Kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadan

Kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadan

Kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadan

Bulan Sya’ban dah hampir tiba ke penghujungnya dan tak lama lagi umat Islam bakal menyambut kehadiran Ramadhan Al – Mubarak. Tinggal hanya seminggu lagi daripada sekarang. Jadi sama-sama kita merenung dan ingat kembali kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadan.

Ramadhan merupakan bulan yang diberikan begitu banyak ganjaran dan nikmat oleh Allah S.W.T kepada hamba-hambanya. Antara kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan yang umumnya diketahui :

1. Dibuka intu syurga, ditutup pintu neraka dan dibelenggu syaitan

2. Amalan sunat diberi pahala fardhu dan fardhu diganda 70 kali

3. Pintu neraka ditutup

4. Dibuka semua pintu syurga

5. Allah perhiaskan syurga

6. Dilepaskan tahanan neraka

7.Ramadhan ialah tetamu yang mendatangkan keampunan Allah

8. Tawaran Pengampunan dosa lepas dan akan datang

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Ar-Rasul SAW telah bersabda: Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan dosanya yang akan datang, sesiapa yang menghidupkan qiyamullail dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.

9. Diturunkan satu malam yang istimewa iaitu Lailatul Qadar dimana malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Digandakan pahala amalam pada malam tersebut.

10. Memasuki syurga melalui pintu Ar-Rayyan

11. Ganjaran Umrah pada bulan Ramadhan :

Apabila tiba Ramadhan maka kerjakanlah umrah kerana mengerjakan umrah padanya (bulan Ramadhan) sama dengan (ganjaran) mengerjakan haji.

12. Ganjaran berpuasa dibalas khas oleh Allah SWT:

Setiap amalan anak Adam adalah baginya kecuali puasa, ia (puasa) adalah untuk Aku, dan Aku yang akan memberi ganjaran akannya. [Bukhari/1771] [Muslim/1942] [Muslim/1944]

13. Mendapat dua kegembiraan:

Dua kegembiraan yang dia bergembira dengan kedua-duanya: apabila dia berbuka puasa dia bergembira (dengan iftarnya) dan apabila dia berjumpa dengan Tuhannya dia bergembira dengan puasanya. [Bukhari/1771] [Muslim/1944] [Muslim/1945] [Muslim/1946]

14. Dijarakkan wajahnya dari neraka


Mudah-mudahan kita semua akan mendapat semua kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadan yang ditawarkan oleh Allah SWT. Anda juga boleh sebarkan dan sampaikan kandungan dalam entri ini kepada orang lain juga. Sekian :)

6 comments:

  1. Hehe..terima kasih kongsikan..tak lama dah nak puasa...

    ReplyDelete
  2. tinggal beberapa hari sahaja lagi nak puasa...terima kasih berkongsi artikel ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup.. dah dkt nk puasa ni. Sama2.

      Delete
  3. salam ramadhan. semoga kita dapat mengejar segala ganjaran yang diberikan oleh-Nya itu nanti

    ReplyDelete