Cara Kuatkan Daya Ingatan Untuk Belajar
Syukur kehadrat Allah SWT dapat kita bertemu lagi dalam segmen perkongsian ilmu melalui blog ini. Saya doakan diri saya dan anda semua sentiasa sihat, diberikan rezeki yang banyak disamping keluarga tercinta.
Pada hari ini jom kita layan artikel yang bertajuk cara kuatkan daya ingatan untuk belajar khususnya untuk para pelajar macam anda. Otak yang cerdas bermula dengan minda yang sihat. Haa macam mana tu? Sebenarnya otak adalah benda fizikal manakala minda adalah perkara spiritual. Kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain.
Untuk menyihatkan otak kita perlu makan makanan yang sihat manakala minda pula kita memerlukan makanan rohani pada setiap hari. Tanpa membuang masa lagi ayuh kita tengok tips dan cara kuatkan daya ingatan untuk belajar, berikut adalah caranya :
1) Baca buku dengan cara mengingat bukan menghafal. Maksudnya setiap point yang kita baca terus kita cuba untuk ingat dan buat-buat faham je dulu. Jika kita rasa masih belum ingat cuba baca ulang-ulang kali. Lama kelamaan kita akan faham dan ingat dengan apa yang kita belajar.
2) Kurangkan stress atau hapuskan terus tekanan yang anda hadapi. Banyak faktor yang menyumbang kepada stress contohnya tidak cukup tidur, badan terlalu penat, bergaduh dengan orang lain dan pengambilan makanan kurang seimbang. Anda perlu duduk bertenang dahulu dan amalkan perkara-perkara yang dapat menghilangkan tekanan selepas itu barulah anda dapat study dengan ingatan yang kuat.
3) Amalkan membaca Al-Quran pada setiap hari contohnya dengan membaca surah al-mulk pada setiap malam. Terlalu besar manfaat buat pembaca Al-Quran untuk dunia dan akhirat.
4) Amalkan tidur awal pada waktu malam dan bangun awal pada waktu pagi. Otak kita menjadi sangat sihat apabila kita bangun awal pada setiap pagi.
5) Amalkan bersenam selalu tak kiralah waktu pagi atau petang. Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah joging, berbasikal, berenang, naik kuda, main bola dan lain-lain. Bila badan sihat otak akan jadi cerdas dan cergas.
6) Amalkan zikir, selawat kepada Nabi saw dan doa yang boleh menguatkan ingatan.
7) Jauhi daripada merokok, minuman keras, pil kuda dan dadah kerana ia adalah aktiviti yang tidak sihat yang boleh merosakkan badan dan otak kita.
8) Tangguhkan aktiviti bercinta sehingga anda mendapat pekerjaan terutamanya pelajar universiti kerana ia boleh mengurangkan masa study anda. Masa anda banyak dihabiskan dengan bercinta. Masa anda sangat terhad terutama jika anda membawa banyak subjek dalam satu semester.
9) Taati ibubapa, hormat pada guru anda dan kasih pada orang yang lebih tua. Segala nasihat yang baik kita perlu ikuti kerana mereka lebih berpengalaman dan berilmu daripada kita.
10) Amalkan makan makanan yang bagus untuk otak seperti badam, kekacang, buah beri, kismis, kurma, sayuran hijau dan buah-buahan.
Nampaknya ada 10 teknik dan cara kuatkan daya ingatan untuk belajar yang dapat saya share kepada anda. Mudah-mudahan kita semua dipermudahkan untuk mengingat dan faham semua ilmu yang kita pelajari. Anda juga boleh kongsi maklumat ini ke media sosial supaya lebih ramai orang dapat manfaat. Hanya copy link diatas dan share kepada rakan-rakan anda. Jumpa lagi dalam next artikel.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment