Peranan Dan Bidang Tugas Cikgu Atau Guru


peranan dan bidang tugas cikgu atau guru

Pada entri kali ini saya akan mengupas pula peranan dan bidang tugas cikgu atau guru dan skop kerja yang berkaitan dengannya. Tujuan artikel ini ditulis adalah untuk memberi gambaran kepada anda yang bercita-cita nak jadi warga pendidik suatu hari nanti.

Guru atau bahasa mudahnya adalah cikgu adalah satu profesion yang amat mulia disisi masyarakat dan yang lebih penting disisi Allah SWT. Ganjaran pahala teramatlah besar buat guru kerana mereka menyampaikan ilmu yang bermanfaat kepada para pelajar untuk masa depan mereka baik duniawi atau ukhrawi. Guru juga turut dibayar gaji. Bagi lepasan diploma gaji guru adalah RM1,698.00 sehingga RM5,717.00 manakala bagi lepasan ijazah adalah RM2,188.00 sehingga RM9,552.00. Lumayan juga kan?

Pada umumnya sesiapa sahaja yang mengajarkan sesuatu ilmu adalah layak dipanggil cikgu. Penyebaran ilmu tidak terhad di sekolah sahaja. Ia juga boleh berlaku di pejabat, rumah, padang bola, bilik kuliah, kedai makan, masjid, tepi pantai atau di dalam hutan sekali pun kerana tugas belajar dan mengajar ini boleh berlaku di mana-mana sahaja.

Namun entri kali ini adalah berkisar tentang peranan dan bidang tugas cikgu atau guru di sekolah secara umum. Tanpa membuang masa lagi jom tengok kat bawah ini :

1) Menyampaikan kandungan kurikulum di dalam bilik darjah melalui pelbagai kaedah pedagogi dan aplikasi yang melibatkan pelajar
2) Mengaplikasikan teknik penilaian berkaitan yang boleh mencerminkan pembelajaran pelajar bagi mencapai hasil pembelajaran yang berkesan
3) Menjadi fasilitasi pembelajaran pelajar yang dapat menarik perhatian dan minat pelajar untuk pembelajaran dalam kelas
4) Menggunakan project-based approaches, pembelajaran teradun dan teknik penyoalan yang menggalakkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT)
5) Melaksanakan kajian atau penyelidikan untuk penambahbaikan dari semasa ke semasa menilai hasil kajian tersebut
6) Mencetus kreativiti dan inovasi bagi menyelesaikan masalah pelaksanaan dasar
7) Merangka strategi dan idea baharu dalam pelaksanaan modul pengajaran
8) Menunjuk cara model pembelajaran menggunakan strategi pengajaran yang berkesan
9) Membimbing pelajar untuk mengamalkan pembelajaran kendiri
10) Menilai dan memantau pencapaian pelajar dengan menggunakan pelbagai strategi penilaian serta mengambil tindakan susulan untuk memberi maklum balas yang tepat kepada pelajar

Guru dan pemimpin sekolah merupakan penggerak yang utama di peringkat sekolah untuk menentukan keberhasilan pelajar. Pemimpin yang berada diorganisasi KPM pula memastikan perancangan yang berkaitan pendidikan negara dibuat secara holistik melalui dasar atau polisi serta inisiatif yang berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Selain mendidik, guru juga melakukan kerja-kerja perkeranian, jurulatih sukan, guru ko-kurikulum, guru pengiring, warden dan guru disiplin. Itu belum termasuk tugas guru memasukkan data peribadi mereka sendiri untuk e-operasi dan e-pangkat se­perti mana dikehendaki oleh Kementerian Pendidikan.

Ok setakat ini dahulu untuk peranan dan bidang tugas cikgu atau guru dan skop kerjanya dan jumpa lagi untuk artikel akan datang. Semoga ianya memberi manfaat kepada bakal cikgu yang ingin menjadikan guru sebagai profesion pilihan anda. Sekian wassalam.

3 comments: