Showing posts with label tips temuduga. Show all posts
Showing posts with label tips temuduga. Show all posts

Cara Untuk Berjaya Dan Lulus Temuduga

cara untuk berjaya dan lulus temuduga

Alhamdullillah guys pada hari ini saya akan mengupas cara untuk berjaya dan lulus temuduga dengan cemerlang supaya anda semua dapat menggapai impian yang diinginkan. Tips dan panduan untuk berjaya dalam temuduga atau interview session bak kata omputih ini disusun dengan rapi sekali. Semoga anda berada dikalangan orang yang sukses hendaknya.

Terdapat dua sektor pekerjaan utama iaitu bidang kerajaan dan swasta. Bagi sektor kerajaan pengambilan pekerja dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) atau Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri bagi kakitangan negeri di seluruh negara. Bagi sektor swasta pula pengambilan pekerja atau staf untuk mengisi kekosongan jawatan dibuat oleh syarikat masing-masing.

Platform yang digunapakai bagi permohonan pekerjaan sekarang ini adalah melalui website, email, whatsapp, telegram atau pun media sosial. Calon untuk temuduga juga biasanya dipanggil melalui medium online sahaja. Lebih canggih lagi temuduga atau interview calon dijalankan melalui video call sahaja.

Oklah tanpa membuang masa lagi mari kupas cara untuk berjaya dan lulus temuduga / interview dengan jayanya. Caranya adalah seperti berikut :

1) Sedia dan lengkapkan resume anda mengikut format terkini
2) Beli folder dan masukkan resume
3) Masukkan semua sijil akademik dan pencapaian mengikut keutamaan
4) Buat pendaftaran dalam web SPA jika ingin memohon pekerjaan sektor awam
5) Bagi sektor swasta mulakan pencarian kerja secara online mahupun offline
6) Setelah mendapat panggilan temuduga lapangkan masa anda untuk hari tersebut
7) Sediakan pakaian yang sesuai bagi persediaan interview
8) Bagi lelaki sediakan kasut hitam, stokin hitam, seluar berwarna gelap dan mesti sama warna dengan kot/blazer, baju lengan panjang putih, tali leher merah, tanda nama, rambut pendek dan kemas, positif dan perwatakan ceria
9) Sebenarnya pakaian untuk temuduga adalah subjektif kerana bergantung kepada jenis pekerjaan yang anda mohon
10) Bagi wanita pula sediakan baju kurung, kasut berwarna gelap, blazer, pakaian kemas, positif dan perwatakan ceria. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi anda boleh google sendiri tips memilih pakaian formal untuk interview bagi wanita
11) Setelah dipanggil temuduga anda perlu banyak membaca dan mengkaji maklumat berkaitan syarikat/jabatan tersebut
12) Mantapkan pengetahuan dalam bidang pengajian semasa di kolej atau universiti
13) Semak semula pengalaman yang telah anda tempuh sebelum ini. Soalan temuduga banyak akan berkisar tentang pengalaman anda dan panel interview mahu melihat sejauh mana anda boleh menyelesaikan masalah
14) Tiba awal di tempat temuduga sekurang-kurangnya 10 - 15 minit lebih awal. Anda perlu kenal pasti laluan ke lokasi temuduga agar anda tiba tepat pada waktunya
15) Masuk bilik temuduga dengan penuh adab dan tatacara yang betul. Anda boleh cari maklumat ini di youtube atau pun google
16) Jawab soalan dengan penuh yakin berdasarkan knowledge dan experience anda sahaja
17) Jangan cuba untuk menipu atau twist soalan panel penemuduga kerana mereka lebih bijak daripada anda
18) Jawab apa yang ditanya sahaja melainkan panel temuduga meminta anda bertanya soalan kepada mereka
19) Banyak soalan yang popular yang sering tanya semasa temuduga. Anda boleh cari sendiri kat internet seperti mana anda menjumpai artikel ini, gunakan sedikit kreativiti yang dianugerahkan oleh Allah SWT
20) Jangan menghafal soalan, just fahamkan konteks soalan sahaja. Bila hafal kita akan lupa. Bila anda faham, kita akan boleh keluarkan semula dari otak. Tahu kan?
21) Setelah tamat temuduga ucapkan terima kasih kepada panel temuduga. Minta izin untuk ambil semula folder yang mengandungi sijil-sijil pencapaian anda

Semoga tips interview ini dapat membantu anda dalam membuat persediaan untuk menghadapi temuduga yang penuh dengan persaingan dan cabaran. Zaman ini merupakan era dimana ramai orang mempunyai kelayakan yang setaraf antara satu sama lain. Yang membezakan antara berjaya dan tidak berjaya dalam interview adalah kemahiran (soft skill and hard skill). Kemahiran akan datang melalui pengalaman. Semakin banyak pengalaman, semakin tinggi nilai sesuatu skill anda.

Kadang-kadang soalan yang ditanya oleh panel interview ni senang je. Apakah hobi anda? Kenapa anda sangat minat melakukan hobi tersebut? Bilakah waktu kita melakukan hobi tersebut? Sebenarnya mereka nak tengok cara kita menjawab soalan tersebut dan cara kita berfikir. Kalau bernasib baik hobi anda akan sama dengan hobi penemuduga tersebut, maka anda akan sama-sama berhuhu dengan interviewer tersebut haha..

Tahniah buat anda kerana hampir menamatkan pembacaan artikel cara untuk berjaya dan lulus temuduga ini. Jika sekiranya diakhir sesi temuduga panel memberikan peluang untuk anda bertanyakan soalan, saya sarankan anda bertanya apa yang mereka harapkan selepas ini daripada calon yang datang interview. Berkemungkinan mereka akan meminta anda menulis e-mel susulan selepas tamat temuduga atau boleh jadi mereka ingin meminta anda menghantar tugasan untuk membuat penilaian terhadap diri anda dan seterusnya melayakkan anda menjawat jawatan tersebut.

Saya rasa setakat ini dahulu kupasan cara untuk berjaya dan lulus temuduga pada kali ini dan semoga berjumpa lagi untuk entri akan datang. Sekiranya entri tips dan panduan temuduga ini bermanfaat silakan share link blog ini buat tatapan rakan-rakan seperjuangan.. Terima kasih.
Baca Selanjutnya...

Contoh soalan ditanya semasa temuduga

Contoh soalan ditanya semasa temuduga

Pada entri kali ini saya akan bongkarkan contoh soalan ditanya semasa temuduga sama ada dalam sektor awam mahupun swasta. Nak tak nak anda kena jawab soalan yang ditanya jangan diam sahaja. Kalau anda diam bermakna anda tidak tahu berkaitan perkara tersebut.

1. Cerita sedikit tentang diri anda.
2. Bagaimanakah saya membayangkan diri anda 5 tahun daripada sekarang?
3. Mengapakah anda memilih kerjaya yang sedang anda kejar sekarang?
4. Apakah  perkara yang dapat memotivasikan anda?
5. Apakah kelayakan yang anda miliki yang boleh menolong dalam kerjaya pilihan anda?
6. Bagaimanakah anda menentukan/menilai kejayaan?
7. Apakah sumbangan yang anda dapat berikan kepada pihak kami?
8. Apakah kelemahan-kelemahan anda?
9. Adakah gred-gred yang anda capai semasa belajar menggambarkan kebolehan anda sebenar?
10. Mengapakah patut kami memilih anda?
11. Ceritakan satu pengalaman yang paling berguna kepada anda.
12. Bagaimanakah anda apabila bekerja dalam keadaan yang tertekan? (work under pressure)
13. Apakah kesulitan yang pernah anda hadapi dan bagaimana anda dapat mengatasinya.
14. Apakah yang anda telah pelajari daripada kesilapan-kesilapan pada masa-masa lalu?
15. Apakah objektif kerjaya jangka panjang anda?
16. Bagaimanakah anda merancang untuk mencapai matlamat kerjaya anda?
17. Apakah kualiti yang perlu ada pada seseorang yang berjaya?
18. Apakah subjek yang anda paling minat dan paling tidak minat sekali? Mengapa?
19. Apakah perubahan-perubahan yang anda akan lakukan semasa berada di kolej atau universiti? Mengapa?
20. Apakah yang anda telah pelajari daripada penyertaan anda dalam aktiviti kokurikulum?
21. Adakah anda mempunyai keutamaan tempat/lokasi anda bekerja? Mengapa?
22. Apakah ganjaran terpenting yang anda jangkakan dalam kerjaya anda?
23. Bincangkan sedikit tentang isu semasa yang berkait dengan kerjaya pilihan anda.

Nah 23 soalan kesemuanya contoh soalan ditanya semasa temuduga saya berharap agar anda bersedia untuk menghadapinya. Pastikan anda membiasakan diri anda untuk menjawab soalan-soalan sebegini secara spontan sekiranya ditanya oleh panel penemuduga.


Source and citation:http://temuduga.blogspot.com/2012/08/contoh-contoh-soalan-temuduga.html


Contoh soalan ditanya semasa temuduga
Baca Selanjutnya...