Cara Mengira Berat Premix Batu Kasaran Dan Pasir

Cara mengira berat premix batu kasaran dan pasir

Assalamualaikum. Ok guys pada hari ini saya akan mengupas tajuk cara mengira berat premix, batu kasaran dan pasir supaya mudah bagi anda untuk memberitahu pengeluar atau supplier berapakah kuantiti bahan binaan yang diperlukan untuk projek anda.

Pada kebiasaannya pihak supplier atau pembekal akan bertanya berapa tan premix, crusher run dan pasir yang anda mahukan. Selepas itu barulah mereka akan beritahu harga atau keluarkan quotation kepada kita. Harga yang dikeluarkan adalah termasuk kos penghantaran ke tempat anda. Kos penghantaran tidak akan dikira sekiranya anda mempunyai kenderaan sendiri untuk mengambil bahan binaan ini daripada kedai pengeluar.

Baiklah tanpa membuang masa jom kita membuat kira-kira bagi berat premix, batu kasaran dan pasir :

Formula asas bagi berat adalah seperti berikut :
Formula berat (w) = isipadu (m3) x ketumpatan (kg/m3)
Isipadu = panjang x lebar x tinggi x ketumpatan
w = m3 x kg/m3

Dimana ketumpatan bahan bagi asphalt, crusher run dan sand adalah :
Premix = 2.3 tan per m3
Crusher run = 1.8 tan per m3
Pasir = 2 tan per m3

Katakanlah kita ada satu projek yang perlu dikira berat premix untuk area seperti berikut :
Panjang = 1000m
Lebar = 7m
Tebal = 60mm = 0.060m
Maka berat bagi premix adalah = 1000 x 7 x 0.060 x 2.3 = 966 tan

Oleh itu kita perlu order daripada pembekal sebanyak 966 tan premix. Konsepnya adalah sama jika sekiranya kita ingin membuat pesanan bagi crusher run dan pasir. Caj penghantaran menggunakan lori pembekal adalah berbeza mengikut jarak lokasi site anda. Semakin jauh tapak projek anda maka semakin meningkat kos penghantaran.

Bagi yang sudah biasa mengawasi projek pembinaan anda semestinya sudah mahir dalam membuat kiraan ini. Malah ada dikalangan engineer dan supervisor mempunyai formula tersendiri untuk convert berat bahan-bahan ini terus kepada tan. Jika sekiranya anda tidak pasti formula apa yang perlu digunakan untuk mendapatkan berat ini, anda boleh bertanya terus kepada pihak pembekal bahan binaan sebagai panduan asas. Malu bertanya sesat jalan hihi...

Semasa belajar di universiti, kolej atau pun sekolah kita pernah diajar cara untuk mendapatkan berat premix, crusher run, pasir, tanah, besi, konkrit, kayu dan lain-lain melalui formula dalam buku teks. Berat bagi sesuatu bahan menjadi berbeza-beza kerana dipengaruhi oleh ketumpatan bahan tersebut. Jika anda masih ingat kita menggunakan air untuk membuat ujikaji ketumpatan sesuatu bahan. Semakin tenggelam sesuatu bahan maka semakin tumpat bahan tersebut. Contohnya air lebih tumpat daripada minyak atau batu lebih tumpat daripada air.

Baiklah setakat ini dahulu penerangan berkaitan cara mengira berat premix, batu kasaran dan pasir untuk kali ini. Semoga artikel ini bermanfaat dan jumpa lagi untuk post akan datang. Selamat bekerja dengan penuh ikhlas kerana Allah SWT. Sekian.
Baca Selanjutnya...