Bidang Tugas Jurukur Bahan Dan Skop Kerjanya

bidang tugas jurukur bahan dan skop kerjanya

Siapakah qs? Siapakah jurukur bahan? Jawapannya adalah orang sama haha. Jurukur bahan adalah seorang yang membuat perkiraan kos bagi sesuatu projek (BQ), menyusun dokumen kontrak, spesifikasi, drawing dan need of statement. Ia terlibat daripada peringkat perancangan projek sehingga tamat kontrak termasuklah CMGD.

Ok pada hari ini saya akan mengupas bidang tugas jurukur bahan dan skop kerjanya. QS adalah salah satu kerjaya bidang profesional. Ia sama taraf dengan bidang profesional yang lain seperti arkitek, jurutera, peguam dan doktor walaupun terdapat sedikit perbezaan dari segi tangga gaji.

Gaji maksimum bagi seorang jurukur bahan adalah RM9643.00 bagi sektor awam manakala bagi sektor swasta gajinya boleh mencecah RM10,000 atau lebih bergantung kepada keupayaan firma untuk membayar gaji tersebut. Lumayan jugak kan?

So tanpa membuang masa jom kita kupas bidang tugas jurukur bahan dan skop kerjanya. Berikut adalah job scope :

1) Buat taking off quantities iaitu kira kuantiti dan kos bagi keseluruhan projek bagi kerja-kerja arkitek, struktur dan M&E
2) Prepare bills of quantities (BQ) berdasarkan kiraan diatas
3) QS juga perlu faham dalam membaca drawing yang dibuat oleh jurutera dan arkitek
4) Prepare dokumen tender bagi projek-projek yang akan ditender dalam masa terdekat
5) Sediakan dokumen kontrak setelah projek diberikan kepada kontraktor yang menang tender
6) QS juga beperanan turun ke site untuk membuat penilaian interim bagi satu-satu projek
7) Menyediakan dokumen variation order (VO) jika perlu untuk dimesyuaratkan oleh jawatankuasa VO
8) Menyediakan dokumen arahan perubahan kerja (APK) dan perubahan harga kontrak (PHK) mengikut keperluan
9) Menyediakan dokumen final account setelah projek tamat
10) Menyediakan dokumen CMGD untuk tandatangan SO setelah tempoh DLP tamat
11) Dan lain-lain tugas berkaitan yang diarahkan oleh pihak pengurusan atasan

Quantity Surveyor, QS ini adalah orang yang bertanggungjawab dalam menjaga pengurusan kewangan dalam setiap peringkat projek pembinaan. Dalam kerajaan ia juga dikenali sebagai pegawai kontrak dan ukurbahan. QS mempunyai institusi profesionalnya sendiri yang mana setiap QS boleh mengambil exam untuk mendapatkan title Sr.

QS juga berperanan dalam memberi nasihat berkaitan tender seperti tender terbuka, tender secara pemilihan, perundingan dan lain-lain. Saya rasa setakat ini dahulu kupasan bidang tugas jurukur bahan dan skop kerjanya dan semoga tulisan ini memberi manfaat buat anda. Terima kasih kerana sudi membaca.

2 comments:

  1. Anonymous02 May, 2023

    alhamdulillah tq harap dpt membantu sy iv satg nih..doakan sy berjaya

    ReplyDelete
  2. dulu saya pernah jadi QS....tapi x minat sebab kerja dengan firma yang bermasalah.....x sampai setahun keje QS saya membawa diri tukar bidang...sesiapa yang minat QS ni amat penting untuk mencari company yang betul2 memberi kamu kepuasan dan kerja....kalau tak masuk meeting asyik kena bambu oleh kontraktor yang nak claims lebih dari progress payment

    ReplyDelete