ancaman anasir yang tidak baik.

Jangan ada dikalangan kita menjadi musuh dalam selimut dan talibarut pihak luar. Musuh sebeginilah yang boleh menghancurkan negara dengan cepat sekali. Ayuh kita semua berganding bahu untuk menjadikan negara kita maju, aman, makmur dan digeruni oleh pihak musuh. Jom meriahkan sambutan hari kemerdekaan Malaysia kali ke...



Ditulis oleh,
Raja Yuswari aka Yusri
Untuk carikerja11
Do not copy without permission
Baca Selanjutnya...

Kenapa Anda Perlu Bertukar Tempat Kerja

kenapa anda perlu bertukar tempat kerja

Kerja adalah suatu aktiviti untuk mencari rezeki samada untuk diri sendiri atau keluarga. Sebaik-baik kerja adalah kerja yang mendatangkan rezeki yang halal lagi diberkati. Pada kali ini saya akan mengupas tajuk kenapa anda perlu bertukar tempat kerja dalam jangka masa tertentu.

Selepas tamat daripada belajar semua orang sibuk untuk mencari kerja. Tak kiralah samada seseorang itu lepasan, spm, stpm, sijil, diploma, ijazah atau yang lebih tinggi dari itu. Tujuannya untuk dapatkan duit kan? Dan semestinya duit yang banyak lagi halal kan?

Apabila kita dah dapat kerja yang dipohon itu, mesti rasa best giler kan? Wow!! Rasa macam dunia ini ana yang punya... Sungguh pun begitu setelah sekian lama bekerja maka berlakulah perkara-perkara yang tidak diingini. Jika ada ciri-ciri ini berlaku anda mesti cari jalan berpindah atau bertukar ataupun berhenti dari kerja itu segera.

1. Terlalu banyak drama pukul 7 haha
2. Ada orang yang jadi kegemaran pada bos
3. Ramai orang yang bagus mencari kerja lain
4. Tempat kerja kamu tiada sifat peri kemanusiaan
5. Pendapat kamu tidak pernah diambil serius oleh sesiapa
6. Mereka tak percaya sepenuhnya untuk kamu buat keputusan
7. Tak ada kejujuran dan kesetiaan antara dua-dua pihak atasan dan bawahan
8. Ramai orang jatuh sakit (mungkin stress)
9. Kamu tidak ada peluang untuk lebih berkembang maju
10. Kamu tak dapat bercakap dengan jujur dan terbuka (kena sentiasa menipu la tu)
11. Terlalu bergosip sana sini
12. Persekitaran kerja yang amat serabut dan memenatkan fizikal dan mental
13. Pekerja dan bos selalu bergaduh
14. Wujudnya berpuak-puak dikalangan staf
15. Banyak berlaku gejala rasuah di tempat kerja

Dalam hidup ini kita perlu sentiasa move on dan sentiasa mengubah diri menjadi lebih baik pada setiap masa. Ok setakat ini dulu kupasan kenapa anda perlu bertukar tempat kerja dan jumpa lagi dilain masa. Babai...



Ditulis oleh,
Raja Yuswari aka Yusri
Untuk carikerja11
Do not copy without permission
Baca Selanjutnya...

Kenapa Pentingnya Pengurusan Projek Dalam Pembinaan?

kenapa pentingnya pengurusan projek dalam projek pembinaan

Pada kali ini saya akan mengupas kepentingan pengurusan projek atau project management dalam projek pembinaan yang dijalankan bagi menyiapkan sesuatu projek. Semua aktiviti atau perjalanan hidup manusia tidak boleh lari daripada sistem pengurusan. Baik dari segi pengurusan diri sendiri sehinggalah kepada sebuah organisasi yang sangat besar.

Matlamat pengurusan bagi sesuatu aktiviti adalah untuk melicinkan dan menyiapkan sesuatu kerja tanpa sebarang masalah yang besar. Seperti juga dalam pengurusan projek tujuannya adalah untuk menjayakan sebuah projek yang meliputi kualiti, masa dan kos. Ada empat elemen yang penting supaya projek berjalan dengan lancar iaitu 4M :

1) Money iaitu kewangan
2) Manpower iaitu tenaga kerja/sumber manusia
3) Management iaitu pengurusan projek
4) Machinery iaitu peralatan, mesin atau jentera

Dalam menyiapkan sesuatu projek, client mestilah melantik satu pasukan projek atau project team. Pasukan projek terdiri daripada Pegawai Penguasa (SO), ketua pasukan projek, ketua rekabentuk bagi setiap disiplin arkitek, awam & struktur, mekanikal & elektrikal dan ketua ukur bahan (QS). Tidak ketinggalan juga melantik pihak kontraktor pembina. Berikut adalah kepentingan pengurusan projek dalam projek pembinaan :

1) Melalui project team yang dilantik, mereka dapat mengawasi projek dari awal sehingga siap
2) Kualiti pembinaan setiap struktur dapat dikawal oleh setiap disiplin
3) Projek yang dijalankan mengikut skop yang telah dipersetujui pada peringkat awal
4) Kawalan terhadap kos dapat dilakukan semasa projek berjalan
5) Melalui project scheduling, kontraktor dapat menjalankan kerja mengikut perancangan yang telah diluluskan oleh pihak SO
6) Pasukan projek dapat membuat pemantauan CPM. Setiap task atau activity dapat dikawal sebelum kerja dibuat atau sedang berjalan
7) Setiap permasalahan yang timbul dapat diselesaikan melalui mesyuarat tapak dan teknikal pada setiap bulan
8) Setiap perubahan kerja yang dicadangkan akan melalui fasa mesyuarat jawatankuasa
9) Tenaga kerja dapat diuruskan dengan baik berdasarkan project scheduling
10) Jika sesuatu projek diawasi oleh JKR mereka mempunyai Sistem Pengurusan Bersepadu (SPB) bertujuan mengawal kualiti, masa dan kos

Ok setakat ini dahulu untuk kupasan kenapa pentingnya pengurusan projek dalam projek pembinaan samada ianya projek kerajaan atau pun swasta. Semoga ianya bermanfaat buat anda dan jumpa lagi dalam entri berikutnya.



Ditulis oleh,
Raja Yuswari aka Yusri
Untuk carikerja11
Do not copy without permission
Baca Selanjutnya...

Tips Beli SAHAM Supaya Cepat Untung

tips beli saham supaya cepat untung

Ok saya akan berkongsi dengan anda semua bagaimana cara nak beli saham supaya lebih cepat dan mudah untuk kita buat keuntungan. Dengan kata lain kita buat profit dengan pantas. Anda mesti dah tak sabar kan nak buat duit. Jom kita terjah tips beli SAHAM supaya cepat untung sekarang juga..

Gambar diatas menunjukkan salah satu contoh carta atau pun chart yang saya ambil dalam tradingview. Saya dah tunjukkan kepada anda tempat yang perlu kita beli dan jual. Anak panah yang pertama adalah tempat kita beli manakala anak panah yang kedua adalah tempat kita jual.

Ok guys tanpa membuang masa lagi jom saya terangkan kepada anda cara buat profit dalam saham atau stock market. Berikut adalah caranya :

1) Pilih kaunter yang syariah
2) Screen kaunter yang melonjak ke atas sahaja atau uptrend
3) Guna EMA iaitu exponential moving average 5 dan 20. Kalau nak guna MA biasa pun tiada masalah
4) Persilangan EMA 5 mestilah diatas 20 barulah kaunter tersebut dalam fasa uptrend
5) Terus beli jika kaunter tersebut dah menunjukkan fasa melonjak keatas
6) Bila line EMA 20 hampir bersilang dengan 5 itu tandanya anda dah boleh jual saham tersebut.
7) Tekan sell dan nikmatilah profit anda kejalan yang bermanfaat haha...


Anda juga boleh menggunakan indicator yang lain dalam mengesan pergerakan harga saham dalam proses beli dan jual sesuatu kaunter. Antara indicator atau petunjuk yang boleh digunakan adalah :

1) MACD iaitu moving average convergence divergence
2) RSI iaitu relative strong index
3) DMI iaitu directional movement index
4) Guna BB iaitu bollinger band
5) Stochastic

Semoga coretan tips beli saham supaya cepat untung ini bermanfaat buat anda dan selamat maju jaya dalam passion saham anda. Sekian, wassalam.



Ditulis oleh,
Raja Yuswari aka Yusri
Untuk carikerja11
Do not copy without permission
Baca Selanjutnya...

Terkini : Bantuan Sara Hidup Fasa 3 Dibayar Pada 28 Ogos 2019


Pembayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 fasa ketiga akan dilaksanakan mulai 28 Ogos 2019 ini. Peruntukan sebanyak RM 1.23 bilion diperlukan bagi dibayar kepada rakyat Malaysia yang layak berdasarkan data yang terkini.
Alhamdulillah diucapkan kepada Allah SWT atas rezeki yang diberikan ini. Bagi fasa ketiga, pendapatan isi rumah bawah RM2,000 akan menerima BSH berjumlah RM400, pendapatan isi rumah RM2,001 hingga RM3,000 (RM300), manakala pendapatan isi rumah RM3,001 hingga RM4,000 akan menerima RM100.

Bagi memastikan program BSH 2019 disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak, tempoh permohonan rayuan dibuka mulai 1 Julai hingga 15 Ogos ini dan pembayaran bagi mereka yang diluluskan rayuannya dijangka akan dibuat pada September depan.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2747 serta e-mel kepada bsh@treasury.gov.my.
Seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2019, kerajaan meneruskan program BSH demi kesejahteraan ekonomi rakyat, dengan membantu golongan berpendapatan rendah (B40) bagi meringankan kos sara hidup.
Baca Selanjutnya...

Fakta Tentang Emas Yang Anda Perlu Tahu!


Korang sedar tak?

Fakta 1
-----------
Zaman nabi dulu 1 dinar emas boleh beli seekor kambing.
Hari ini 1 dinar emas pun boleh beli seekor kambing.

Fakta 2
-----------
Hari ini seekor kambing hidup berharga antara RM700 ~ RM900. Agak-agak 10 tahun akan datang berapa harga seekor kambing?
Lojik tak saya kata harganya ketika itu adalah RM1200 seekor?

Fakta 3
-----------
Jadi maksudnya makin lama harga emas akan meningkat, meningkat dan meningkat. Tapi nilai dinarnya tetap kukuh dan tidak berubah.
10, 100 mahupun 1000 tahun akan datang 1 Dinar emas tetap boleh beli seekor kambing.

Fakta 4
-----------
Hari ini 1gm emas harganya lebih kurang RM180. 10 tahun dahulu harganya RM105/gram. Agaknya 10 tahun akan datang berapa harganya agaknya? Ada ramalan mengatakan 10 tahun datang nilai emas akan naik 2 kali ganda.
Maksudnya 10 tahun akan datang 1 gm emas akan bernilai lebih RM360.

Fakta 5
-----------
Katakan sekarang aku ada wang sebanyak RM1800 dan beli emas 10gm. Aku simpan dan 10 tahun akan datang ianya bernilai RM3600.

Fakta 6
-----------
Kalau awak tak simpan emas sekarang awak memang rugi. Sekarang awak tak terasa ruginya. Tunggulah 10 tahun akan datang rasa menyesal awak akan timbul.

Fakta 7
-----------
Siapa saja boleh simpan emas sekarang. Tak perlu modal besar. Patuh syariah. Lebih untung dari ASB! Jadi melaburlah dalam emas dan jika pelaburan dah banyak jangan lupa untuk bayar zakat ya..
Baca Selanjutnya...

Kenapa kita selalu kena tipu penipu online


Hari2 duk dgr kes keno tipu jual beli telepon online. Saloh sapo? Mestilah saloh pembeli hok vodo sbb teruja dgn hargo muroh yg ditawarkan. Modus operandi penipu online, dio akan offer harga barang lebih muroh drpd harga pasaran, pahtu tunggu hok vodo mari make umpan.

Nok beli online takdok masaloh. Pastikan cek molek. Cek testimony previous customers. Pastikan seller pakai akaun ori. Cubo baco komen2 di post2 dio (utk detect akaun dio ori atau tidak).

Sekian info dari pengepost tegar...
Baca Selanjutnya...