Cara bermain wau atau layang-layang

cara bermain layang wau

Cara-cara bermain wau atau layang-layang. Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang, iaitu seorang akan memegang wau dan seorang lagi dipanggil juru anjung yang memegang tali. Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau atau layang-layang tersebut tinggi di udara.

Kilauan cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau yang dihias berwarna-warni. Di masa kini walaupun wau atau layang-layang masih mendapat tempat dikalangan masyarakat Melayu tetapi layang-layang juga tidak kurangnya telah mendapat perhatian oleh masyarakat tempatan dan juga antarabangsa.

Pelbagai bentuk dan corak wau dan layang-layang telah dicipta, ada layang-layang yang berbentuk orang, kapal berangkai dan ada yang dimainkan dengan menggunakan dua utas tali. Kebanyakkan pertunjukan wau dan layang-layang masih mendapat tempat di Malaysia, terutama ketika hari-hari sambutan perayaan atau pertandingan wau antarabangsa.

Sumber:http://bb2008-amiraa.blogspot.com/2008/07/cara-bermain.html

4 comments:

  1. setiap wau ada keunikannya yang tersendiri :)

    ReplyDelete
  2. tak pernah plk main wau atau layang2...hehe
    tapi suka tgk design wau..penuh dgn nilai tradisional & unik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ruginya tak pernah main...

      Delete