Fakta Tentang Emas Yang Anda Perlu Tahu!
Korang sedar tak?
Fakta 1
-----------
Zaman nabi dulu 1 dinar emas boleh beli seekor kambing.
Hari ini 1 dinar emas pun boleh beli seekor kambing.
Fakta 2
-----------
Hari ini seekor kambing hidup berharga antara RM700 ~ RM900. Agak-agak 10 tahun akan datang berapa harga seekor kambing?
Lojik tak saya kata harganya ketika itu adalah RM1200 seekor?
Fakta 3
-----------
Jadi maksudnya makin lama harga emas akan meningkat, meningkat dan meningkat. Tapi nilai dinarnya tetap kukuh dan tidak berubah.
10, 100 mahupun 1000 tahun akan datang 1 Dinar emas tetap boleh beli seekor kambing.
Fakta 4
-----------
Hari ini 1gm emas harganya lebih kurang RM180. 10 tahun dahulu harganya RM105/gram. Agaknya 10 tahun akan datang berapa harganya agaknya? Ada ramalan mengatakan 10 tahun datang nilai emas akan naik 2 kali ganda.
Maksudnya 10 tahun akan datang 1 gm emas akan bernilai lebih RM360.
Fakta 5
-----------
Katakan sekarang aku ada wang sebanyak RM1800 dan beli emas 10gm. Aku simpan dan 10 tahun akan datang ianya bernilai RM3600.
Fakta 6
-----------
Kalau awak tak simpan emas sekarang awak memang rugi. Sekarang awak tak terasa ruginya. Tunggulah 10 tahun akan datang rasa menyesal awak akan timbul.
Fakta 7
-----------
Siapa saja boleh simpan emas sekarang. Tak perlu modal besar. Patuh syariah. Lebih untung dari ASB! Jadi melaburlah dalam emas dan jika pelaburan dah banyak jangan lupa untuk bayar zakat ya.. Baca Selanjutnya...
Kenapa kita selalu kena tipu penipu online
Hari2 duk dgr kes keno tipu jual beli telepon online. Saloh sapo? Mestilah saloh pembeli hok vodo sbb teruja dgn hargo muroh yg ditawarkan. Modus operandi penipu online, dio akan offer harga barang lebih muroh drpd harga pasaran, pahtu tunggu hok vodo mari make umpan.
Nok beli online takdok masaloh. Pastikan cek molek. Cek testimony previous customers. Pastikan seller pakai akaun ori. Cubo baco komen2 di post2 dio (utk detect akaun dio ori atau tidak).
Sekian info dari pengepost tegar...
Baca Selanjutnya...
Bantuan Sara Hidup Fasa Pertama Dibayar 28 Januari 2019
BSH Akan Diagih Selepas Tahun Baru Cina
BSH diagih selepas Tahun Baharu Cina
KUALA LUMPUR: Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada golongan isi rumah berpendapatan rendah akan mula diagihkan selepas sambutan Tahun Baharu Cina tahun depan.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata kerajaan sedang mengumpul data bagi penerima yang layak.
“Kita mempunyai pendekatan baharu, maka ia memerlukan masa untuk dilaksanakan.
“Seperti mana diumumkan ketika pembentangan Belanjawan 2019, kita mempunyai kaedah baharu melaksanakan pengagihan BSH.
“Ia akan dibuat selepas sambutan Tahun Baharu Cina dan ia akan dibayar,” katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen, hari ini.
Ketika pentadbiran terdahulu, BSH dikenali sebagai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
Menerusi BSH, setiap isi rumah berpendapatan kurang RM2,000 akan menerimaRM1,000.
Bantuan tambahan juga akan diperkenalkan iaitu golongan B40 yang mempunyai anak bawah usia 18 tahun akan menerima RM120, bagaimanapun terhad kepada empat orang anak.
Revolusi mata wang Bitcoin sudah bermula
Revolusi mata wang Bitcoin sudah bermula dan mula diterima oleh kebanyakan negara di dunia. Ia merupakan mata wang digital yang membolehkan kita berurusniaga dengan sesiapa sahaja yang accept Bitcoin.
2. Emas & Perak
3. Wang Fiat (Duit Kertas)
4. Duit Plastik (Debit & Kredit Kad)
5. Transaksi Online (Paypal, MB2u, CimbClicks)
6. CryptoCurrency (Bitcoin, Ethereum etc)
Note:
Untuk menyertai mining bitcoin secara sah, anda boleh klik kat sini http://steprofit.com/bitcoin
Kemaskini BR1M 2018 Bermula 27 November 2017
1. Sukacita dimaklumkan, permohonan dan kemaskini maklumat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tahun 2018 akan dibuka mulai 27 November hingga 31 Disember 2017. Pemohon boleh membuat permohonan/kemaskini melalui kaedah berikut:
Permohonan Secara Manual, Pengisian Borang
Borang BR1M 2018 boleh didapati secara percuma di mana-mana Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM.
Permohonan/ Kemaskini Dalam Talian
Pemohon juga boleh memuat turun borang permohanan di portal rasmi BR1M di https://ebr1m.hasil.gov.my
Permohonan boleh dibuat di Portal Rasmi BR1M, https://ebr1m.hasil.gov.my.
2. Pasangan kepada penerima BR1M 2017 yang meninggal dunia serta pemohon yang gagal/tidak layak dalam permohonan BR1M 2017 perlu membuat permohonan baru bagi BR1M 2018. Bagi penerima BR1M 2017 (sedia ada), pengemaskinian perlu dibuat sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat peribadi atau sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh tiga tahun.
3. Adalah dimaklumkan juga, Kerajaan tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai BR1M melalui aplikasi whatsapp dan media sosial yang lain. Maklumat yang sahih hanya boleh didapati melalui risalah BR1M 2018 yang telah diedarkan kepada semua penerima BR1M dan juga melalui laman sesawang https://ebr1m.hasil.gov.my
4. Kerajaan berharap pembayaran BR1M 2018 dapat membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2716 serta e-mel kepada: br1m@treasury.gov.my
Sumber :
Kementerian Kewangan Malaysia
PUTRAJAYA
Baca Selanjutnya...
Jom Kemaskini BR1M 2017 Online
Cara Memohon Dan Kemaskini BR1M
Memohon dan kemaskini BR1M secara online
Proses permohonan baharu BR1M dan pengemaskinian maklumat BR1Mboleh dibuat dengan mengisi borang BRIM secara atas talian melalui portal rasmi eBR1M Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) iaitu di pautan:Permohonan secara online hanya boleh dibuat menggunakan komputer kerana aplikasi e-BR1M tidak direka bentuk untuk capaian peranti mudah alih.Memohon dan kemaskini BR1M secara offline
Permohonan baharu dan pengemaskinian BR1M juga boleh dibuat secara manual dengan menggunakan Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2017 (borang BK-01 [1/2017]) yang boleh dimuat turun di sini.Borang BR1M yang siap diisi boleh dikembalikan ke mana-mana cawangan LHDNM, Pusat Khidmat Hasil LHDNM, Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM, pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) atau pejabat daerah.
Tarikh Dan Cara Pembayaran BR1M 2017
Semakan keputusan BR1M
- Nombor hotline Kementerian Kewangan Malaysia 03-88824565 atau 03-88824566
- Nombor bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2716
- Email kepada br1m@treasury.gov.my
Peringkat Ke 3 BR1M Dibayar Pada 15 Jun 2016 (Rabu)
BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA MULAI 15 JUN 2016 (RABU) - Peringkat 3
1. Melalui pengumuman Bajet 2016, Kerajaan telah memutuskan pemberian BR1M pada tahun ini diagihkan kepada 4 peringkat. Bayaran peringkat pertama telah diagihkan pada 28 Januari 2016 dan peringkat kedua pada 28 April 2016.
2. Sempena menyambut ketibaan Hari Raya Aidilfitri yang dijangka jatuh pada 6 Julai 2016, Kerajaan bersetuju agar pembayaran peringkat ketiga BR1M 2016 diawalkan mulai 15 Jun 2016 (Rabu) Kerajaan berharap dengan pemberian BR1M ini dapat membantu rakyat membeli barangan keperluan dan persiapan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti.
3. Pembayaran BR1M akan dikreditkan terus ke akaun penerima masingmasing. Bagi mereka yang tiada nombor akaun, surat kelulusan akan diposkan terus ke alamat penerima dan seterusnya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional yang berhampiran.
4. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 serta email kepada: br1m@treasury.gov.my
Kementerian Kewangan Malaysia
10 Jun 2016 Baca Selanjutnya...
Bidang tugas dan skop kerja Jurutera Awam
Syarat untuk menjadi Jurutera Awam anda mestilah memiliki Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Awam) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Jika anda menjawat jawatan Jurutera Awam disektor kerajaan gaji permulaan (basic) adalah sebanyak RM2,360.00. Jika anda bekerja disektor swasta gaji permulaan ditentukan oleh syarikat itu sendiri. Jika syarikat tersebut mempunyai turnover yang tinggi, biasanya dia akan menggaji pekerja dengan bayaran yang tinggi. Contohnya syarikat oil and gas.
Berikut adalah tugas Jurutera Awam dalam sektor kerajaan :
1) Bertanggungjawab membantu Ketua Unit (KPP) dalam pelaksanaan, pelaporan serta pemantauan projek-projek pembangunan kerajaan.
2) Membantu Ketua Unit (KPP) dalam mengurus, menyelaras dan memantau pengurusan projek dan pentadbiran kontrak bagi projek pembangunan kerajaan.
3) Membantu Ketua Unit (KPP) dalam menyemak dan menyelaras penyediaan laporan kemajuan fizikal dan kewangan.
4) Membantu Ketua Unit (KPP) dalam memantau dan mengemaskini Laporan Kemajuan Projek.
5) Membantu Ketua Unit (KPP) dalam menyelaras dan memantau pelaksanaan MS ISO 9001:2008 bagi setiap projek.
6) Menghadiri mesyuarat tapak bagi memastikan perjalanan pelaksanaan dan kemajuan projek mengikut jadual pelaksanaan yang telah ditetapkan.
7) Membantu Ketua Unit (KPP) untuk menyediakan laporan kemajuan dan mengenalpasti masalah terkini untuk rujukan Ketua Jabatan.
8) Menghadiri mesyuarat-mesyuarat Jabatan seperti yang diarahkan oleh Ketua Unit (KPP).
9) Membantu Ketua Unit (KPP) dalam menyelia pegawai-pegawai sokongan yang terdiri daripada pelbagai latar belakang pendidikan, umur dan kemahiran.
Manakala skop dan tugas Jurutera Awam dalam sektor swasta pula adalah :
1) Bertanggungjawab membantu syarikat dalam pelaksanaan, pelaporan serta pemantauan projek-projek kerajaan atau swasta.
2) Membantu syarikat dalam mengurus, menyelaras dan memantau pengurusan projek dan pentadbiran kontrak bagi setiap projek.
3) Membantu syarikat dalam menyemak dan menyelaras penyediaan laporan kemajuan fizikal dan kewangan.
4) Membantu syarikat dalam memantau dan mengemaskini Laporan Kemajuan Projek (CPM).
5) Membantu syarikat dalam menyelaras dan memantau pelaksanaan MS ISO 9001:2008 dan lain-lain ISO bagi setiap projek.
6) Menghadiri mesyuarat tapak bagi memastikan perjalanan pelaksanaan dan kemajuan projek mengikut jadual pelaksanaan yang telah ditetapkan.
7) Membantu syarikat untuk menyediakan laporan kemajuan dan mengenalpasti masalah terkini untuk rujukan bos.
8) Memastikan setiap kerja yang dilakukan oleh setiap sub kontraktor mengikut drawing dan spesifikasi.
9) Memastikan material on site sentiasa mencukupi supaya kerja berjalan dengan lancar.
10) Mengemaskini rekod-rekod seperti site diary, gambar kemajuan, bilangan pekerja, tahap kemajuan semasa dan lain-lain.
Setakat ini dahulu entri kali ini, jika anda mempunyai skop dan tugas selain dari diatas anda boleh tambah diruangan komen dibawah. Ok jumpa lagi! Baca Selanjutnya...
Jawatan Kosong Di Tentera Laut Diraja Malaysia TLDM
Jawatan Kosong Di Tentera Laut Diraja Malaysia TLDM. Kami mempelawa pemohon warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat pelantikan bagi mengisi kekosongan untuk jawatan-jawatan seperti berikut:-
1. Laskar Muda Lelaki
2. Laskar Muda Wanita
[Tarikh Tutup : 28/4/2016]
KLIK SINI UTK LIHAT SYARAT KELAYAKAN & CARA MEMOHON
Jawatan Kosong Di Tentera Laut Diraja Malaysia TLDM Baca Selanjutnya...
BR1M 2016 Dibayar Mulai Esok
PUTRAJAYA - Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2016 akan bermula esok.
Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata pemberian BR1M 2016 bagi kategori isi rumah dan warga emas akan diagihkan sebanyak empat peringkat setahun yang bermula esok 28 Januari, 28 April, 23 Jun dan 28 September.
Bagi penerima di bawah kategori individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas serta berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan akan menerima bantuan RM400 sekaligus mulai esok.
"Ini (pemberian BR1M) bagi memastikan penerima dapat membuat perancangan perbelanjaan dengan lebih baik khususnya dalam membeli barangan keperluan dapur," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam pembentangan Bajet 2016, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan mengumumkan pemberian BR1M 2016 dan penerusan Skim Khairat Kematian (SKK).
Bagi isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah, BR1M ditingkatkan daripada RM950 kepada RM1,000 manakala bagi isi rumah berpendapatan antara RM3,001 hingga RM4,000 ditingkatkan daripada RM750 kepada RM800 pada tahun ini.
Satu kategori baharu diperkenalkan iaitu bagi semua penerima dalam senarai e-Kasih yang berpendapatan bulanan di bawah RM1,000 akan menerima BR1M sebanyak RM1,050.
Ahmad Husni berkata pembayaran BR1M akan dikreditkan terus ke akaun penerima masing-masing.
Bagi mereka yang tidak mengemukakan maklumat akaun bank, baucar BR1M akan diedarkan kepada penerima dan boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja, katanya.
Bagi SKK, beliau berkata bantuan sebanyak RM1,000 akan diberi kepada waris penerima BR1M di bawah kategori isi rumah dan warga emas.
Ahmad Husni berkata tuntutan SKK boleh dibuat di mana-mana cawangan BSN dengan mengemukakan dokumen kematian yang sah dan kad pengenalan asal waris dan hanya waris yang dinamakan di dalam borang sahaja yang layak untuk menuntut SKK.
Bagi penerima yang belum mengemaskini maklumat waris, pengemaskinian boleh dibuat di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berhampiran, katanya.
Sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 serta email kepada: br1m@treasury.gov.my - Bernama
Baca Selanjutnya...
Jawatan Kosong Di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)
Jawatan Kosong Di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan MAIK. Kami mempelawa pemohon warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat pelantikan bagi mengisi kekosongan untuk jawatan-jawatan seperti berikut:-
1. Imam Tua
2. Imam Muda
[Tarikh Tutup : 14/2/2016]
KLIK SINI UTK LIHAT SYARAT KELAYAKAN & CARA MEMOHON
Jawatan Kosong Di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan MAIK Baca Selanjutnya...
Jawatan Kosong Di Jabatan Agama Islam Selangor JAIS
Jawatan Kosong Di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Kami mempelawa pemohon warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat pelantikan bagi mengisi kekosongan untuk jawatan-jawatan seperti berikut:-
1. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
2. Penolong Pegawai Teknologi Makanan
3. Penolong Jurutera
4. Penolong Juruukur Bahan
5. Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam (PPMD)
6. Juruteknik Komputer
7. Pembantu Makmal
8. Penyelia Asrama
9. Pembantu Hal Ehwal Islam
10. Pembantu Tadbir (Kewangan)
11. Pemandu Kenderaan
12. Pembantu Awam
13. Pembantu Operasi
[Tarikh Tutup : 21/1/2016]
MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN & CARA MEMOHON
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN
Jawatan Kosong Di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Baca Selanjutnya...
Jawatan Kosong Di Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM)
Jawatan Kosong Di Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM). Kami mempelawa pemohon warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat pelantikan bagi mengisi kekosongan untuk jawatan-jawatan seperti berikut:-
1. Pegawai Tadbir
2. Penolong Jurutera Awam
3. Penolong Jurutera (Elektrik)
4. Penolong Pegawai Kesihatan
5. Penolong Akauntan
6. Penolong Pegawai Penilaian
7. Penolong Pegawai Pertanian
8. Penolong Arkitek Landskap
[Tarikh Tutup : 8/1/2016]
KLIK SINI UTK LIHAT SYARAT KELAYAKAN & CARA MEMOHON
Jawatan Kosong Di Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) Baca Selanjutnya...
Permohonan Dan Kemaskini BR1M 2016 Secara Online
Permohonan baharu Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2016 / BR1M 5.0 dan kemaskini maklumat BR1M bagi penerima sedia ada boleh dibuat bermula 5 Disember 2015 sehingga 31 Disember 2015.
Penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar sekali lagi, sebaliknya hanya perlu mengemaskini maklumat berkaitan yang berubah, seperti alamat terkini, maklumat akaun bank (akaun simpanan atas nama pemohon sahaja), maklumat ahli isi rumah, maklumat waris dsb.
Cara Memohon Dan Kemaskini BR1M
Memohon dan kemaskini BR1M secara online
Proses permohonan baharu BR1M dan pengemaskinian maklumat BR1M boleh dibuat dengan mengisi borang BRIM secara atas talian melalui portal rasmi eBR1M Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) iaitu di pautan:
https://ebr1m.hasil.gov.my
Memohon dan kemaskini BR1M secara offline
Permohonan baharu dan pengemaskinian BR1M juga boleh dibuat secara manual dengan menggunakan Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2016 (borang BK-01 [1/2016]) yang boleh dimuat turun di sini.
Borang BR1M yang siap diisi boleh dikembalikan ke mana-mana cawangan LHDNM atau Pusat Khidmat Hasil LHDNM atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM atau pejabat daerah. Untuk sebarang pertanyaan mengenai permohonan dan kemaskini BRIM, sila hubungi:
Nombor hotline Kementerian Kewangan Malaysia 03-88824565 atau 03-88824566
Nombor bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2716
Email kepada br1m@treasury.gov.my
Semoga maklumat ini berguna untuk semua.
Permohonan baharu Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2016 / BR1M 5.0
Sumber:http://www.malaysiatercinta.com/2014/11/permohonan-dan-kemaskini-br1m-40-2015.html Baca Selanjutnya...













