Cara Mudah Membuat Layang-Layang Atau Wau

cara mudah membuat layang layang atau wau

Layang-layang atau wau mempunyai pelbagai bentuk dan nama yang diberikan sejak dahulu lagi. Pada artikel kali ini saya akan menceritakan cara mudah membuat layang-layang atau wau khususnya yang ada di Malaysia ini. Sebenarnya mudah je cara membuat layang-layang ni. Caranya adalah seperti berikut :

1) Sediakan peralatan seperti pisau, gunting, tali atau benang, gam dan kertas minyak
2) Cari dan potong buluh sepanjang 80cm dan 40cm
3) Sisipkan sehingga menjadi saiz nipis 5mm ke bawah (diameter)
4) Buat kerangka layang-layang dengan 2 buluh nipis tadi dan satukan secara menyilang. Buluh yang lebih pendek berada di 1/3 panjang dari buluh yang panjang.
5) Kemudian kuatkan rangka tersebut menggunakan benang pada bahagian bertemunya 2 buluh tersebut.
6) Sambungkan setiap hujung buluh dengan benang yang akan membentuk seperti segi empat
7) Kemudian tampalkan kertas minyak dengan menggunakan gam pada keseluruhan kerangka layang-layang
8) Ikatkan benang pada kanan, kiri dan bawah layang-layang untuk dijadikan sebagai teraju
9) Siap

Dengan membuat layang-layang sendiri kita dapat menjimatkan kos. Kos untuk membuatnya tak sampai 5 ringgit pun. Kalau kita beli layang-layang yang dah siap harga sekarang adalah lebih kurang RM10. Layang-layang atau wau ini biasanya dimainkan pada waktu petang selepas waktu asar dan sebelum waktu maghrib. Ini kerana kadar tiupan angin sangat aktif dan mampu menerbangkan layang-layang anda. Antara kawasan yang sesuai untuk bermain layang-layang seperti di padang rumput yang luas, sawah padi, atas bukit dan tepi pantai.

Adalah amat wajar generasi hari ini dapat mendidik generasi baru dalam membuat layang-layang supaya permainan ini tidak ditelan zaman. Walaupun terdapat peralatan atau permainan baru seperti dron dan kapal terbang kawalan jauh, namun permainan wau atau layang-layang masih lagi relevan untuk dimainkan oleh generasi sekarang.

Pembuatan layang-layang terbesar di dunia yang pernah direkodkan adalah 12m X 16m pada sayapnya dan mempunyai ekor 240m panjang. Saya rasa setakat ini dahulu huraian cara mudah membuat layang-layang atau wau pada kali ini dan semoga kita berjumpa lagi untuk posting yang berikutnya. Terima kasih.
Baca Selanjutnya...

Bidang Tugas Pensyarah Dan Skop Kerjanya

bidang tugas pensyarah dan skop kerjanya

Pada kali ini saya akan terangkan bidang tugas pensyarah dan skop kerjanya kepada anda. Pensyarah adalah adalah salah satu kerjaya bidang profesional yang mengajar di universiti, kolej, politeknik dan institusi pendidikan tinggi yang lain. Kerjaya ini sangat mulia kerana ia memberikan ilmu kepada orang lain untuk digunakan demi masa depan mereka.

Masa mengajar pensyarah agak fleksibel kerana ia hanya mengajar pada masa yang ada kuliah sahaja. Mereka juga boleh menjalankan penyelidikan berdasarkan geran yang diberikan oleh kerajaan dan pada masa yang sama boleh menjalankan perniagaan dalam bidang pengajaran mereka contohnya dengan membuka syarikat perundingan mereka sendiri. Tanpa membuang masa lagi jom kita tengok bidang tugas pensyarah dan skop kerjanya :

1) Memberi pengajaran dalam bilik kuliah kepada pelajar diploma, ijazah atau master
2) Menjalankan penyelidikan berdasarkan geran dalaman universiti, geran nasional atau geran antarabangsa
3) Menjalankan kerja rundingan iaitu bekerjasama dengan pihak industri bagi membuat sebarang rundingan kerana kebiasaannya projek rundingan datangnya dari pihak industri
4) Menjadi penasihat akademik kepada pelajar
5) Menyediakan jadual rancangan semester untuk diedarkan kepada pelajar
6) Menjadi penyelia kepada pelajar dalam membuat tesis, projek dan latihan praktikal
7) Menulis dan menerbitkan bahan-bahan bacaan yang meliputi monograf, makalah, modul, kertas kerja seminar, bengkel, buku, laporan dan jurnal
8) Pentadbiran merangkumi tugas perancangan, pengurusan, pengawalan, penyeliaan dan penilaian sesuatu bidang tugas dalam sesuatu jangka waktu yang ditetapkan
9) Kerja-kerja perkhidmatan masyarakat di luar atau dalam universiti mengikut peringkat-peringkat dalam bidang kepakaran
10) Menjalankan kerja-kerja yang berkaitan dengan pembangunan sahsiah pelajar, aktiviti pelajar dan motivasi
11) Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan Pentadbiran Fakulti dari semasa ke semasa

Sangat banyak sekali tugas dan tanggungjawab pensyarah yang perlu dipikul namun bukanlah semua tugas tersebut perlu dibuat sekali gus atau serentak kerana ada sesetengah tugas itu tiada kena mengena dengan seseorang pensyarah. Ia juga bergantung kepada masa bekerja dan kesibukan pensyarah berkenaan dalam menjalankan sesuatu aktiviti. Gaji maksimum seorang pensyarah boleh mencecah RM20,592.00 tidak termasuk elaun-elaun yang lain.

Untuk menjadi pensyarah anda perlu mempunyai master terlebih dahulu. Kemudian anda perlu menyambung pengajian ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) sebelum layak memohon jawatan pensyarah di mana-mana institusi pengajian tinggi. Ada juga universiti menawarkan skim tutor atau fellowship. Calon perlulah menamatkan pengajian diperingkat ijazah dan mempunyai CGPA sekurang-kurang 3.00 ke atas atau sebaiknya 3.50 ke atas (bergantung kepada syarat universiti). Setelah menjadi tutor beberapa tahun, anda digalakkan untuk menyambung ke peringkat master dan PhD bagi melayakkan dilantik sebagai pensyarah.

Saya rasa setakat ini dahulu bagi huraian bidang tugas pensyarah dan skop kerjanya dan semoga berjumpa untuk posting yang akan datang. Sekian.
Baca Selanjutnya...

Bidang Tugas Askar Dan Skop Kerjanya

bidang tugas askar dan skop kerjanya

Askar adalah salah satu badan beruniform yang ada di negara kita. Bagi anda yang sukakan kerjaya yang adventurous, mencabar, berani dan lasak kerjaya askar adalah pilihan yang tepat. Pada kali ini saya akan terangkan berkaitan bidang tugas askar dan skop kerjanya kepada anda.

Askar atau tentera juga merupakan pekerjaan yang paling berbahaya tetapi mulia. Apabila berhadapan dengan musuh ada tiga kemungkinan yang akan berlaku iaitu selamat, cedera atau terkorban. Sungguhpun begitu, jika terkorban dan niat berperang adalah untuk mempertahankan agama, bangsa dan negara maka ia dikira sebagai mati syahid dan diberi balasan syurga oleh Allah SWT.

Askar atau tentera terdiri daripada Angkatan Tentera Darat (ATM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Terdapat juga nama-nama lain bagi menggambarkan ketiga-tiga entiti ini tetapi ia tidak lari daripada tugas dan matlamat asal penubuhannya. Tanpa membuang masa lagi mari kita tengok bidang tugas askar atau tentera dan skop kerjanya :

1) Bertanggungjawab menjaga keamanan negara dan keselamatan rakyat jelata
2) Berfungsi juga menjaga keamanan di darat, laut dan udara
3) Mempunyai askar simpanan yang bertindak sebagai benteng kedua pertahahanan negara
4) Mempunyai pasukan tempur dan pasukan bantuan. Bertempur dengan musuh sekiranya terdapat serangan contohnya peristiwa Lahad Datu
5) Tentera juga mempunyai pasukan perubatan, pendidikan, kejuruteraan, keagamaan, muzik dan lain-lain bagi membentuk pasukan yang mantap
6) Sentiasa menetapkan niat dalam menjaga ketenteraman dan keamanan hanya kerana Allah SWT
7) Tidak berpaling tadah kepada negara dan tidak menjadi talibarut kepada pihak musuh
8) Patuh kepada undang-undang tentera dan ajaran Islam
9) Mengawal sempadan negara
10) Menjadi perisik untuk mendapatkan maklumat musuh
11) Bekerjasama dengan pihak berkuasa awam di dalam menangani kejadian-kejadian bencana alam dan kecemasan yang memerlukan

Adalah tidak wajar jika ada pemimpin dan rakyat menggelarkan tentera hanya tidur dan makan sahaja. Hidup sebagai tentera ini bukan seperti keadaan orang lain. Mereka tertakluk kepada undang-undang negara Malaysia dan juga undang-undang tentera. Latihan yang mereka perlu lalui amat berat sekali dan pekerjaan mereka juga paling berbahaya didunia. Tentera juga tidak dibenarkan untuk bercuti dan berhenti sesuka hati tanpa alasan yang munasabah dan kukuh.

Tentera Darat Malaysia (TDM) merupakan organisasi terbesar negara. Ia mempunyai 16 Kor dan Rejimen yang mempunyai fungsi dan peranan masing-masing. Antara kelompok yang terlibat adalah :

i) Kelompok Tempur
Kelompok ini melibatkan anggota dan sistem tempur yang berada di hadapan sekali (barisan hadapan) dalam peperangan. Kelompok ini terdiri daripada Kor dan Rejimen iaitu Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Rejimen Renjer Diraja (RRD), Rejimen Sempadan (RS) dan Kor Armor Diraja (KAD).

ii) Kelompok Bantuan Tempur
Kelompok kedua ini terdiri daripada anggota dan sistem tentera yang membantu Kelompok Tempur secara langsung di dalam peperangan. Ianya terdiri daripada Kor dan Rejimen iaitu Rejimen Semboyan Diraja (RSD), Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD), Rejimen Artileri Diraja (RAD), Kor Polis Tentera Diraja (KPTD) dan Kor Risik Diraja (KRD).

iii) Kelompok Bantuan Perkhidmatan
Peranan kelompok ini adalah untuk membantu Kelompok Tempur dan Bantuan Tempur dalam aspek perkhidmatan lojistik dan senggaraan serta perkhidmatan lain yang berunsur pentadbiran. Ia mengandungi Kor dan Rejimen iaitu Kor Jurutera Letrik dan Jentera Diraja (KJLJD), Kor Perkhidmatan Am (KPA), Kor Perkhidmatan Diraja (KPD), Kor Ordnans Diraja (KOD), Kor Kesihatan Diraja (KKD) dan Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT).

iv) Askar Wataniah
Rejimen Askar Wataniah adalah Rejimen yang diangotai oleh para sukarelawan. Mereka ini adalah barisan kedua dalam mempertahankan Negara. Kemahiran anggota adalah standing dengan anggota tetap, malah mereka juga kepakaran tertentu seperti telekomunikasi, perbekalan air, pengendalian pelabuhan dan pengendalian keretapi.

Saya fikir setakat ini dahulu ulasan bidang tugas askar atau tentera dan skop kerjanya untuk kali ini. Semoga berjumpa lagi untuk posting yang berikutnya. Terima kasih.
Baca Selanjutnya...

Cara Menemukan Tujuan Hidup - Motivasi Penting

cara menemukan tujuan hidup motivasi penting

Pada kali ini saya huraikan cara menemukan tujuan hidup sebagai motivasi penting untuk anda. Untuk mencari tujuan hidup kita tidak boleh terburu-buru. Banyak orang terlalu terburu-buru untuk mencari tujuan hidup. Mereka mengatakan saya harus cepat untuk mencapai tujuan hidup saya! Jika mereka berbuat demikian, biasanya ia tidak bermakna apa-apa. Tujuan hidup yang utama adalah kita buat apa yang kita suka. Iaitu perkara-perkara positif yang mendatangkan kesan yang baik untuk kehidupan kita.

Banyak orang fikir mereka menyukai pekerjaan mereka tetapi pada masa yang sama mereka tidak boleh menghasilkan wang yang banyak. Seorang doktor di Phoenix telah berkata yang beliau ingin meninggalkan profesionnya sebagai doktor iaitu dengan berhenti kerja. Sebabnya adalah beliau tidak boleh menghasilkan wang yang banyak jika beliau masih bekerja sebagai doktor. Beliau juga tidak menyukai pekerjaannya itu.

Kita perlu mencari apa yang paling kita suka buat dalam hidup ini dan berusaha kearah itu. Dengan hanya kita buat apa yang kita suka, kita boleh menghasilkan banyak duit. Jika anda bangun setiap pagi dan menyukai apa yang anda lakukan, anda adalah orang kaya. Habiskanlah hari-hari dalam hidup dengan melakukan apa yang kita suka. Dengan cara ini kita dapat kepuasan yang maksimum.

Kita harus mendapatkan banyak kepuasan terhadap passion yang kita lakukan. Kita tidak akan mendapatkan banyak wang dengan hanya bekerja. Bekerja adalah cara terburuk memperolehi wang. Jika anda percaya bahawa kerja keras dan kejujuran sahaja membawa kejayaan, buanglah fikiran sebegitu kerana ia tidak benar. Kita dibayar bukan berdasarkan kerja keras, tetapi kita dibayar berdasarkan value yang ada pada diri kita.

Kekayaan yang besar tidak akan datang dengan hanya bekerja makan gaji. Kekayaan dan kejayaan akan datang bila kita mula memberi. Beri sesuatu yang bermanfaat kepada society. Dengan ini duit akan mengalir walaupun kita sedang tidur. Apabila kita telah fokus dengan apa yang kita minat, anda akan mulai faham tentang bayaran dan pertumbuhan (compensation dan growth). Kita perlu menyediakan waktu dan ruang untuk memikirkan apakah tujuan hidup, apakah perkara yang kita minat untuk buat.

Sediakan pen dan buku catatan kecil untuk mencatat apa yang kita suka buat dalam hidup. Setiap pagi selepas bangun tidur luangkan sedikit masa berfikir untuk menetapkan tujuan hidup. Tanya pada diri sendiri apa yang benar-benar saya sukai? Berapa kerap kita nak buat perkara tersebut setiap hari? Berapa lama? Pasti anda akan menemui perkara tersebut dan itulah tujuan hidup anda. Tidak lupa juga kita perlu lakukan apa yang disuruh dan meninggalkan larangan Allah SWT. Lakukan perkara yang anda suka dan bertawakallah kepada Allah SWT.

Perkara yang anda minat buat itu akan memberi impak kepada keluarga, syarikat anda, masyarakat, negara dan dunia. Oleh itu, pada setiap hari anda memiliki hari yang baik kerana anda mempunyai tujuan. Setakat ini dahulu huraian cara menemukan tujuan hidup dan jumpa lagi dalam next articles.
Baca Selanjutnya...

Proses Kelulusan Pelan Rumah Oleh Majlis Daerah

proses kelulusan pelan rumah oleh majlis daerah

Rumah adalah salah satu keperluan hidup yang perlu ada oleh setiap orang. Tempat tinggal ini bertujuan dijadikan tempat tidur, beribadat, mandi, berkeluarga, belajar dan tempat berlindung daripada cuaca. Ia juga merupakan keperluan asas bagi semua orang.

Ok pada hari ini saya akan kupas berkaitan proses kelulusan pelan rumah oleh majlis daerah atau majlis perbandaran di tempat anda. Bahasa teknikalnya adalah kelulusan pelan bangunan bagi pembinaan rumah baru, bangunan perniagaan, penambahan serta pengubahsuaian bangunan sedia ada.

Sebelum sesebuah rumah atau bangunan didirikan ia perlulah terlebih dahulu memohon kebenaran dan mendapatkan kelulusan secara bertulis daripada pihak berkuasa tempatan (PBT). Ini bertujuan untuk mengelakkan pemilik premis dikenakan notis saman atau kompaun oleh PBT berkenaan. Berikut adalah proses dan prosedur kelulusan pelan rumah atau bangunan oleh majlis daerah :

1) Lakukan perbincangan dengan pihak Majlis (biasanya Bahagian Bangunan) untuk nyatakan hasrat anda
2) Buka fail kat Majlis berserta yuran
3) Sediakan pelan arkitek & pengesahan arkitek bertauliah
4) Sediakan pelan struktur & pengesahan jurutera bertauliah
5) Cover letter daripada arkitek atau jurutera bertauliah
6) Jelaskan bayaran caj perkhidmatan, fi kerja tanah, bayaran sumbangan perparitan dan papan tanda
7) Borang A lengkap diisi yang ditandatangan arkitek bertauliah
8) Borang JBG/KB1-85/A ditandatangan arkitek bertauliah
9) Salinan surat hakmilik
10) Resit cukai pintu terbaru
11) Resit cukai tanah terbaru
12) Lima salinan pelan atau lukisan seperti item 3 dan 4
13) Dan lain-lain dokumen yang berkaitan

Prosedur atau proses kelulusan pelan bangunan diatas adalah secara umum sahaja dan ia bergantung sepenuhnya kepada majlis daerah/perbandaran di tempat anda. Ia juga tertakluk kepada akta dan perundangan. Tempoh masa kelulusan ini bergantung kepada kecekapan pegawai yang memproses dokumen di PBT berkenaan.

Bagi anda yang tiada masa dan kepakaran, anda boleh menggunakan khidmat perunding arkitek atau perunding jurutera bagi menguruskan submission plan ini dari peringkat awal sehinggalah mendapat CF atau CCC. Sejumlah fee akan dikenakan untuk khidmat perundingan syarikat berkenaan.

Saya rasa setakat ini dahulu untuk proses kelulusan pelan rumah atau bangunan oleh majlis daerah dan semoga ia bermanfaat buat anda. Jumpa lagi dalam next posting..
Baca Selanjutnya...

Bidang Tugas Polis Dan Skop Kerjanya

bidang tugas polis dan skop kerjanya

Jangan bergerak, kami polis! Tolong beri kerjasama! Itulah ayat atau istilah yang selalu kita dengar apabila pihak polis menjalankan tugas mereka. Ok pada kali ini saya akan kupas bidang tugas polis dan skop kerjanya di negara kita yang tercinta ini.

Kerjaya polis adalah salah satu bidang yang diminati oleh anak muda. Kalau diperingkat sekolah terdapat unit beruniform yang dipanggil kadet polis. Tujuannya adalah untuk mendedahkan kepada para pelajar skop kerja kepolisan sejak dibangku sekolah lagi. Singkatan yang selalu kita dengar Polis Diraja Malaysia atau PDRM yang menggambarkan badan beruniform polis di Malaysia ini.

Terdapat hampir 115000 jumlah anggota polis yang ada diseluruh Malaysia. Bendera dan insignia polis berlatarbelakangkan warna biru yang menggambarkan rakyat jelata, lambangnya berwarna perak atau putih yang terdiri daripada sebilah keris dan parang kelewang yang bersilang. Tanpa membuang masa lagi jom kita lihat bidang tugas polis, kuasa dan skop kerjanya pada hari ini :

1) Memberi bantuan dalam melaksanakan undang-undang
2) Menjalankan pendakwaan
3) Menangkap mana-mana individu yang melakukan jenayah
4) Mengekalkan ketenteraman negara
5) Melaksanakan saman, sapina, waran, perintah, memenjara dan lain-lain dengan sah yang diarahkan pihak berkuasa kompeten
6) Membuat risikan
7) Melindungi harta awam daripada hilang atau rosak
8) Menghadiri mahkamah jenayah, sivil dan menjaga ketenteraman di dalamnya
9) Mengiring pembesar atau pemimpin negara
10) Pada seksyen 21 akta polis menggariskan untuk mengatur, menjaga ketenteraman dan mencegah halangan jalanraya
11) Menyita binatang yang berkeliaran dan menempatkan dalam kandang awam
12) Mempamerkan maklumat
13) Memberi bantuan dalam melindungi nyawa dan harta
14) Menguatkuasakan undang-undang perjudian, maksiat dan kongsi gelap
15) Menguatkuasakan undang-undang penyalahgunaan dan pengedaran dadah
16) Dan lain-lain fungsi berdasarkan bahagian atau cawangan polis

Wow memang banyak peranan dan bidang tugas polis. Badan ini mempunyai kuasa terbesar sekali dalam perkhidmatan awam. Gaji maksimum bagi anggota polis adalah RM9547.00 dan ia juga bergantung kepada gred pangkat anggota masing-masing. Semakin tinggi pangkat seseorang anggota semakin tinggilah gaji yang akan diperolehi.

Bagi permohonan untuk menjadi anggota polis anda perlulah mengisi borang SPA8i secara online melalui portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Jawatan kosong Polis Diraja Malaysia diiklan dari semasa ke semasa. Jika sekiranya anda layak dan terdapat kekosongan anda akan dipanggil untuk temuduga.

Setiap jawatan yang dipohon mempunyai syarat tertentu mengikut gred yang telah ditentukan. Antara syarat kelayakan fizikal bagi memohon jawatan-jawatan dalam PDRM adalah seperti berikut:

i) Tinggi tidak kurang atau lebih daripada 1.63 m bagi lelaki dan 1.57 m bagi wanita tanpa bersepatu.
ii) Ukuran dada 81 cm (biasa) dan semasa menarik nafas 86 cm (lelaki sahaja).
iii) Berat badan sekurang-kurangnya 50 kg bagi lelaki dan 48 kg bagi wanita.
iv) Mempunyai Ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) diantara julat 19 hingga 26.
v) Lulus ujian penglihatan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata atau alat bantuan kanta lekap oleh pemeriksa yang bertauliah di hospital kerajaan.
vi) Pemeriksaan pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat oleh pegawai perubatan kerajaan.
vii) Diperiksa dan diakui sihat untuk berkhidmat oleh pegawai perubatan kerajaan termasuk pemeriksaan X-ray.

Saya rasa dah cukup panjang penulisan pada kali ini berkaitan bidang tugas polis dan skop kerjanya dan semoga ianya memberikan manfaat kepada anda semua. Anda juga boleh share link artikel ini ke media sosial. Jumpa lagi dalam next posting. Wassalam.
Baca Selanjutnya...

Rayuan BSH Dibayar Pada Isnin 30 September 2019

Rayuan BSH Dibayar Pada Isnin 30 September

Dianggarkan 220000 senarai penerima Bantuan Sara Hidup, BSH akan menerima bayaran mereka pada hari Isnin 30 September 2019. Jumlah kewangan yang diperuntukkan adalah sebanyak RM120 juta yang akan dikreditkan kedalam akaun penerima.

Maklumat rayuan BSH tahun 2019 telah pun diproses bagi tujuan ini. Menurut sumber kementerian kewangan jumlah keseluruhan duit BSH dianggarkan sebanyak 4.2 billion untuk tahun 2019. Kerajaan berhasrat untuk meneruskan bantuan ini demi kesejahteraan ekonomi rakyat Malaysia khususnya untuk golongan B40 iaitu golongan yang berpendapatan rendah bagi meringankan kos sara hidup.

Sehubungan itu jika sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut anda boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2747 (waktu pejabat) atau menghantar email kepada bsh@treasury.gov.my (24 jam).

Semoga Bantuan Sara Hidup (BSH) dapat dinikmati oleh rakyat dengan baik dan bersyukur kepada Allah SWT setiap masa. Jika kita bersyukur Allah SWT akan menambahkan lagi nikmat kepada kita. Sekian.
Baca Selanjutnya...

Cara Kuatkan Daya Ingatan Untuk Belajar

cara kuatkan daya ingatan untuk belajar

Syukur kehadrat Allah SWT dapat kita bertemu lagi dalam segmen perkongsian ilmu melalui blog ini. Saya doakan diri saya dan anda semua sentiasa sihat, diberikan rezeki yang banyak disamping keluarga tercinta.

Pada hari ini jom kita layan artikel yang bertajuk cara kuatkan daya ingatan untuk belajar khususnya untuk para pelajar macam anda. Otak yang cerdas bermula dengan minda yang sihat. Haa macam mana tu? Sebenarnya otak adalah benda fizikal manakala minda adalah perkara spiritual. Kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain.

Untuk menyihatkan otak kita perlu makan makanan yang sihat manakala minda pula kita memerlukan makanan rohani pada setiap hari. Tanpa membuang masa lagi ayuh kita tengok tips dan cara kuatkan daya ingatan untuk belajar, berikut adalah caranya :

1) Baca buku dengan cara mengingat bukan menghafal. Maksudnya setiap point yang kita baca terus kita cuba untuk ingat dan buat-buat faham je dulu. Jika kita rasa masih belum ingat cuba baca ulang-ulang kali. Lama kelamaan kita akan faham dan ingat dengan apa yang kita belajar.

2) Kurangkan stress atau hapuskan terus tekanan yang anda hadapi. Banyak faktor yang menyumbang kepada stress contohnya tidak cukup tidur, badan terlalu penat, bergaduh dengan orang lain dan pengambilan makanan kurang seimbang. Anda perlu duduk bertenang dahulu dan amalkan perkara-perkara yang dapat menghilangkan tekanan selepas itu barulah anda dapat study dengan ingatan yang kuat.

3) Amalkan membaca Al-Quran pada setiap hari contohnya dengan membaca surah al-mulk pada setiap malam. Terlalu besar manfaat buat pembaca Al-Quran untuk dunia dan akhirat.

4) Amalkan tidur awal pada waktu malam dan bangun awal pada waktu pagi. Otak kita menjadi sangat sihat apabila kita bangun awal pada setiap pagi.

5) Amalkan bersenam selalu tak kiralah waktu pagi atau petang. Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah joging, berbasikal, berenang, naik kuda, main bola dan lain-lain. Bila badan sihat otak akan jadi cerdas dan cergas.

6) Amalkan zikir, selawat kepada Nabi saw dan doa yang boleh menguatkan ingatan.

7) Jauhi daripada merokok, minuman keras, pil kuda dan dadah kerana ia adalah aktiviti yang tidak sihat yang boleh merosakkan badan dan otak kita.

8) Tangguhkan aktiviti bercinta sehingga anda mendapat pekerjaan terutamanya pelajar universiti kerana ia boleh mengurangkan masa study anda. Masa anda banyak dihabiskan dengan bercinta. Masa anda sangat terhad terutama jika anda membawa banyak subjek dalam satu semester.

9) Taati ibubapa, hormat pada guru anda dan kasih pada orang yang lebih tua. Segala nasihat yang baik kita perlu ikuti kerana mereka lebih berpengalaman dan berilmu daripada kita.

10) Amalkan makan makanan yang bagus untuk otak seperti badam, kekacang, buah beri, kismis, kurma, sayuran hijau dan buah-buahan.

Nampaknya ada 10 teknik dan cara kuatkan daya ingatan untuk belajar yang dapat saya share kepada anda. Mudah-mudahan kita semua dipermudahkan untuk mengingat dan faham semua ilmu yang kita pelajari. Anda juga boleh kongsi maklumat ini ke media sosial supaya lebih ramai orang dapat manfaat. Hanya copy link diatas dan share kepada rakan-rakan anda. Jumpa lagi dalam next artikel.
Baca Selanjutnya...

Bidang Tugas Kerani Dan Skop Kerjanya

bidang tugas kerani dan skop kerjanya

Bekerja adalah salah satu cara untuk mendapat rezeki yang halal. Bidang pekerjaan adalah sangat luas pada hari ini, daripada sekecil-kecil upah sehinggalah kepada sebesar-besar upah atau dibayar gaji. Ok pada kali ini saya akan menerangkan bidang tugas kerani dan skop kerjanya kepada anda.

Pekerjaan kerani adalah sangat banyak dan permintaan pasaran atau sektor sangat tinggi sekali. Hampir semua organisasi baik kerajaan mahupun swasta memerlukan khidmat kerani untuk menjalankan operasi mereka. Kadang-kadang dalam sesebuah organisasi mereka memerlukan lebih daripada tiga kerani dalam pelbagai disiplin. Semakin besar sesebuah organisasi semakin ramai bilangan kerani mereka perlukan.

Baiklah tanpa membuang masa lagi saya akan dedahkan kepada anda bidang tugas kerani dan skop kerjanya secara umum seperti mana berikut :

1) Membuat draf dan menaip surat untuk ditandatangan oleh bos
2) Menyimpan dokumen penting dalam fail
3) Menguruskan urusan surat-menyurat
4) Menjaga dan menguruskan peralatan pejabat
5) Menguruskan resit atau invoice keluar dan masuk
6) Membuat penyata gaji untuk kakitangan
7) Memaklumkan kepada bos atau majikan jika terdapat perkara yang urgent
8) Menghantar email atau fax kepada organisasi, pelanggan, syarikat atau badan tertentu
9) Menyediakan laporan dan minit mesyuarat jabatan
10) Menjawab panggilan telefon dan menyambungkan kepada orang berkenaan
11) Melaksana tugas-tugas yang lain yang diarahkan dari semasa ke semasa

Wow banyak betul tugas dan skop kerja kerani. Tapi janganlah risau sebab kerja kerani ni mudah dan simple je. Cuma nak kena rajin dan berdisiplin dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh majikan. Gaji maksimum bagi kerani (pembantu tadbir) kerajaan adalah RM4003.00 manakala gaji maksimum bagi sektor swasta pula adalah RM4500.00 atau lebih bergantung kepada pengalaman, skill dan keupayaan syarikat untuk membayar kepada pekerja mereka.

Saya rasa setakat ini dulu untuk ulasan bidang tugas kerani dan skop kerjanya, semoga anda telah mendapat gambaran dan maklumat yang jelas berkaitan kerjaya ini. Jumpa lagi untuk post yang akan datang. See you guys...
Baca Selanjutnya...

Cara Buat Duit Dari Rumah Tetapi Lumayan

cara buat duit dari rumah tetapi lumayan

Hampir semua orang di dunia ini sentiasa mencari-cari cara paling mudah buat duit tetapi lumayan. Pada kali ini saya akan memberikan idea kepada anda cara buat duit dari rumah tetapi lumayan. Baca tajuk pun dah power kan? Jom baca ayat demi ayat kat bawah ni..

Dengan hanya berada di rumah kita sebenarnya boleh menjana pendapatan yang sangat lumayan. Itu pun melalui cara dan kaedah yang betul baru kita dapat buat profit hanya dari rumah. Untuk buat duit dari rumah hanya satu syarat sahaja diperlukan iaitu buat kerja berdasarkan passion anda. Maksudnya buat kerja base on minat anda yang mendalam bagi sesuatu kerja tersebut. Sebab tanpa minat, anda tidak akan bertahan lama dalam apa jua bidang yang anda ceburi.

Berikut adalah caranya. Pilih sahaja cara yang sangat sesuai dengan anda.

1) Buat video lepas tu upload di youtube. Pihak google akan bayar berdasarkan paparan iklan yang dibuat oleh advertiser. Antara video yang boleh dibuat seperti cara buat kek, hobi, lifestyle, cara kreatif buat sesuatu benda dan tips sesuatu perkara. Masyarakat luar negara ramai yang cuba cara ni dan ramai juga telah menjadi jutawan. Antara youtuber Malaysia yang kaya raya adalah Zukieee, Syahmi Syazli, Alief Irfan dan Kokom.

2) Buat blog. Konsepnya sama seperti buat video cuma kena rajin dan pandai menulis. Pihak google juga telah menyediakan platform blogspot untuk memudahkan para blogger lontarkan penulisan kreatif mereka seterusnya para blogger boleh apply google adsense untuk menjana pendapatan. Anda juga boleh menggunakan platform wordpress dan menggunakan domain berbayar. Bagi mendapat ranking yang bagus dalam enjin carian, anda perlu mahir dalam aspek teknikal iaitu SEO supaya artikel mudah dicari oleh pengguna. Semakin tinggi views semakin tinggi jumlah klik iklan google diweb anda maka semakin tinggilah income anda. Saya pernah jumpa orang buat puluhan ribu setiap bulan hanya melalui blog.

3) Buat nasi lemak dari rumah. Melalui kaedah ini anda perlukan sedikit kemahiran membuat nasi lemak supaya sedap dan sedikit kemahiran marketing. Untuk membuat nasi lemak supaya sedap anda boleh google sahaja untuk mencari resepi terbaik nasi lemak. Setelah siap anda boleh memasarkan produk anda ke kedai-kedai makan, buka gerai kecil dan pasarkan secara online melalui fb. Jika sebungkus nasi lemak berharga RM2, bilangan ada 100 bungkus, anda akan memperolehi keuntungan kasar sebanyak RM200 sehari. Kalau anda buat melebihi 100 bungkus dan dalam sebulan berapa banyak income dah anda akan dapat. Lu kira lah sendiri haha..

4) Buat kuih, kek, cup cake dan lain-lain resepi yang anda terer buat. Konsepnya sama macam nombor 3 kat atas

5) Pasarkan produk kat mudah.my, ebay, amazon atau shopee melalui kaedah dropship. Iaitu jual barang orang lain dan anda dapat komisen. Anda boleh google sendiri bagaimana kaedah dropship berfungsi

6) Buat produk kosmetik sendiri tapi kos memang besar lah

7) Buat satu produk yang power dan viralkan

Walau apa pun bidang bisnes anda ceburi, kalau anda tak buat empat perkara ini bisnes anda tidak boleh pergi jauh. Kalau jadi jutawan pun sekejap sahaja lepas tu anda akan jatuh semula. Jika anda buat 4 perkara ini in shaa Allah anda akan jadi jutawan dunia dan akhirat. Berikut adalah 4 perkara yang saya maksudkan :

1) Buat baik pada ibu dan bapa
2) Tahajud
3) Dhuha
4) Sedekah

Keempat-empat perkara ini adalah kunci kepada kejayaan yang sebenar. Cuba buat dahulu baru anda percaya betapa ajaibnya perkara ini. Percaya sebelum berjaya. Buat secara konsisten dan amalkan sehingga mati.

Ok setakat ini dahulu cara buat duit dari rumah tetapi lumayan pada kali ini. Diharap anda dapat sesuatu dalam perkongsian saya ini. Jumpa lagi.
Baca Selanjutnya...

Bidang Tugas Jurukur Bahan Dan Skop Kerjanya

bidang tugas jurukur bahan dan skop kerjanya

Siapakah qs? Siapakah jurukur bahan? Jawapannya adalah orang sama haha. Jurukur bahan adalah seorang yang membuat perkiraan kos bagi sesuatu projek (BQ), menyusun dokumen kontrak, spesifikasi, drawing dan need of statement. Ia terlibat daripada peringkat perancangan projek sehingga tamat kontrak termasuklah CMGD.

Ok pada hari ini saya akan mengupas bidang tugas jurukur bahan dan skop kerjanya. QS adalah salah satu kerjaya bidang profesional. Ia sama taraf dengan bidang profesional yang lain seperti arkitek, jurutera, peguam dan doktor walaupun terdapat sedikit perbezaan dari segi tangga gaji.

Gaji maksimum bagi seorang jurukur bahan adalah RM9643.00 bagi sektor awam manakala bagi sektor swasta gajinya boleh mencecah RM10,000 atau lebih bergantung kepada keupayaan firma untuk membayar gaji tersebut. Lumayan jugak kan?

So tanpa membuang masa jom kita kupas bidang tugas jurukur bahan dan skop kerjanya. Berikut adalah job scope :

1) Buat taking off quantities iaitu kira kuantiti dan kos bagi keseluruhan projek bagi kerja-kerja arkitek, struktur dan M&E
2) Prepare bills of quantities (BQ) berdasarkan kiraan diatas
3) QS juga perlu faham dalam membaca drawing yang dibuat oleh jurutera dan arkitek
4) Prepare dokumen tender bagi projek-projek yang akan ditender dalam masa terdekat
5) Sediakan dokumen kontrak setelah projek diberikan kepada kontraktor yang menang tender
6) QS juga beperanan turun ke site untuk membuat penilaian interim bagi satu-satu projek
7) Menyediakan dokumen variation order (VO) jika perlu untuk dimesyuaratkan oleh jawatankuasa VO
8) Menyediakan dokumen arahan perubahan kerja (APK) dan perubahan harga kontrak (PHK) mengikut keperluan
9) Menyediakan dokumen final account setelah projek tamat
10) Menyediakan dokumen CMGD untuk tandatangan SO setelah tempoh DLP tamat
11) Dan lain-lain tugas berkaitan yang diarahkan oleh pihak pengurusan atasan

Quantity Surveyor, QS ini adalah orang yang bertanggungjawab dalam menjaga pengurusan kewangan dalam setiap peringkat projek pembinaan. Dalam kerajaan ia juga dikenali sebagai pegawai kontrak dan ukurbahan. QS mempunyai institusi profesionalnya sendiri yang mana setiap QS boleh mengambil exam untuk mendapatkan title Sr.

QS juga berperanan dalam memberi nasihat berkaitan tender seperti tender terbuka, tender secara pemilihan, perundingan dan lain-lain. Saya rasa setakat ini dahulu kupasan bidang tugas jurukur bahan dan skop kerjanya dan semoga tulisan ini memberi manfaat buat anda. Terima kasih kerana sudi membaca.
Baca Selanjutnya...

Cara Mudah Memancing Supaya Dapat Ikan

cara mudah memancing supaya dapat ikan

Memancing adalah salah satu hobi yang menyeronokkan. Ok pada hari ini saya nak share cara mudah memancing supaya dapat ikan untuk anda yang tegar memancing di luar sana. Bila dah terjebak dengan hobi ini, ia sangat sukar untuk ditinggalkan begitu sahaja. Ibarat orang bercinta la kan..

Ada dua kategori pemancing yang ada di seluruh dunia pada hari ini. Yang pertama adalah pemancing ikan air tawar dan yang kedua adalah pemancing ikan air masin. Masing-masing mempunyai kelas tersendiri.

Saya akan tell you all cara mudah memancing supaya dapat ikan air tawar terlebih dahulu. Berikut adalah caranya :

1) Memancing di kawasan banyak batu kerana ikan gemar bermain di celah batu
2) Gunakan banyak mata kail pada satu-satu joran
3) Gunakan umpan yang sesuai berdasarkan ikan apa yang kita kail
4) Jika gunakan pelampung, pastikan mata kail berada jarak 1m keatas daripada pelampung
5) Antara umpan yang popular untuk ikan air tawar adalah cacing, udang, belalang, katak, kekatu, buah sawit, anak ikan, gewang dan adunan dedak
6) Memancing di kawasan lubuk, pokok berjuntai dalam air dan kawasan alur yang telah terbukti banyak ikan
7) Memancing ketika matahari terbit

Manakala cara mudah memancing supaya dapat ikan untuk ikan air masin (laut) pula adalah seperti berikut :

1) Menggunakan teknik yang sesuai mengikut keadaan memancing iaitu casting, popping, jigging, bottom fishing, drafting atau trolling
2) Menggunakan teknik apollo bagi mendapatkan 3 - 5 ikan sekali gus
3) Memancing pada waktu awal pagi atau lewat petang contohnya utk mendapatkan ikan siakap
4) Pemilihan kawasan yang betul seperti di tepi pokok bakau, sekitar ranting pokok yang tumbang, benteng, sangkar peliharaan ikan, tepi jeti, jambatan atau dermaga
5) Perlu juga mempertimbangkan beberapa faktor iaitu kawasan banyak ikan, pasang surut, fasa bulan, suhu air dan cuaca
6) Tangkapan ikan produktif sebelum ribut berlaku iaitu tekanan barometrik rendah mendorong ikan berusaha mencari makanan
7) Penggunaan umpan tiruan atau gewang yang berwarna-warni akan menarik perhatian ikan

Aktiviti memancing ini memerlukan kesabaran yang tinggi. Tanpa sifat sabar anda akan rasa boring dan akhirnya gagal mendapat ikan. Hanya yang betul-betul sabar sahaja akan mendapat ikan dan seterusnya menjadi pemancing sejati. Pemancing sejati juga memerlukan teknik seperti diatas supaya mudah untuk mendapat ikan.

Diharap anda mendapat manfaat untuk coretan cara mudah memancing supaya dapat ikan ini. Jika anda ada teknik yang lebih power dan awesome sila kongsikan diruangan komen dibawah. Jumpa lagi dalam coretan berikutnya.
Baca Selanjutnya...

Punca Dan Tanda-Tanda Demam Denggi

punca dan tanda sebab demam denggi

Demam denggi adalah salah satu penyakit berbahaya yang harus ditangani segera. Untuk artikel ini saya akan mengupas punca dan tanda-tanda demam denggi yang berlaku di negara kita. Wabak ini harus ditangani pada peringkat awal supaya ia tidak menjadi semakin kritikal yang boleh membawa maut.

Kesihatan adalah merupakan satu rezeki dan nikmat yang sangat tidak ternilai harganya. Ia adalah salah satu anugerah daripada Allah SWT kepada kita semua. Oleh itu, adalah amat wajar kita selaku hamba perlu sentiasa bersyukur selalu atas nikmat yang diberikan olehNya. Kita tidak akan merasakan nikmat sihat jika tidak diberikan sakit.

Di negara kita ini kes demam denggi sentiasa berlaku pada setiap tahun. Ia menggambarkan seolah-olah kita tidak boleh lari daripada penyakit ini. Penyakit ini dibawa oleh nyamuk aedes yang menggigit manusia.

Berikut adalah punca-punca kenapa berlakunya pembiakan nyamuk aedes yang membawa kepada demam denggi :

1) Terdapat air yang bertakung mengundang lebih banyak pembiakan nyamuk aedes
2) Tidak membersihkan kawasan rumah yang membolehkan nyamuk ini menumpang bersarang
3) Tidak menutup pintu dan tingkap rumah semasa nyamuk aktif
4) Memakai seluar pendek ketika berada di luar rumah
5) Tidak menghalau nyamuk dengan asap atau semburan racun perosak

Manakala tanda-tanda demam denggi boleh diringkaskan seperti berikut :

1) Berlaku demam yang berpanjangan 3 - 14 hari. Segera dapatkan rawatan/nasihat daripada doktor
2) Bermula dengan demam yang kuat secara mengejut
3) Sakit pada bahagian belakang mata, otot-otot dan sendi-sendi
4) Ruam merah terjadi pada kulit
5) Suhu badan akan mencapai 40 - 41 C
6) Juga boleh menyebabkan sawan kepada kanak-kanak berumur 6 tahun
7) Muntah dan hilang selera makan
8) Sakit pinggang yang teruk
9) Pesakit juga boleh mendapat radang hati, radang otak (lebih kepada kanak-kanak) dan radang otot jantung (cardiomyopathy)

Saya berharap kita semua dapat menghindari penyakit berbahaya ini dengan menghapuskan punca-punca yang tersenarai diatas. Penyakit ini juga adalah satu virus yang cepat merebak jika tidak dicegah dari awal lagi. Seseorang itu boleh terkena demam denggi lebih dari sekali. Cegah sebelum parah.

Terdapat empat jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi iaitu den 1, den 2, den 3 dan den 4 daripada jenis Genus Flavivirus yang disebar oleh nyamuk aedes betina. Setakat ini dahulu ulasan punca dan tanda-tanda demam denggi pada kali ini dan jumpa lagi untuk entri yang berikutnya. Terima kasih kerana sudi membaca diblog ini.
Baca Selanjutnya...

Peranan Dan Bidang Tugas Cikgu Atau Guru


peranan dan bidang tugas cikgu atau guru

Pada entri kali ini saya akan mengupas pula peranan dan bidang tugas cikgu atau guru dan skop kerja yang berkaitan dengannya. Tujuan artikel ini ditulis adalah untuk memberi gambaran kepada anda yang bercita-cita nak jadi warga pendidik suatu hari nanti.

Guru atau bahasa mudahnya adalah cikgu adalah satu profesion yang amat mulia disisi masyarakat dan yang lebih penting disisi Allah SWT. Ganjaran pahala teramatlah besar buat guru kerana mereka menyampaikan ilmu yang bermanfaat kepada para pelajar untuk masa depan mereka baik duniawi atau ukhrawi. Guru juga turut dibayar gaji. Bagi lepasan diploma gaji guru adalah RM1,698.00 sehingga RM5,717.00 manakala bagi lepasan ijazah adalah RM2,188.00 sehingga RM9,552.00. Lumayan juga kan?

Pada umumnya sesiapa sahaja yang mengajarkan sesuatu ilmu adalah layak dipanggil cikgu. Penyebaran ilmu tidak terhad di sekolah sahaja. Ia juga boleh berlaku di pejabat, rumah, padang bola, bilik kuliah, kedai makan, masjid, tepi pantai atau di dalam hutan sekali pun kerana tugas belajar dan mengajar ini boleh berlaku di mana-mana sahaja.

Namun entri kali ini adalah berkisar tentang peranan dan bidang tugas cikgu atau guru di sekolah secara umum. Tanpa membuang masa lagi jom tengok kat bawah ini :

1) Menyampaikan kandungan kurikulum di dalam bilik darjah melalui pelbagai kaedah pedagogi dan aplikasi yang melibatkan pelajar
2) Mengaplikasikan teknik penilaian berkaitan yang boleh mencerminkan pembelajaran pelajar bagi mencapai hasil pembelajaran yang berkesan
3) Menjadi fasilitasi pembelajaran pelajar yang dapat menarik perhatian dan minat pelajar untuk pembelajaran dalam kelas
4) Menggunakan project-based approaches, pembelajaran teradun dan teknik penyoalan yang menggalakkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT)
5) Melaksanakan kajian atau penyelidikan untuk penambahbaikan dari semasa ke semasa menilai hasil kajian tersebut
6) Mencetus kreativiti dan inovasi bagi menyelesaikan masalah pelaksanaan dasar
7) Merangka strategi dan idea baharu dalam pelaksanaan modul pengajaran
8) Menunjuk cara model pembelajaran menggunakan strategi pengajaran yang berkesan
9) Membimbing pelajar untuk mengamalkan pembelajaran kendiri
10) Menilai dan memantau pencapaian pelajar dengan menggunakan pelbagai strategi penilaian serta mengambil tindakan susulan untuk memberi maklum balas yang tepat kepada pelajar

Guru dan pemimpin sekolah merupakan penggerak yang utama di peringkat sekolah untuk menentukan keberhasilan pelajar. Pemimpin yang berada diorganisasi KPM pula memastikan perancangan yang berkaitan pendidikan negara dibuat secara holistik melalui dasar atau polisi serta inisiatif yang berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Selain mendidik, guru juga melakukan kerja-kerja perkeranian, jurulatih sukan, guru ko-kurikulum, guru pengiring, warden dan guru disiplin. Itu belum termasuk tugas guru memasukkan data peribadi mereka sendiri untuk e-operasi dan e-pangkat se­perti mana dikehendaki oleh Kementerian Pendidikan.

Ok setakat ini dahulu untuk peranan dan bidang tugas cikgu atau guru dan skop kerjanya dan jumpa lagi untuk artikel akan datang. Semoga ianya memberi manfaat kepada bakal cikgu yang ingin menjadikan guru sebagai profesion pilihan anda. Sekian wassalam.
Baca Selanjutnya...

Bidang Tugas Dan Skop Kerja Arkitek


bidang tugas dan skop kerja arkitek

Arkitek adalah salah satu profesion pekerjaan iaitu bidang profesional yang sangat diimpikan oleh setiap anak muda. Namun sebelum anda memilih course untuk menjadi arkitek anda perlu tahu bidang tugas dan skop kerja arkitek dalam sektor pekerjaan.

Best ke tak best jadi arkitek ni? Mestilah bagus sebabnya adalah gajinya boleh tahan mahal berbanding dengan karier yang lain. Dalam sektor awam gaji maksimum arkitek adalah RM9643.00 manakala dalam sektor swasta pula gaji maksimum adalah RM10k atau lebih bergantung kepada firma yang offer kepada anda. Itu pun jika anda ada skill yang bagus dan sangat berpengalaman dalam bidang ini.

Tak kira apa jua bidang yang kita ceburi be so good dan impaknya sangat besar dalam kerjaya kita. Kita dibayar berdasarkan value yang ada pada kita. Ok tanpa membuang masa lagi berikut adalah bidang tugas dan skop kerja arkitek :

1) Membuat lakaran pelan berdasarkan apa yang client ingini
2) Menyediakan rekabentuk terperinci berdasarkan lakaran sebelum ini mengikut kehendak pemilik, pelanggan atau sesiapa sahaja
3) Memberikan perkhidmatan yang profesional kepada masyarakat tanpa ada bias dengan satu-satu pihak
4) Membuat rekabentuk yang mesra alam dan tidak melanggar undang-undang bangunan
5) Memberikan nasihat kepada client kesesuaian cadangan rekabentuk agar ianya menepati kos, fungsi dan teknik pembinaan
6) Menentukan susunan rekabentuk yang dicadang akan dibina oleh pihak kontraktor
7) Menyediakan construction drawing yang mudah difahami oleh pembina supaya mudah diterjemahkan oleh pembina di tapak projek
8) Membuat perancangan pembinaan mengikut keperluan perundangan seperti yang termaktub dalam Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976, Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (UBBL) dan keperluan yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
9) Atkitek juga bertindak sebagai perunding antara client dan pihak kontraktor
10) Juga boleh bertindak sebagai pengurus projek yang mengawal penjadualan kerja (CPM), kualiti dan kos sesuatu projek

Jika di tapak bina atau construction site, arkitek juga mempunyai wakil tapak iaitu Resident Architect (RA), Asistant Resident Architect (ARA) dan Inspector of Work (IOW) yang mengawal selia kerj-kerja yang dibuat di tapak oleh kontraktor. Site representative ini perlu memastikan kerja-kerja yang dibuat oleh kontraktor menepati masa, kualiti dan kos yang telah dipersetujui sebelum sesuatu kontrak dijalankan.

Profesion arkitek ini mempunyai tanggungjawab yang besar sesuai dengan gaji yang diperolehinya. Oleh itu, peganglah amanah ini dengan baik supaya bukan sahaja gaji kita dapat pada masa yang sama kita juga mendapat ganjaran pahala yang besar disisi Allah SWT. Setakat ini dahulu kupasan bidang tugas dan skop kerja arkitek pada kali ini dan semoga anda mendapat gambaran yang jelas sedikit sebanyak berkaitan karier arkitek ini. Jumpa lagi.. Zasss...



Ditulis oleh,
Raja Yuswari aka Yusri
Untuk carikerja11
Do not copy without permission
Baca Selanjutnya...