Risiko dan bahaya penyakit kencing manis

Risiko dan bahaya penyakit kencing manis

Risiko dan bahaya penyakit kencing manis. Kencing manis atau diabetes melitus ialah sejenis penyakit di mana badan mengeluarkan terlalu sedikit insulin atau insulin yang dikeluarkan tidak berkesan. Ini akan mengakibatkan paras gula dalam darah melebihi paras normal. Insulin pula adalah sejenis hormon yang dihasilkan dalam badan untuk mengekalkan paras normal gula. Akibat dari hormon insulin yang tidak mencukupi atau tidak berkesan maka gula tidak dapat memasuki dalam sel-sel badan dan seterusnya mengakibatkan paras gula darah yang tinggi.

Diantara risiko dan bahaya penyakit kencing manis adalah seperti berikut:

1. Kegemukan atau obesiti
2. Kurang aktiviti kecergasan fizikal atau senaman
3. Sejarah keluarga yang menghidap kencing manis
4. Umur melebihi 35 tahun
5. Merokok
6. Hipertensi atau darah tinggi
7. Kehamilan
8. Selalu mengamalkan ubat-ubatan kimia
9. Pemakanan
      i) Pengambilan lemak berlebihan dalam makanan
     ii) Pengambilan serat yang tidak mencukupi
    iii) Kurang zat makanan di peringkat awal umur
    iv) Kelahiran tidak cukup berat

Tindakan mengawal paras glukosa dalam darah di samping diet dan senaman boleh mengurangkan risiko komplikasi kencing manis. Sebaik-baiknya, kandungan karbohidrat dalam pemakanan perlu diawasi. Setakat ini sahaja artikel berkaitan risiko dan bahaya penyakit kencing manis. Sehingga berjumpa lagi :)


Source and citation:
http://www.kliniksalam.5u.com/nota/diabetesII.html

No comments:

Post a Comment