Pakej Unlimited Data Dan Unlimited Call Di Onexox

Pakej Unlimited Data Dan Unlimited Call Di Onexox

Saya akan terangkan pakej terkini bagi unlimited data dan unlimited call khas dibawakan oleh onexox untuk pelan MySiswa. Pelan MySiswa ini khas untuk digunakan oleh pelajar yang berumur 16 tahun ke atas dan sewaktu dengannya.

Baiklah tanpa membuang masa berikut adalah penerangan dan ciri-ciri bagi simkad untuk pakej MySiswa Unlimited Data Dan Unlimited Call Di Onexox :

1) Unlimited Data
2) Unlimited Call
3) High speed internet tanpa sekatan
4) Unlimited Call untuk semua nombor daripada telco sahaja. Untuk call kepada nombor hotline ada caj dikenakan
5) Hotspot sehingga 70 GB
6) Terbuka untuk umur 16 tahun keatas
7) Bagi maksud unlimited data selepas mencapai penggunaan 70 GB, basic data akan diaktifkan. Kelajuan internet menjadi perlahan iaitu 64Kbps
8) Pakej ini adalah dalam bentuk bil. Pembayaran bulanan adalah melalui topup atau perbankan online
9) Bayaran bulanan adalah RM35 shj + service tax

Sekiranya anda berminat untuk melanggan pakej ini, anda boleh whatsapp atau hubungi saya di talian 019-7200 320 (En Yusri) dengan kadar segera. Pendaftaran pakej ini akan tamat pada bila-bila masa sahaja oleh pihak telco onexox.

Pakej MySiswa Unlimited Data Dan Unlimited Call ini juga disokong oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Para pelajar sekolah dan universiti adalah digalakkan menggunakan pelan data dan call ini kerana harga yang ditawarkan adalah harga marhaen dan berpatutan. Pelan ini membolehkan pelajar dapat fokus dalam pelajaran tanpa sebarang gangguan capaian internet. Bukan pelajar juga digalakkan mendaftar pakej ini.

Pelan Mudah Alih yang menepati permintaan dan keperluan data pelajar-pelajar pusat pengajian tinggi untuk pembelajaran lebih efektif, penambahbaikan perkhidmatan telekomunikasi dengan kadar yang lebih murah dan berpatutan bagi pembangunan bakat para pelajar ke peringkat yang lebih tinggi. Ciri-ciri yang lain juga adalah bebas kontrak iaitu Telco lain ada T&S tersembunyi tapi ONEXOX MYSISWA pastinya bebas kontrak. Tiada Pembaziran Data iaitu semua data, masa berbual dan SMS yang belum digunakan tidak akan dihapuskan. Internet Berkelajuan Tinggi iaitu Internet berkelajuan tinggi 24/7 tanpa sekatan dan Lebih Penjimatan hanya untuk Pelajar iaitu keperluan data harian dan kemudahan telekomunikasi dengan harga yang berpatutan untuk pelajar IPT.

Setakat ini dahulu penerangan berkaitan Pakej MySiswa Unlimited Data Dan Unlimited Call jika anda ingin mencuba bolehlah whatsapp atau hubungi saya di talian 019-7200 320 (En Yusri) dengan kadar segera. Jumpa lagi dalam post akan datang dan terima kasih.


Nota : Jika sekiranya terdapat apa-apa permasalah berkaitan talian onexox anda boleh menghubungi talian customer service 12273. Panggilan adalah percuma untuk pengguna onexox.
Baca Selanjutnya...

Gout : Cara Merawat Dan Mengubati Penyakit Gout

Cara merawat dan mengubati penyakit gout

Pada segmen kali ini saya akan berkongsi cara merawat dan mengubati penyakit gout kepada anda. Apa itu penyakit gout? Penyakit gout adalah penyakit yang membawa kepada kesakitan dan bengkak pada sendi disebabkan tahap atau kandungan asid urik yang sangat tinggi didalam darah. Ia merupakan salah satu penyakit yang sering kali kita dengar berlaku pada orang dewasa di negara kita.

Diantara tempat yang terjejas akibat penyakit gout ini seperti sendi jari kaki besar, lutut, siku dan jari kaki yang lain. Benjolan dan bengkak akan terjadi dalam masa yang singkat yang mengakibatkan kesukaran untuk menggerakkan sendi tersebut. Ianya amat menyakitkan sama sekali. Apabila asid urik terlalu banyak dalam badan, kristal kecil yang dipanggil gouty tophi mulai terbentuk di bawah kulit.

Ciri-ciri penyakit gout ini adalah sendi menjadi merah, bengkak, saiz membesar, berasa panas dan ketat. Ramai yang mencari ubat gout paling berkesan untuk merawatinya. Tanpa membuang jom kita amalkan cara merawat dan mengubati penyakit gout yang mujarab seperti berikut in sha Allah :

1) Ambil satu pokok sireh air/sireh cina/pokok ketumpang air/sireh tanah
2) Blender pokok ini bersama dengan air dan gula batu
3) Mulakan dengan Bismillahirahmanirahim dan minum
4) Amalkan selalu

Senang je sebenarnya petua rawat gout ni. Tumbuhan sireh cina ini banyak tumbuh di sekitar rumah kita iaitu banyak tumbuh di dalam pasu bunga, tumbuh di tempat lembap yang menumpang hidup bersama pokok-pokok yang lain. Pokok sireh air ini merupakan herba mujarab merawat gout. Anda perlu amalkan jus pokok atau daun ketumpang air ini. Ia akan mengurangkan paras asid urik di dalam badan, mempunyai ciri-ciri anti bakteria, anti bengkak dan penahan sakit.

Gejala gout ini begitu sulit dan menyakitkan. Kesakitan pada sendi paling teruk berlaku 4 hingga 12 jam pertama dan ia berlarutan dalam tempoh seminggu selepas itu. Amalkan cara merawat dan mengubati penyakit gout seperti di atas untuk kelegaan bagi gejala gout dan bertawakal kepada Allah SWT selepasnya. Mudah-mudahan Allah SWT menyembuhkan serangan gout ini daripada diri kita dan ia akan go out selama lamanya.

Serangan penyakit gout mempunyai dua kategori iaitu gout akut dan suar up. Serangan juga terjadi dibawa oleh tekanan atau penyakit lain juga. Jika penyakit gout masih berterusan anda dinasihatkan berjumpa dengan doktor untuk dapatkan rawatan lanjut. Kesan daripada penyakit gout ini boleh menjejaskan kehidupan anda, menghadkan pergerakan, tidur, bekerja, pergaulan, kesejahteraan mental dan fizikal serta keupayaan melakukan tugas sehari-hari. Bagi pesakit gout terdapat makanan yang perlu dielakkan iaitu kurangkan pengambilan daging, hati, makanan laut, minuman yang mengandungi fructose, kekacang, bijirin dan petai.

Semoga perkongsian cara merawat dan mengubati penyakit gout dapat memberikan anda semangat untuk terus berusaha dan berikhtiar menyembuhkan penyakit gout yang sedang dihadapi. Sesungguhnya setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati. Semoga kita berjumpa lagi dilain masa dan diharap anda sentiasa sihat selalu. Terima kasih.
Baca Selanjutnya...