Permohonan Dan Kemaskini BR1M 2016 Secara Online

bantuan rakyat 1 malaysia br1m

Permohonan baharu Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2016 / BR1M 5.0 dan kemaskini maklumat BR1M bagi penerima sedia ada boleh dibuat bermula 5 Disember 2015 sehingga 31 Disember 2015.

Penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar sekali lagi, sebaliknya hanya perlu mengemaskini maklumat berkaitan yang berubah, seperti alamat terkini, maklumat akaun bank (akaun simpanan atas nama pemohon sahaja), maklumat ahli isi rumah, maklumat waris dsb.

Cara Memohon Dan Kemaskini BR1M

Memohon dan kemaskini BR1M secara online

Proses permohonan baharu BR1M dan pengemaskinian maklumat BR1M boleh dibuat dengan mengisi borang BRIM secara atas talian melalui portal rasmi eBR1M Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) iaitu di pautan:

https://ebr1m.hasil.gov.my

Memohon dan kemaskini BR1M secara offline


Permohonan baharu dan pengemaskinian BR1M juga boleh dibuat secara manual dengan menggunakan Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2016 (borang BK-01 [1/2016]) yang boleh dimuat turun di sini.

Borang BR1M yang siap diisi boleh dikembalikan ke mana-mana cawangan LHDNM atau Pusat Khidmat Hasil LHDNM atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM atau pejabat daerah. Untuk sebarang pertanyaan mengenai permohonan dan kemaskini BRIM, sila hubungi:

Nombor hotline Kementerian Kewangan Malaysia 03-88824565 atau 03-88824566
Nombor bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2716
Email kepada br1m@treasury.gov.my
Semoga maklumat ini berguna untuk semua.



Permohonan baharu Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2016 / BR1M 5.0


Sumber:http://www.malaysiatercinta.com/2014/11/permohonan-dan-kemaskini-br1m-40-2015.html

4 comments:

  1. Sahabat yg sama tarikh kemaskini dpt dh...tp sya xdpt lg...buat semakan dlm proses

    ReplyDelete
  2. Sahabat yg sama tarikh kemaskini dpt dh...tp sya xdpt lg...buat semakan dlm proses

    ReplyDelete
  3. Saya pun belum dapat suami check tk masuk lagi

    ReplyDelete
  4. Hallo sahabat poker & domino Indonesia, Kami dari S1288POKER ingin mengajak para sahabat untuk bermain bersama di website kami, kami merupakan agen poker dan agen domino online Indonesia yang telah lama melayani member setia kami, website kami menjamin keamanan deposit member dan data member kami tentunya, jadi tunggu apa lagi? segera gabung bersama kami. (PIN BBM : 7AC8D76B)

    ReplyDelete