Cara Mudah Memancing Supaya Dapat Ikan
Memancing adalah salah satu hobi yang menyeronokkan. Ok pada hari ini saya nak share cara mudah memancing supaya dapat ikan untuk anda yang tegar memancing di luar sana. Bila dah terjebak dengan hobi ini, ia sangat sukar untuk ditinggalkan begitu sahaja. Ibarat orang bercinta la kan..
Ada dua kategori pemancing yang ada di seluruh dunia pada hari ini. Yang pertama adalah pemancing ikan air tawar dan yang kedua adalah pemancing ikan air masin. Masing-masing mempunyai kelas tersendiri.
Saya akan tell you all cara mudah memancing supaya dapat ikan air tawar terlebih dahulu. Berikut adalah caranya :
1) Memancing di kawasan banyak batu kerana ikan gemar bermain di celah batu
2) Gunakan banyak mata kail pada satu-satu joran
3) Gunakan umpan yang sesuai berdasarkan ikan apa yang kita kail
4) Jika gunakan pelampung, pastikan mata kail berada jarak 1m keatas daripada pelampung
5) Antara umpan yang popular untuk ikan air tawar adalah cacing, udang, belalang, katak, kekatu, buah sawit, anak ikan, gewang dan adunan dedak
6) Memancing di kawasan lubuk, pokok berjuntai dalam air dan kawasan alur yang telah terbukti banyak ikan
7) Memancing ketika matahari terbit
Manakala cara mudah memancing supaya dapat ikan untuk ikan air masin (laut) pula adalah seperti berikut :
1) Menggunakan teknik yang sesuai mengikut keadaan memancing iaitu casting, popping, jigging, bottom fishing, drafting atau trolling
2) Menggunakan teknik apollo bagi mendapatkan 3 - 5 ikan sekali gus
3) Memancing pada waktu awal pagi atau lewat petang contohnya utk mendapatkan ikan siakap
4) Pemilihan kawasan yang betul seperti di tepi pokok bakau, sekitar ranting pokok yang tumbang, benteng, sangkar peliharaan ikan, tepi jeti, jambatan atau dermaga
5) Perlu juga mempertimbangkan beberapa faktor iaitu kawasan banyak ikan, pasang surut, fasa bulan, suhu air dan cuaca
6) Tangkapan ikan produktif sebelum ribut berlaku iaitu tekanan barometrik rendah mendorong ikan berusaha mencari makanan
7) Penggunaan umpan tiruan atau gewang yang berwarna-warni akan menarik perhatian ikan
Aktiviti memancing ini memerlukan kesabaran yang tinggi. Tanpa sifat sabar anda akan rasa boring dan akhirnya gagal mendapat ikan. Hanya yang betul-betul sabar sahaja akan mendapat ikan dan seterusnya menjadi pemancing sejati. Pemancing sejati juga memerlukan teknik seperti diatas supaya mudah untuk mendapat ikan.
Diharap anda mendapat manfaat untuk coretan cara mudah memancing supaya dapat ikan ini. Jika anda ada teknik yang lebih power dan awesome sila kongsikan diruangan komen dibawah. Jumpa lagi dalam coretan berikutnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment