Peringkat Ke 3 BR1M Dibayar Pada 15 Jun 2016 (Rabu)
BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA MULAI 15 JUN 2016 (RABU) - Peringkat 3
1. Melalui pengumuman Bajet 2016, Kerajaan telah memutuskan pemberian BR1M pada tahun ini diagihkan kepada 4 peringkat. Bayaran peringkat pertama telah diagihkan pada 28 Januari 2016 dan peringkat kedua pada 28 April 2016.
2. Sempena menyambut ketibaan Hari Raya Aidilfitri yang dijangka jatuh pada 6 Julai 2016, Kerajaan bersetuju agar pembayaran peringkat ketiga BR1M 2016 diawalkan mulai 15 Jun 2016 (Rabu) Kerajaan berharap dengan pemberian BR1M ini dapat membantu rakyat membeli barangan keperluan dan persiapan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti.
3. Pembayaran BR1M akan dikreditkan terus ke akaun penerima masingmasing. Bagi mereka yang tiada nombor akaun, surat kelulusan akan diposkan terus ke alamat penerima dan seterusnya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional yang berhampiran.
4. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 serta email kepada: br1m@treasury.gov.my
Kementerian Kewangan Malaysia
10 Jun 2016
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Xde pn lg smpi skang??!!
ReplyDeleteXde pn lg smpi skang??!!
ReplyDeleteNipu je..dh cek ape pun tarak
ReplyDelete