Cara nak menang bermain congkak

Cara nak menang bermain congkak
Cara nak menang bermain congkak

Sebelum kita pergi lebih jauh tentang cara nak menang bermain congkak izinkan saya terangkan apa itu permainan congkak. Permainan congkak ini menggunakan papan permainan yang memiliki 14 lubang dan 2 lubang induk yang ukurannya lebih besar.

Dimainkan oleh 2 orang. Satu lubang induk terletak pada hujung papan dan lubang induk lainnya terletak di hujung lainnya. Di antara kedua lubang induk terdapat 2 baris yang tiap barisnya berisi 7 lubang yang jumlahnya 14 lubang.

Cara untuk bermain congkak

Permainan congkak hanya boleh dimainkan oleh dua orang pemain dalam satu masa. Pemain akan duduk secara bertentangan dan ‘kampung’ akan diisi dengan buah congkak yang mempunyai bilangan buah yang sama. Jika dalam pertandingan, pengadil akan dipanggil untuk mengadili pertandingan. Pemain akan memulakan permainan dengan cara bermain serentak.

Pemain boleh mengambil buah dari mana-mana lubang dan akan memasukkannya satu demi satu ke dalam ‘kampung’ dan ‘rumah’. Jika buah yang terakhir dimasukkan ke dalam lubang yang berisi atau dimasukkan dalam ‘rumah’, pemain boleh meneruskan permainan untuk pusingan yang kedua tetapi jika sebaliknya, pemain akan berhenti dan menunggu pihak lawan menghabiskan buahnya.

Tetapi dulu, ada juga boleh main 4 orang (suka-suka) kiranya satu line tuh doa orang lah yang main, kiranya ada seorang menjadi mastermind untuk rancang strategi ataupun bergilir-gilir.

Tidak perlu sebarang undian untuk mendapatkan hak memulakan permainan. Permainan dijalankan serentak. Siapa lebih cekap, dia boleh bergerak mendahului lawannya. Pemain boleh memulakan permainan dari mana-mana lubang yang dia suka. Jika ada 1, 2, 3, 4, 5, 6 dan 7 lubang misalnya, maka ada tujuh buah dalam setiap lubang.

Jadi, jumlah buah yang diperlukan adalah 7×7=49. Maka ambil semua buah dalam lubang yang disukai dan lakukan pergerakkan ikut arah pusingan jam. Semasa bergerak, mesti masukkan satu buah ke dalam setiap lubang yang dilalui dan “lubang ibu” (lubang besar dihujung). Hanya satu lubang ibu sahaja bagi setiap pemain iaitu lubang ibu dihujung, di sebelah kiri pemain sahaja.

Strategi bermain congkak

Permain congkak perlu berfikir, menyusun strategi dan membuat congakkan. Siapa pandai math nie kira advantage lah. Ia memerlukan kecekapan. Biasanya orang yang selalu main congkak akan lebih tahu taktik dan mahir. Jadinya, tidak hairanlah jika ada yang sanggup menghabiskan berjam-jam untuk berlatih seorang diri (haha, akulah tuh) untuk mengkaji pergerakan “buah” sehingga formula rahsia untuk menjadi juara tersimpul dalam mindanya. Strategi ini bakal digunakan untuk mengalahkan lawan dalam perlawanan yang seterusnya. Jika 1st games kalah.

Di akhir permainan hanya tinggal beberapa biji buah di dalam lubang masing-masing. Pemain-pemain dikehendaki menjalankan buah itu mengikut susunan lubang iaitu bermula dari lubang yang berisi buah yang di kanan sekali hingga di hujung dekat lubang ibu secara serentak menuju ke lubang ibu masing-masing. Sesiapa yang habis dahulu buah di dalam lubangnya, dia dikira kalah namun:

Terdapat dua kaedah untuk menentukan pemenang iaitu:

i) Pemain yang mempunyai jumlah buah congkak yang banyak.
ii) ‘Menapak’ iaitu Pemain yang paling lambat memasukkan buah congkak ke dalam ‘rumah’ dan biasanya, pemain yang lambat memasukkan buah, mempunyai buah congkak yang banyak.

Dalam permainanini, semua buah yang berada dalam lubang tersebut akan diambil dan dimasukkan ke dalam ‘rumah’ atau “kampung”.

Pergerakkan permainan “mati” apabila buah yang digerakkannya habis dilubang yang kosong. Maknanya buah di dalam lubang itu sudah dijalankan sebelumnya. Jika lubang kosong, tempat pemain “mati” itu pada baris di hadapan si pemain, maka buah dalam lubang yang bertentang dengan lubang kosong itu boleh dirampas oleh si pemain dan dimasukkan ke dalam lubang ibu miliknya.

Ia dipanggil strategi tembak . Iaitu, pemain berjaya menembak jika buah congkak yang terakhir, dimasukkan ke dalam lubang yang tidak berisi dan terdapat buah di lubang bertentangan yang berada di barisan pihak lawan.


Source and citation:
http://gameduniaanak.blogspot.com/2011/10/cara-bermain-mainan-tradisional.html
http://zikrihusaini.com/cara-untuk-bermain-congkak/

6 comments:

  1. rindu nak main congkak macam dulu

    ReplyDelete
  2. Dah brp lama puteri xmain congkak?

    ReplyDelete
  3. dulu main congkak guna buat lubang dalam tanah je... tak mampu nak beli papan congkak..hehe

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Macam mana nak lambat kalah masa first game yang main serentak tuu?

    ReplyDelete