Bahaya merokok bagi kesihatan remaja

Bahaya merokok bagi kesihatan remaja dan keluarga

Biasanya para remaja akan belajar merokok seawal sekolah menengah. Namun mereka tidak menghiraukan bahaya merokok bagi kesihatan mereka kerana telah dipengaruhi oleh kawan-kawan. Apa itu rokok? Rokok adalah tembakau yang dibalut berbentuk silinder samada daripada kertas mahupun daripada berbagai jenis daun berukuran antara 70mm hingga 120mm dengan diameter 10mm berbeza mengikut negara.

Bahaya merokok bagi kesihatan remaja dan diantara kesan-kesan daripada tabiat merokok adalah seperti berikut.

1. Setiap batang rokok mengandungi 6-8 mg nikotin
2. Tabiat merokok dikaitkan dengan risiko barah, penyakit jantung dan masalah pernafasan
3. Penyebab kanser kerongkong, kanser mulut, katarak, ulser perut, penyakit jantung, strok, penyakit paru-paru, emfisema paru-paru dan banyak lagi
4. Merokok boleh memudaratkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan harta
5. Satu pembaziran
6. Asap rokok berbahaya kepada orang lain
7. Merokok secara tidak langsung akan menyebabkan seseorang itu terjebak dengan dadah
8. Bila ketagihan berlaku remaja akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan rokok
9. Asap rokok mengancam kanak-kanak
10. Jika remaja menghisap rokok di kawasan sekolah sudah pasti ada habuan menanti mereka

Perokok pasif adalah orang yang dipaksa menyedut asap rokok basi yang datang dari perokok. Kepekatan bahan kimia beracun yang terkandung dalam asap rokok basi adalah lebih jika dibandingkan dengan kepekatan asap disedut oleh perokok secara aktif. Anak-anak yang didedahkan pada asap rokok basi ini mengalami risiko lebih tinggi untuk mengalami pelbagai masalah kesihatan. Mereka cenderung untuk mengalami masalah seperti batuk, asma serta jangkitan paru-paru dan telinga.

Tajuk artikel ini bahaya merokok bagi kesihatan remaja bukanlah memfokuskan kepada remaja semata-mata tetapi ia bersifat umum. Memandangkan kesan buruk akibat menjadin penagih nikotina timbul dalam jangka masa yang panjang dan berlaku secara perlahan-lahan, penagih rokok masih tidak mahu mengakui bahawa kesan buruk yang dialami akibat menghisap rokok bukanlah berpunca dari tabiat merokok. Tiada satu kebaikan pun diperolehi daripada merokok. Kita sering mendengar penagih nikotina mengalami batuk dan sakit tekak serta demam selesema.

tak nak Bahaya merokok bagi kesihatan remaja dan keluarga


Penagih nikotin kronik akan menghisap paling kurang 40 batang rokok sehari, malah tinjauan terhadap sekumpulan nelayan menunjukkan mereka menghisap rokok melebihi 3 kotak sehari. Sekiranya satu keluarga nelayan tersebut mempunyai lebih daripada seorang penagih rokok maka perbelanjaan untuk meracunkan keluarga pasti bertambah. Amat malang sekali apabila kajian menunjukkan 71% remaja dan ini tidak termasuk orang-orang dewasa dan warga tua yang menjadi penagih rokok. Selain daripada asap kenderaan dan kilang-kilang, asap yang paling menghampiri manusia ialah asap daripada penagih rokok.

Semoga remaja-remaja di luar sana khususnya sedar akan bahaya merokok bagi kesihatan remaja ini. Sekian.

No comments:

Post a Comment