Punca Dan Tanda-Tanda Demam Denggi
Demam denggi adalah salah satu penyakit berbahaya yang harus ditangani segera. Untuk artikel ini saya akan mengupas punca dan tanda-tanda demam denggi yang berlaku di negara kita. Wabak ini harus ditangani pada peringkat awal supaya ia tidak menjadi semakin kritikal yang boleh membawa maut.
Kesihatan adalah merupakan satu rezeki dan nikmat yang sangat tidak ternilai harganya. Ia adalah salah satu anugerah daripada Allah SWT kepada kita semua. Oleh itu, adalah amat wajar kita selaku hamba perlu sentiasa bersyukur selalu atas nikmat yang diberikan olehNya. Kita tidak akan merasakan nikmat sihat jika tidak diberikan sakit.
Di negara kita ini kes demam denggi sentiasa berlaku pada setiap tahun. Ia menggambarkan seolah-olah kita tidak boleh lari daripada penyakit ini. Penyakit ini dibawa oleh nyamuk aedes yang menggigit manusia.
Berikut adalah punca-punca kenapa berlakunya pembiakan nyamuk aedes yang membawa kepada demam denggi :
1) Terdapat air yang bertakung mengundang lebih banyak pembiakan nyamuk aedes
2) Tidak membersihkan kawasan rumah yang membolehkan nyamuk ini menumpang bersarang
3) Tidak menutup pintu dan tingkap rumah semasa nyamuk aktif
4) Memakai seluar pendek ketika berada di luar rumah
5) Tidak menghalau nyamuk dengan asap atau semburan racun perosak
Manakala tanda-tanda demam denggi boleh diringkaskan seperti berikut :
1) Berlaku demam yang berpanjangan 3 - 14 hari. Segera dapatkan rawatan/nasihat daripada doktor
2) Bermula dengan demam yang kuat secara mengejut
3) Sakit pada bahagian belakang mata, otot-otot dan sendi-sendi
4) Ruam merah terjadi pada kulit
5) Suhu badan akan mencapai 40 - 41 C
6) Juga boleh menyebabkan sawan kepada kanak-kanak berumur 6 tahun
7) Muntah dan hilang selera makan
8) Sakit pinggang yang teruk
9) Pesakit juga boleh mendapat radang hati, radang otak (lebih kepada kanak-kanak) dan radang otot jantung (cardiomyopathy)
Saya berharap kita semua dapat menghindari penyakit berbahaya ini dengan menghapuskan punca-punca yang tersenarai diatas. Penyakit ini juga adalah satu virus yang cepat merebak jika tidak dicegah dari awal lagi. Seseorang itu boleh terkena demam denggi lebih dari sekali. Cegah sebelum parah.
Terdapat empat jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi iaitu den 1, den 2, den 3 dan den 4 daripada jenis Genus Flavivirus yang disebar oleh nyamuk aedes betina. Setakat ini dahulu ulasan punca dan tanda-tanda demam denggi pada kali ini dan jumpa lagi untuk entri yang berikutnya. Terima kasih kerana sudi membaca diblog ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment