Bidang Tugas Kerani Dan Skop Kerjanya

bidang tugas kerani dan skop kerjanya

Bekerja adalah salah satu cara untuk mendapat rezeki yang halal. Bidang pekerjaan adalah sangat luas pada hari ini, daripada sekecil-kecil upah sehinggalah kepada sebesar-besar upah atau dibayar gaji. Ok pada kali ini saya akan menerangkan bidang tugas kerani dan skop kerjanya kepada anda.

Pekerjaan kerani adalah sangat banyak dan permintaan pasaran atau sektor sangat tinggi sekali. Hampir semua organisasi baik kerajaan mahupun swasta memerlukan khidmat kerani untuk menjalankan operasi mereka. Kadang-kadang dalam sesebuah organisasi mereka memerlukan lebih daripada tiga kerani dalam pelbagai disiplin. Semakin besar sesebuah organisasi semakin ramai bilangan kerani mereka perlukan.

Baiklah tanpa membuang masa lagi saya akan dedahkan kepada anda bidang tugas kerani dan skop kerjanya secara umum seperti mana berikut :

1) Membuat draf dan menaip surat untuk ditandatangan oleh bos
2) Menyimpan dokumen penting dalam fail
3) Menguruskan urusan surat-menyurat
4) Menjaga dan menguruskan peralatan pejabat
5) Menguruskan resit atau invoice keluar dan masuk
6) Membuat penyata gaji untuk kakitangan
7) Memaklumkan kepada bos atau majikan jika terdapat perkara yang urgent
8) Menghantar email atau fax kepada organisasi, pelanggan, syarikat atau badan tertentu
9) Menyediakan laporan dan minit mesyuarat jabatan
10) Menjawab panggilan telefon dan menyambungkan kepada orang berkenaan
11) Melaksana tugas-tugas yang lain yang diarahkan dari semasa ke semasa

Wow banyak betul tugas dan skop kerja kerani. Tapi janganlah risau sebab kerja kerani ni mudah dan simple je. Cuma nak kena rajin dan berdisiplin dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh majikan. Gaji maksimum bagi kerani (pembantu tadbir) kerajaan adalah RM4003.00 manakala gaji maksimum bagi sektor swasta pula adalah RM4500.00 atau lebih bergantung kepada pengalaman, skill dan keupayaan syarikat untuk membayar kepada pekerja mereka.

Saya rasa setakat ini dulu untuk ulasan bidang tugas kerani dan skop kerjanya, semoga anda telah mendapat gambaran dan maklumat yang jelas berkaitan kerjaya ini. Jumpa lagi untuk post yang akan datang. See you guys...

8 comments:

  1. kerani di syarikat guaman pun tugas nya sama juga kah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak silap lebih kurang sama ,cuma banyak kerja sikit sebab kena handle dan buat surat yang diperlukan oleh client untuk ditandatangani.

      Delete
  2. kalai tiada pengalaman boleh ke? tapi saya nk cuba

    ReplyDelete