Tips cara dan petua menghalau nyamuk

Tips cara petua menghalau nyamuk

Jom kita terjah tips, cara dan petua menghalau nyamuk supaya kita dan keluarga bebas daripada penyakit denggi atau seumpamanya. Ingat penyakit denggi boleh membawa maut. Semenjak dua menjak ni kita semua pasti merasakan bilangan nyamuk semakin bertambah di setiap ceruk rumah tidak kira siang atau malam. Belah malam, lagi lah bertambah meriah nya dia orang terbang sana sini mencari mangsa.

Actually cara nak halau nyamuk mudah je. Jom tengok cara kat bawah ni (gambar atas).

1. Limau nipis (lemon or limau purut pun aku rasa boleh) tu potong dua.
2. Cucuk-cucukkan dengan cengkih.
3. Ikut suka kaulah nak letak cengkih banyak mana.
4. Aku letak dalam papercups je, boleh pakai buang.

Hari pertama aku try, buat seketul je letak kat tepi katil. Nyamuk siap boleh terbang-terbang atas kepala. Macam menganjing je gayanya. Jilakos betul! Bangun pagi, masih kena gigit nyamuk kat kaki.

Takpe, malam seterusnya experiment diteruskan. Aku buat 4 ketul letak kat 4 penjuru katil. Walaweiiiii lenanya tidur tak kena gigit nyamuk. Hasil experiment adalah memberangsangkan.


Tips cara petua menghalau nyamuk secara berkesan bebas denggi

Terdapat banyak lagi tips, cara dan petua menghalau nyamuk, diantaranya ialah :

1. Pasang lampu mentol kuning di bilik atau kawasan yang tersorok. Seeloknya, mula memasang lampu apabila lewat petang dan malam. Lampu berwarna kuning dan jingga mampu menghalau nyamuk daripada menghampiri kawasan sekitarnya. Lampu berkenaan tidak akan menarik serangga lain yang sukakan kawasan gelap dan tersorok.

2. Guna minyak cap kapak. Guna cebisan kain yang dikoyak panjang dalam 1 kaki atau kurang. Titiskan minyak kayu putih atau minyak cap kapak ( sebab ada eucalyptus ) pada kain tersebut. Gantungkan di ruang atau bilik yang tak mahu nyamuk datang. Bila nak tidur, letak lagi minyak cap kapak tadi agar kesegaran baunya berpanjangan.

3. Untuk perlindungan badan. Bahan-bahan adalah Minyak Serai Wangi ( Lemongrass ), Minyak Eucaplyptus ( Kayu Putih ) dan Minyak Peppermint ( Pudina ). Titiskan minyak ini dalam 5 atau 6 titis setiap satu jenis ke dalam air suam setekoh dan goncang. Sapukan ke bahagian badan yang tak mau digigit nyamuk.

4. Bersihkan halaman rumah dari daun-daun, dahan-dahan jatuh dan pendekkan rumput serta rimbunan. Sila ketahui, nyamuk betina setelah bersenyawa dengan jantannya, akan cari tempat relax semalaman di celah rumput panjang atau bawah daun jatuh. Esoknya barulah ia menyerang manusia untuk dapatkan darah agar boleh bertelur dalam air. Nyamuk betina memang jahat.

pokok serai wangi menghalau nyamuk
Pokok serai wangi

5. Kalau kawasan tu ada burung layang-layang atau kelawar, populasi nyamuk akan berkurangan. Kedua-dua haiwan ini suka makan nyamuk. Tapi tak payahlah kita bela mereka ini kerana banyak najis. Sebagai ganti, kita tanam saja serai wangi di tempat strategik atau pokok nyamuk ( bau macam serai wangi dan dijual di nurseri ).

Itu sahaja tips cara dan petua menghalau nyamuk yang sempat saya kongsikan pada kali ini. Semoga berjumpa lagi dilain entri.

No comments:

Post a Comment