Pada entri kali ini saya akan mengupas berapakah panjang dan lebar jarak rizab jalan JKR samada jalan negeri mahu pun jalan persekutuan. Panjang keseluruhan jalan raya yang ada di Malaysia adalah dalam lingkungan 100,000 km. Secara amnya jaringan jalan mestilah mempunyai jarak rizab jalan yang tersendiri.
Diantara kategori jalan yang ada sehingga kini adalah lebuhraya, jalan persekutuan, jalan negeri, jalan kampung, jalan pertanian dan jalan pelancongan. Kesemua kategori jalan ini mempunyai rizab jalan yang berbeza-beza dari segi kelebaran jalan. Untuk episod kali ini saya akan mengupas berkaitan rizab jalan untuk jalan persekutuan dan jalan negeri sahaja.
Ini kerana kedua-dua jenis jalan ini paling banyak digunakan oleh pengguna jalanraya samada dari sudut perhubungan, ekonomi atau pun bagi tujuan pemajuan kawasan setempat. Pemajuan ini merujuk kepada pembinaan rumah kediaman, rumah kedai, stesen minyak, pejabat kerajaan, pasaraya dan sebagainya. Pemilik atau jabatan yang bertanggungjawab bagi jalan persekutuan dan jalan negeri adalah Jabatan Kerja Raya, JKR. Sebarang bentuk pembangunan yang ingin dilakukan di dalam kawasan rizab jalan mestilah terlebih dahulu mendapat kebenaran JKR.
Ok guys berikut adalah jarak rizab jalan untuk jalan persekutuan.
Manakala jarak rizab jalan bagi jalan negeri pula adalah seperti berikut.
Semoga dengan artikel berapakah panjang atau jarak rizab jalan JKR dapat memberi gambaran dan pemahaman yang jelas buat anda. Bagi sebarang bentuk pembinaan atau pemajuan setiap organisasi mestilah terlebih membuat submission kepada Pihak Berkuasa Tempatan (Majlis Daerah atau Majlis Perbandaran). Pihak PBT akan memproses permohonan tersebut dengan memasukkan ke dalam sistem osc online bagi ulasan jabatan berkaitan dan seterusnya akan mengadakan mesyuarat One Stop Centre (OSC) untuk kelulusan pemajuan.
Didalam ulasan mesyuarat OSC tersebut panjang atau jarak rizab jalan JKR, pihak JKR akan meneliti melalui pelan tapak dikemukakan. Sekiranya kawasan pemajuan tersebut cukup dari segi rizab jalan, jalan khidmat dan anjakan bangunan maka pemajuan untuk kawasan tersebut adalah dibenarkan.
Setakat ini dahulu artikel berapakah panjang atau jarak rizab jalan JKR pada kali ini. Semoga tulisan ini bermanfaat buat anda semua dan jumpa lagi pada entri akan datang. Sekian, assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment