Lafaz dan niat puasa Ramadan sebulan

Lafaz dan niat puasa Ramadan sebulan

Tidak berapa lama lagi kita akan menyambut kedatangan bulan yang penuh berkat iaitu bulan Ramadan. Syukur Alhamdulillah kita masih dipertemukan lagi untuk bulan Ramadan kali ini. Diharap Ramadan kali ini bukanlah Ramadan yang terakhir buat kita semua.

Untuk panduan para pembaca yang akan melakukan ibadat puasa, berikut adalah niat puasa. (Perlu dijelaskan di sini bahawa melafazkan niat adalah tidak wajib kerana niat adalah persoalan hati, bukan lidah).

1) Niat puasa esok hari :
lafaz niat puasa ramadan sebulan

[Sebutan dalam rumi] Nawaitu souma ghodin 'an adaa'i, fardhi syahri ramadhaana hadzihissanati lillahi ta'ala.

[Sebutan dalam hati] Sahaja aku berpuasa esok hari untuk menunaikan fardhu puasa pada bulan Ramadhan bagi tahun ini kerana Allah Taala.

2) Niat puasa sebulan bulan Ramadan :
Lafaz dan niat puasa Ramadan sebulan

[Sebutan dalam rumi] Nawaitu souma syahri ramadhaana kullihi lillahi ta'ala.

[Sebutan dalam hati] Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan seluruhnya kerana Allah Ta'ala.

Dalam artikel lafaz dan niat puasa Ramadan sebulan ini juga saya akan menceritakan waktu bilakah untuk melakukan niat puasa. Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.

Akhir kalam, saya berharap agar puasa saya dan kita semua pada kali ini lebih baik daripada tahun-tahun yang lepas. Amiin. Sekian sahaja untuk artikel lafaz dan niat puasa Ramadan sebulan, semoga kita berjumpa lagi. Anda juga boleh share artikel ini.

7 comments:

  1. ahad dah mula berpuasa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berpuasa puteri.

      Delete
  2. Berniat sekai untuk sebulan lebih selamat dan sebagai backup...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup.. Saya pun selalu amalkan begitu tuan denaihati.

      Delete
  3. salam ramadan al mubarak

    ReplyDelete