Showing posts with label bsh 2019. Show all posts
Showing posts with label bsh 2019. Show all posts
Rayuan BSH Dibayar Pada Isnin 30 September 2019
Dianggarkan 220000 senarai penerima Bantuan Sara Hidup, BSH akan menerima bayaran mereka pada hari Isnin 30 September 2019. Jumlah kewangan yang diperuntukkan adalah sebanyak RM120 juta yang akan dikreditkan kedalam akaun penerima.
Maklumat rayuan BSH tahun 2019 telah pun diproses bagi tujuan ini. Menurut sumber kementerian kewangan jumlah keseluruhan duit BSH dianggarkan sebanyak 4.2 billion untuk tahun 2019. Kerajaan berhasrat untuk meneruskan bantuan ini demi kesejahteraan ekonomi rakyat Malaysia khususnya untuk golongan B40 iaitu golongan yang berpendapatan rendah bagi meringankan kos sara hidup.
Sehubungan itu jika sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut anda boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2747 (waktu pejabat) atau menghantar email kepada bsh@treasury.gov.my (24 jam).
Semoga Bantuan Sara Hidup (BSH) dapat dinikmati oleh rakyat dengan baik dan bersyukur kepada Allah SWT setiap masa. Jika kita bersyukur Allah SWT akan menambahkan lagi nikmat kepada kita. Sekian. Baca Selanjutnya...
Terkini : Bantuan Sara Hidup Fasa 3 Dibayar Pada 28 Ogos 2019
Pembayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 fasa ketiga akan dilaksanakan mulai 28 Ogos 2019 ini. Peruntukan sebanyak RM 1.23 bilion diperlukan bagi dibayar kepada rakyat Malaysia yang layak berdasarkan data yang terkini.
Alhamdulillah diucapkan kepada Allah SWT atas rezeki yang diberikan ini. Bagi fasa ketiga, pendapatan isi rumah bawah RM2,000 akan menerima BSH berjumlah RM400, pendapatan isi rumah RM2,001 hingga RM3,000 (RM300), manakala pendapatan isi rumah RM3,001 hingga RM4,000 akan menerima RM100.
Bagi memastikan program BSH 2019 disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak, tempoh permohonan rayuan dibuka mulai 1 Julai hingga 15 Ogos ini dan pembayaran bagi mereka yang diluluskan rayuannya dijangka akan dibuat pada September depan.
Baca Selanjutnya...
Bagi memastikan program BSH 2019 disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak, tempoh permohonan rayuan dibuka mulai 1 Julai hingga 15 Ogos ini dan pembayaran bagi mereka yang diluluskan rayuannya dijangka akan dibuat pada September depan.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2747 serta e-mel kepada bsh@treasury.gov.my.
Seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2019, kerajaan meneruskan program BSH demi kesejahteraan ekonomi rakyat, dengan membantu golongan berpendapatan rendah (B40) bagi meringankan kos sara hidup.
Subscribe to:
Posts (Atom)

