Terkini : Bantuan Sara Hidup Fasa 3 Dibayar Pada 28 Ogos 2019


Pembayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 fasa ketiga akan dilaksanakan mulai 28 Ogos 2019 ini. Peruntukan sebanyak RM 1.23 bilion diperlukan bagi dibayar kepada rakyat Malaysia yang layak berdasarkan data yang terkini.
Alhamdulillah diucapkan kepada Allah SWT atas rezeki yang diberikan ini. Bagi fasa ketiga, pendapatan isi rumah bawah RM2,000 akan menerima BSH berjumlah RM400, pendapatan isi rumah RM2,001 hingga RM3,000 (RM300), manakala pendapatan isi rumah RM3,001 hingga RM4,000 akan menerima RM100.

Bagi memastikan program BSH 2019 disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak, tempoh permohonan rayuan dibuka mulai 1 Julai hingga 15 Ogos ini dan pembayaran bagi mereka yang diluluskan rayuannya dijangka akan dibuat pada September depan.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2747 serta e-mel kepada bsh@treasury.gov.my.
Seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2019, kerajaan meneruskan program BSH demi kesejahteraan ekonomi rakyat, dengan membantu golongan berpendapatan rendah (B40) bagi meringankan kos sara hidup.

2 comments: